Social Icons

Pages

Monday, April 15, 2013

EKSKLUSIF !!! #PRU13 !!! SIAPA SEBENARNYA YANG LEBIH MEMBAWA HARAPAN UNTUK RAKYAT ??? BN ATAU PR ???


Jika hendak dibandingkan antara kedua-dua manifesto BN dan PR dan juga rekod prestasi pentadbiran kedua-dua parti politik berkenaan,jelaslah BN lebih mampu menawan kebolehpercayaan rakyat.Hal ini berikutan kerana setiap janji ditepati dan setiap janji-janji baru akan lebih banyak membawa kesejahteraan kepada rakyat jelata dari setiap lapisan masyarakat.BN bawa harapan untuk semua rakyat Malaysia.Pakatan hanya bawa harapan untuk Anwar Ibrahim.Pengarah kanan ISIS Malaysia Steven Wong setuju dengan praktikaliti Manifesto Akujanjai BN, yang mana menurutnya manifesto BN mempunyai kelebihan.Dalam kesemua 17 bidang yang diliputinya,terdapat penjelasan secara khusus tentang perkara yang telah dilaksanakan dalam tempoh lima tahun lepas dan yang akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang.Menurutnya,perancangan BN itu juga lebih menyeluruh berbanding PR yang tidak menyatakan secara tepat apa dan bakal yang mereka akan laksanakan serta tempoh masa mereka melaksanakan janji manifesto itu.Beliau turut membangkitkan soal pemberian wang secara tunai melalui Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang menurutnya baik dan munasabah. "Walaupun pelbagai pihak heboh memperkatakan tentang pemberian wang oleh kerajaan,namun jumlah bantuan kewangan yang ditawarkan itu agak munasabah. 

 "Bagi 40 peratus isi rumah bawahan, jumlah yang mereka terima hanya lebih kurang bersamaan dengan pendapatan tambahan untuk satu bulan bagi mereka," katanya.Jelasnya lagi,melalui pemberian berkenaan, ia mensasarkan kepada kumpulan tertentu dengan tepat.Katanya, ia tidak sama dengan pemberian bukan berbentuk wang seperti subsidi tenaga dan makanan, yang boleh membawa kepada berlakunya penyelewengan dan pembaziran dalam skala besar. Perlu juga disebut bahawa insentif lain yang ditawarkan oleh manifesto itu menunjukkan sesetengah rakyat negara ini akan mendapat pelbagai bentuk bantuan. "Bagaimanapun, saya berpendapat bahawa dari segi pemberian geran wang, manifesto BN tidaklah bersifat keterlaluan dan layak diberi markah yang baik." Intipati manifesto BN itu juga adalah kunci untuk memenuhi semua aspeknya ialah pembinaan sebuah ekonomi yang berdaya tahan,dinamik serta inovatif,kerana tanpa asas ekonomi yang kukuh,semua sasaran lain hanya merupakan impian semata-mata.Sekiranya terdapat perbezaan ketara antara manifesto BN dan manifesto PR,ia adalah berkaitan aspek pro pertumbuhan dan pro perniagaan.Kita sudah tahu tentang pro dan kontra Program Transformasi Ekonomi (ETP),tetapi kita tidak pasti tentang strategi pertumbuhan PR.Manifesto BN secara jelas menyebut bahawa ia menyokong penubuhan Komuniti Ekonomi Asean serta usaha meningkatkan kepentingan ekonomi dan kepentingan dua hala.Manifesto PR sebaliknya hanya fokus kepada pemansuhan pelbagai perkara dan "percuma" semua benda tanpa menilai keseluruhan secara pendekatan ekonomi yang bakal memberikan kesan terhadap kedudukan kewangan negara.Dalam hal ini,manifesto BN layak diberi markah tinggi.Namun demikian,perlu juga ditegaskan bahawa banyak negara turut meliberalkan ekonomi masing-masing untuk memiliki daya saing, dan perkara ini perlu diambil kira.

RENUNG-RENUNGKAN

7 comments:

Anonymous said...

PM - BN pengecut.Ajak debet pun takut.Pasal apa?!!!!Sebab masa sekolah dulu dia langsung tak pernah menyertai acara debat.Dapat jadi PM pon pasal anak golongan bangsawan.La ni sorang lagi anak golongan bangsawan nak dimertabatkan sebagai MB dan pas tu PM.Anak sapa lagi......Mahdhir lah.Depa ni bukanlah pandai sangat tapi kerana keturunan bangsawan mereka di angkat sebagai pemimpin.Berbeza dengan Anwar.Dia seorang pemimpin sejak di sekolah dan universiti.Dia juga sudah masak dan lunyai diuji.Dia lah yang sepatutnya menjadi PM selepas PRU 13 ni.Ada setuju.......renung-renungkanlah dengan mata hati.

Anonymous said...

Pemimpinlah sgt.moral apa dah jd?itu ke pemimpin?? at least PM ada juga inisiatif beri semuanya utk rakyat? Anwar ada ker? Yg dia tau liwat,liwat dan liwat

Unknown said...

JIKA CERITA PASAL HARAPAN. PEMBANGKANGLAH YANG TERBAIK. UMPAMA RAKYAT LAH SI JANTUNG HATI PEMBANGKANG. BN PULA BERPIJAK DI BUMI NYATA ( DIA X JANJI KALAU DALAM KERTAS X DPT BUAT). UNTUK ORANG YG BETUL IKHLAS PERJUANGANNYA SETIAP JANJI YG DIBUAT JIKA TDK MAMPU MEREKA BUAT MEREKA MALU! MEREKA PALING MALU KETIKA BERHADAPAN DGN DIRI MEREKA DI HADAPAN CERMIN. KETIKA MENGHADAP DIRI SENDIRI! X NAMPAK PUN DLM PAS.

Anonymous said...

kata pemerintahan demokrasi,,,kalo betol Kerajaan amalkan demokrasi,,,kenapa sebarang perkara yang buruk dari pembangkang sahaja di gembar-gemburkan,,,sedangkan BN pn bukan la semua nya baik sangat,,,manusia mana ada perfect hanya ALLAH S.W.T is PERFECT...pembangkang diharamkan wat sebarang liputan di TV or akhbar kerajaan,,,semua GOV sekarang(BN)yang pegang...so MANA DEMOKRASI YANG SEBENAR,,,cuba la PK

Anonymous said...

korang ni pandang duit je ke....?????islam kat celah mana korang letak...penah PK x??????aku pn dapat wit jugak,,,dah memang duit kite,,,amek je la,,,,jgn la benggap sangat...duit bawak dalam kubur ke....abes juga duit tu korang bayar harga barang yang naik lepas pilihanraya...sama jew..rakyat banyak miskin...dorang terlebih kaya...baru sekali nak ubah,,,kalo xok kite ubah la balik...5 tahun je......xlama pn....selama ni bertahun boleh plak tahan,,,,BR1M sume2 pun kalo x sebab dah nak kalah xdak maknanya dorang wat,,,cuba ngok selama 50thn lebih ....ada ke BR1M & RR1M???? baru 2 x pn....Renungkan-renungkan dan selamat berPIKIOR.....

Anonymous said...

PEMBETULAN br1m & br2m LA...HAHAHAHAH...Kalo BN memerintah negara mengikut AL-Quran & Sunnah IN SYAA ALLAH NEGERA AKAN AMAN ...LAGI BAGUS KALO bn & pas bergabung kan ok Jdi LA UMPAS...ok gak,,,,sama-sama memerintah,,,kn adil....

Anonymous said...

KATA UNSUR FITNAH AKAN DIPADAM,,,BETOL KE??????KES ANWAR LIWAT2 BUKAN FITNAH KE?CIAN MEREKA YANG XBERSALAH....MOGA ALLAH S.W.T BAGI PETUNJUK PADA PEMBUAT FITNAH SUPAYA SEGERA BERTAUBAT....TAMBAHAN MANA ACI KERJA KERAJAAN SUMA PAKAT GUNA ORANG DALAM JE,,,KAMI ORANG LUAR YANG XADA ORANG DALAM,,,MANA NAK CAMPAK....CIAN KAMI...NAK GAK MERASA

 
 
Blogger Templates