Seperti yang dijanjikan isu asrama Unisel yang sedang panas di Selangor dijadikan isu pertama pendedahan pembohongan kerajaan Khalid Gagap.Sebelum ini Unisel telah dikaitkan dengan bermacam-macam masalah semenjak pemerintahan kerajaan Khalid Gagap.Bermula dengan masalah perletakan jawatan Naib Canselor Datuk Dr Rosti Saruwono seorang ahli akademik yang bepengalaman dan juga isu perlantikan Pemangku Naib Canselor yang sehingga kini masih belum disahkan jawatannya.Pendedahan Datuk Seri Noh Omar yang mendakwa Unisel kerugian jutaan ringgit juga antara salah satu masalah besar yang sehingga kini gagal dijawap sepenuhnya oleh pentadbiran Khalid Gagap.Lebih menarik pendedahan tersebut juga dimuatkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara. Jika dilihat secara terperinci jumlah kerugian yang didedahkan oleh Noh Omar tidak ada kekurangan walaupun 1 sen.Ini jelas menunjukkan bahawa setiap dakwaan yang dibuat oleh UMNO BN terhadap pentadbiran Khalid Gagap ada asasnya.Terkini,isu penutupan asrama Unisel atas alasan tidak selamat diduduki berdasarkan laporan audit yang dijalankan oleh JKR kembali mencerminkan kelemahan mereka dalam menyelesaikan satu-satu masalah.Untuk makluman,kerja-kerja tanah yang dilakukan ketika awal pembinaan Unisel dijalankan oleh Talam sebuah syarikat yang di bail out oleh kerajaan Khalid Gagap.
Berdasarkan kepada perjanjian BOT yang ditandatangani bersama kontraktor Jana Niaga, mereka hanya bertanggungjawap untuk membina bangunan selepas kerja-kerja Talam siap dijalankan dan menjalankan kerja-kerja pengurusan dan selenggara.Kita mungkin masih belum terlupa bagaimana kegagalan Unisel membayar duit pengurusan yang melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan,kediaman kakitangan dan juga kediaman pelajar yang mencecah RM1.5juta sebulan.
Pada 3 Januari lepas Unisel telah mengumumkan akan memindahkan keluar pelajar-pelajar mereka berjumpalah 2000 orang yang menginap di asrama atas alasan JKR mengarahkan bahawa asrama tersebut perlu dikosongkan
Pada 4 Januari Menteri Besar junjungan besar Naib Canselor Unisel telah mengesahkan bahawa arahan pengosongan asrama Unisel bukan arahan pengurusan Unisel tetapi keputusan JKR dan juga PBT.Khalid Gagap juga mengesahkan bahawa masalah ini telah berlaku semenjak 2 tahun dahulu.
Respond daripada keluarga pelajar yang dikeluarkan oleh media-media lain juga agak kurang memuaskan seolah-olah Unisel tidak bersedia untuk menerima pelajar baru dan juga dalam memastikan keselamatan pelajar terjamin. Klik Ini.
Dalam memastikan hati keluarga pelajar-pelajar dapat ditenangkan, Unisel memaklumkan bahawa mereka mempunyai peruntukan sebanyak RM 20 juta untuk kerja-kerja pembaikkan asrama yang akan memakan masa selama 12 bulan.
ANDA NAK LAGI ???
UNTUK SELANJUTNYA
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment