Social Icons

Pages

Sunday, March 10, 2013

BONGKAR !!! MAJLIS PEGUAM DI TAKLUKI OLEH PUAK PKR ??? WAJIB BACA !!!


PADA 10 Mac tahun lepas,Majlis Peguam telah menetapkan syarat setiap ahlinya perlu memperolehi sekurang-kurangnya 16 mata Pendidikan Lanjutan Profesional (CPD) dalam tempoh 24 bulan sebelum dikeluarkan Sijil Amalan Guaman.Bagaimanapun,agak mengejutkan apabila Majlis Peguam Pulau Pinang yang mengadakan mesyuarat agung tahunan pada 27 Februari lalu menolak resolusi tersebut.Bagi Ahli Jawatankuasa Badan Induk Majlis Peguam Pulau Pinang,Ranjit Singh Dhillon yang menghadiri mesyuarat berkenaan,penolakan tersebut disebabkan badan itu kini dilihat telah lari daripada perjuangannya untuk menegakkan kedaulatan undang-undang sehingga menjadi alat oleh pihak tertentu yang mempunyai agenda peribadi sendiri.

Kepada wartawan,ZABRY MOHAMAD MADZLAN dan jurugambar,ISMAIL KAMADIN di Pulau Pinang,Ranjit yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyiasatan Tata Tertib Majlis Peguam menceritakan serba sedikit apa yang sedang berlaku dalam badan berkenaan.


UTUSAN : Apa perkara penting yang dibangkitkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Peguam Pulau Pinang? 

RANJIT : Mesyuarat sebulat suara menolak resolusi Majlis Peguam mengenai kewajiban setiap ahlinya memperolehi 16 mata CPD yang diputuskan dalam mesyuarat agung tahunannya pada 10 Mac 2012.Pulau Pinang,negeri pertama yang secara terbuka dan berani membantah perkara itu. 

Kenapa resolusi itu ditolak? 

Seseorang ahli sewajarnya dibenarkan membuat pilihan secara sukarela dan bukan diwajibkan atau dipaksa. 

Bagaimana markah CPD diperolehi? 

Secara am,kursus dan seminar akan dianjurkan oleh Majlis Peguam di Kuala Lumpur di mana setiap ahli harus membayar yuran tertentu.Mata CPD akan diberikan mengikut tajuk kursus.Contohnya Prosiding Pemerolehan Tanah dengan yuran sebanyak RM1,050 akan mendapat enam CPD,Pemahaman Peraturan-peraturan Mahkamah 2012 : Perubahan dan Kesan dengan bayaran RM590 juga mendapat enam CPD.

Pada pandangan anda,setakat ini adakah kursus-kursus CPD ini meningkatkan mutu atau taraf profesion guaman di negara ini? 

Tidak dinafikan,sesetengah kursus amat memanfaatkan ahli namun terdapat juga kursus bersifat politik keterlaluan yang lari jauh daripada tujuan asal program CPD. 

Apa yang anda maksudkan dengan kursus bersifat politik itu? 

Terdapat kursus-kursus dianjurkan secara terbuka dilihat bersifat propembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang seolah-olah mahu mencuci minda ahli-ahli menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.Misalnya bengkel Bagaimana Membuat Persediaan Petisyen Pilihan Raya : Garis Panduan dan Proses pada 26 Februari lalu di pejabat Majlis Peguam, Kuala Lumpur.Bayaran kursus hanya RM25 seorang.Kandungan bengkel itu mendedahkan peserta dengan kepakaran undang-undang untuk berdepan proses pilihan raya termasuk menyediakan petisyen pilihan raya.Salah seorang penceramahnya ialah Timbalan Setiausaha Agung PKR,Steven Choong. 

Satu lagi kursus iaitu Bengkel Mengenai Pilihan Raya disediakan secara percuma. Selain Steven Choong,penceramah yang dijemput ialah Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih),Datuk S. Ambiga; Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Andrew Khoo Chin Hock dan Maria Chin Abdullah serta Pengasas Tindak Malaysia, PY Wong.Apakah tugas Majlis Peguam sekarang mahu mendidik ahli-ahlinya untuk menyediakan calon-calon bagi PRU-13? 

Pada pandangan anda,bolehkah dikatakan Majlis Peguam mempunyai hubungan erat dengan pembangkang khususnya PKR? 

Sudah semestinya.Ambiga selaku bekas Presiden Majlis Peguam secara terbuka mendewakan Penasihat PKR,Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘tokong’. Beliau memburuk-burukkan nama Polis Diraja Malaysia (PDRM) semasa penganjuran Bersih 3.0 dan tidak menyebut langsung siapakah dalang yang mempengaruhi peserta perhimpunan haram itu menceroboh rintangan polis menuju masuk ke Dataran Merdeka.Presiden Majlis Peguam,Lim Chee Wee pula sanggup menghantar 78 sukarelawan terdiri daripada ahli majlis itu sendiri untuk membantu Anwar mengeksploitasikan keadaan tegang seolah-olah sudah mengetahui sesuatu provokasi akan dilakukan oleh sesetengah pihak pada perhimpunan berkenaan. 

Begitu juga Himpunan Shamsidar di Stadium Merdeka baru-baru ini.Majlis Peguam menghantar pemerhati walhal Mahkamah Tinggi telah memerintahkan agar isteri Timbalan Presiden PKR iaitu orang kuat Anwar, Azmin Ali, Shamsidar Taharin wajib hadir sebagai saksi dalam perbicaraan kes saman fitnah Anwar ke atas Ahli Dewan Negara,Datuk S. Nallakaruppan.Kedudukan dalam Majlis Peguam juga digunakan sebagai payung untuk mengelirukan agenda sebenar individu tertentu di dalamnya seperti Ambiga dan Chee Wee.Yang paling menakutkan,kedua-duanya berupaya mempengaruhi minda beribu-ribu peguam muda dan generasi muda di negara ini.Kalau mempengaruhi ke jalan betul tidak mengapa, tetapi dibimbangi dipesongkan hingga boleh menyebabkan salah guna jawatan awam untuk kepentingan peribadi atau sekutu, iaitu salah satu definisi rasuah kerana rasuah bukan hanya wang ringgit. 

Apa rumusan anda mengenai hubungan Anwar dengan Majlis Peguam? 

Sangat erat.Tidak diragui lagi malahan Majlis Peguam dilihat seperti memberi pengiktirafan undang-undang kepada segala tindak-tanduk Anwar. Sebagai badan profesional, tidak sepatutnya Majlis Peguam diperalatkan oleh orang politik. Kewajipan Majlis Peguam adalah menjaga kedaulatan negara dan ketenteraman awam. 

Huraikan kedaulatan negara dan ketenteraman awam yang dimaksudkan itu? 

Contoh terbaru, pegawai dan anggota polis terkorban di Lahad Datu,Sabah dalam kejadian pencerobohan pengganas.Ucapan takziah pun tidak diberikan oleh Majlis Peguam apatah lagi menyambut jenazah yang pulang atau memberi penghormatan di upacara pengebumian.Namun,Bersih 3.0 mereka boleh pula hantar 78 orang pemerhati tetapi di Sabah seorang ahli Majlis Peguam pun tiada.Saya cadangkan mesyuarat agung tahunan Majlis Peguam yang dijadual berlangsung pada 16 Mac ini ditangguhkan sebagai menghormati wira-wira negara yang gugur.Majlis makan malam dan tari-menari tahunan Majlis Peguam juga harus dibatalkan.Ini masa berkabung untuk semua warganegara.Sumbangan juga boleh disalurkan ke dalam Tabung Rayuan Hari Pahlawan. 

Apa contoh lain Majlis Peguam seperti berhaluan pembangkang? 

Pelantikan 20 ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang sehingga kini tiada komen langsung daripada Majlis Peguam seolah-oleh mereka lari ke bawah selimut mendiamkan diri.Tiada kursus dianjurkan oleh Majlis Peguam mengenai peranan Pendaftar Pertubuhan (ROS) atau undang-undang persatuan serta akibat jika melanggar peraturan.Mungkin ramai yang mahu tahu sama ada DAP boleh dibubarkan oleh ROS.Selain itu,kehadiran senator tanpa parti dari Australia,Nick Xenophon yang dijemput oleh Anwar bukannya kerajaan Malaysia.Xenophon dijadualkan berjumpa Chee Wee.Chee Wee pula mengecam kerajaan kerana tidak membenarkan Xenophon masuk sedangkan Xenophon bukan delegasi kerajaan.Adakah Xenophon ke sini untuk Bersih 4.0? Bersih 4.0 dilihat satu rancangan atau provokasi rakyat supaya Shamsidar dihalang daripada memberi keterangan di mahkamah.Xenophon memang diketahui salah seorang peserta Bersih 3.0.Dalam penyediaan laporan Panel Siasatan Bebas yang dipengerusikan bekas Ketua Polis Negara,Tun Hanif Omar mengenai perhimpunan haram Bersih 3.0 pun Chee Wee tidak hadir.Chee Wee adalah orang yang sepatutnya memberi keadilan dan memegang prinsip kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan.Jika tiada apa-apa untuk disembunyi,Chee Wee patut tampil beri keterangan.Segala keterangan direkodkan dan jangan bimbang dimanipulasi. 

Apa yang diperlu dilakukan ke atas Majlis Peguam supaya ia kembali kepada matlamat asal penubuhannya? 

Majlis Peguam bukan sahaja perlu diterajui oleh lulusan undang-undang khususnya dari universiti tempatan bahkan oleh mereka yang benar-benar cintakan keadilan dan undang-undang. Undang-undang bukan sahaja melibatkan buku dan perkataan malah membabitkan semangat cintakan negara. Pada saya, untuk mengembalikan prestasi dan kredibiliti Majlis Peguam, kita kena balik kepada semangat tersebut. - Utusan Malaysia

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

Bar council diperkudakan anwar!

Anonymous said...

SEBAB TU ANWAR BERANI SAMAN ORANG SESUKA HATI KERANA PERATUSAN UNTUK MENANG KES ADALAH TINGGI..

CONTOH, MAJLIS PEGUAM HANTAR WAKIL MASA BERSIH 3.0
MASA KAT LAHAD DATU NI APASAL TAK ADA? APASAL TAK TUNJUK SIMPATI PADA BALU POLIS DAN TENTERA?

gen2felda

 
 
Blogger Templates