Social Icons

Pages

Showing posts with label PRU 13.... Show all posts
Showing posts with label PRU 13.... Show all posts

Thursday, July 04, 2013

KANTOI !!! 222 AGEN PR AKUI #PRU13 SAH DAN TELUS !!!


Di dalam setiap PRU,terdapat ejen dari setiap parti yang bertanding di setiap kawasan pengundian,yang bertugas sebagai pemantau.Begitu juga dalam PRU-13 yang lalu di mana pemantauan yang sama dilakukan bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar bermula dari menyemak nama dan saluran mengundi,sehinggalah kepada pengangkutan peti undi dan pengiraan.Pendek kata,tiada satu pun yang terlepas dari pemantauan ejen-ejen setiap parti.Oleh yang demikian,tindakan PR untuk terus membangkitkan soal penipuan dalam PRU-13 seolah-olah menafikan kredibiliti ejen-ejen mereka sendiri.Perlu diingatkan bahawa ejen-ejen ini dipilih oleh parti mereka dan bukan pihak lain.Pastinya pemilihan agen dibuat dengan penuh teliti oleh setiap parti kerana mereka ini akan menjadi ‘mata’ dan ‘telinga’ parti sepanjang proses pilihanraya. 

Justeru,sekiranya ada pihak yang perlu dipersoal oleh PR berkenaan penipuan melalui pengundi hantu,blackout,dakwat dan sebagainya,maka yang pertama sekali harus dipertanggungjawabkan ialah ejen-ejen PR sendiri.Untuk makluman,kesemua ejen yang dilantik PR dalam PRU-13 berjumlah 222 orang.Mereka ini jelas telah menandatangani borang rasmi sebagai mengesahkan keputusan kiraan undi.Hanya selepas borang ini ditandatangani mereka,barulah SPR boleh mengumumkan keputusan rasmi.Oleh itu,PR wajib mempersoalkan kenapa ejen-ejen mereka menandantangani borang tersebut jika benar berlaku penipuan ??? Dan kenapa ejen-ejen mereka tidak membantah atau menangkap 40,000 warga Bangladesh yang menjadi pengundi hantu ??? Serta,kenapa ejen-ejen mereka tidak menolak pengiraan undi di kawasan terjadi blackout ??? Dan jika benar dakwat tidak kekal menjadi punca kejadian undi dua kali atau tidak dibenarkan mengundi,kenapakah ejen-ejen PR membiarkannya berlaku ???

PR perlu menyiasat terlebih dahulu kesemua 222 ejen yang dilantik mereka sebelum mendesak agar SPR disiasat.Satu post-mortem perlu terlebih dahulu dilakukan di dalam PR untuk mengenalpasti punca terlantiknya ejen-ejen PRU yang tidak boleh dipercayai oleh parti sendiri.Kemudiannya,PR perlu mendedahkan ejen-ejen ini bagi mendapatkan kebenaran sama ada mereka sememangnya tidak pandai membuat kerja atau telah dibeli.Sewajarnya,hanya selepas melakukan semua ini barulah PR punya hak untuk membawa perkara ini ke tahap yang lebih tinggi seperti membuat laporan polis atau mendesak siasatan oleh SPRM,mahupun merusuh dan berguling di atas jalanraya.Jika tidak,maka PR wajib menerima keputusan PRU-13 sebagai sah sepertimana yang disahkan oleh 222 ejen mereka.

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, July 03, 2013

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! ISU DAKWAT KEKAL !!! SHAHIDAN KASSIM MEMBELASAH PR KAW-KAW !!!


Kisah pengundi hantu telah pun senyap,begitu juga kisah ‘blackout’ ketika pengiraan undi. Laman-laman sosial puak PR yang sebelum ini begitu giat mencanang,menyebar dan menghentam SPR atas dua isu ini kini berpura-pura pekak apabila ditanya kenapa tiada laporan polis berkenaan dua tuduhan tersebut.Satu-satunya isu yang belum senyap dan terus dicanang bagi ‘mengenakan’ SPR ialah isu dakwat kekal dan hari ini,akhbar-akhbar perdana melaporkan bahawa SPR akan disiasat oleh SPRM mengenai isu ini.Kita sambut berita ini dengan tangan terbuka kerana semua pihak perlu meletakkan titik noktah kepada semua kegilaan tuduh menuduh ini.SPR tidak wajar dijadikan satu-satunya kambing hitam sedangkan mereka sejak awal lagi menolak penggunaan sistem dakwat kekal ini atas alasan tiada kredibiliti.Namun,pihak pembangkang terus mendesak penggunaannya sehingga membawa kepada beberapa siri demonstrasi jalanan yang berakhir dengan keganasan.Kerajaan akhirnya akur kepada desakan pembangkang dengan harapan ia akan membawa Malaysia kembali tenang dan aman. 

Bagaimanapun,apa yang ditakuti oleh SPR iaitu dakwat kekal bakal membawa masalah terbukti berasas apabila banyak aduan mengenai sifatnya yang ‘tidak kekal’ diterima.Sehubungan dengan itu,SPR tidak semena-mena telah dipertanggungjawabkan pula.Pembangkang benar-benar menjadikan SPR sebagai ‘punching bag’ dalam isu ini.Anwar Ibrahim,Lim Kit Siang,Lim Guan Eng,Mat Sabu semuanya secara terang-terangan menuduh SPR menipu. Namun, dengan perkembangan terbaru ini,kita semua berpeluang untuk mendapat kisah sebenar tentang siapa yang menipu dan siapa yang tertipu.Siasatan pastinya akan membongkar segala-galanya termasuk siapa pembekal dakwat kepada SPR dan dari mana mereka mendapat bahan-bahan untuk membuat dakwat tersebut,siapa yang menyediakan khidmat pembotolan atau kotak, malah pengangkutan yang digunakan untuk menghantarnya.

Selain itu,setiap seorang terlibat seperti petugas yang mengendalikan dakwat serta agen-agen parti yang menjadi pemerhati juga akan dikenalpasti dan disoal.Menjawab isu ini bagi pihak kerajaan,Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Seri Shahidan Kassim telah menjelaskan bahawa dakwat kekal berkenaan telah diuji sebelum pilihanraya dan kredibilitinya adalah menepati piawaian.Beliau juga menjelaskan bahawa bahan kimia yang digunakan dalam dakwat kekal berkenaan telah digantikan dengan pewarna makanan dan tahap ketahanannya bergantung kepada individu serta usaha yang dilakukan oleh setiap individu untuk menghilangkan kesannya.Perlu difahamkan bahawa SPR adalah sebagai pelanggan dan bukan pembekal dakwat.Sekiranya bekalan tidak menepati kualiti yang ditawarkan pada awalnya,ia merupakan satu penipuan di pihak pembekal dan bukan SPR.Ini juga membawa makna pembangkang telah memfitnah SPR.Jika ini berlaku,maka SPR tentunya punya hak untuk membersihkan nama mereka dengan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pembangkang berdasarkan hasil siasatan tersebut.

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, June 21, 2013

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! #BLACK505 !!! TIMBALAN PENGERUSI SPR MEMBELASAH PR KAW-KAW !!!


Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyifatkan pembangkang sebagai hipokrit kerana akan mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat di Parlimen meskipun mempertikai keputusan PRU13.Beliau berkata pembangkang cepat berubah pendirian dan setiap perbuatan mereka tidak selari dengan prinsip.“Mereka menang 89 kerusi (Parlimen) dan tiga negeri menang semuanya lebih dua pertiga kerusi,tetapi di jalan raya mereka menolak keputusan pilihan raya dan ini perkara yang betul-betul hipokrit.Prinsip tidak sama dengan perbuatan, prinsip kononnya tidak boleh menerima keputusan pilihan raya, tetapi perbuatannya? Kita tengok sekarang, cepat-cepat angkat sumpah, cepat-cepat ubah (pendirian), sebelum ini cuma nak boikot,taklimat dia kata,” katanya.  

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis syarahan jamuan tengah hari anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Institut Perkembangan Minda (INMIND) bertajuk ‘PRU13: Terima Keputusan Rakyat’ di sini, hari ini.Selain itu,Wan Ahmad berkata pembangkang juga dilihat hipokrit apabila mendakwa sistem pilihan raya negara ini tidak adil namun mereka tetap menghantar calon bertanding. “Kalau pembangkang tidak yakin daripada mula tentang undang-undang pilihan raya, ketelusan pilihan raya dan kononnya berlaku penipuan.mereka tidak perlu bersusah payah untuk menyertai pilihan raya.Tetapi dia masuk bertanding sebab percaya pilihan raya kita adil,percaya boleh mendapat kemenangan kerana kemenangan ada di tangan rakyat.Mereka menang,dapat tubuh kerajaan,dapat pecahkan monopoli parti pemerintah,” katanya.Beliau berkata pembangkang hanya mempergunakan rakyat bagi menyokong prinsip tidak menerima keputusan pilihan raya dengan mengheret mereka ke perhimpunan jalanan,namun pada masa sama mengakui diri wakil rakyat yang dilantik menerusi proses pilihan raya. 

Wan Ahmad juga berkata SPR tidak akan melayan segala desakan pembangkang kerana tuntutan mereka di luar garis perlembagaan dan peruntukan undang-undang.“Pembangkang tuntut SPR untuk letak jawatan, tidak masuk akal sebab menurut Perlembagaan, itu bukan caranya; menuntut pilihan raya diadakan semula di 30 kawasan yang mereka menang kecil, tidak masuk akal sebab kalau mereka tidak percaya keputusan pilihan raya, buat bantahan melalui petisyen pilihan raya, dalam Perlembagaan, Perkara 118. “Selain itu, mereka menuntut kajian semula persempadanan ditangguhkan sementara, menurut Perlembagaan ia perlu dibuat selepas tempoh lapan tahun,sudah sampai masanya dan tidak boleh dilengahkan. “Bagaimanapun, mereka mahu perkara itu dibuat sehingga dapat lantikan SPR baharu. Nak lantik di bawah undang-undang mana?” soalnya.- Bernama

Tuesday, June 18, 2013

EKSKLUSIF !!! MEDIA SOSIAL GAGAL MENANGKAN PR PADA #PRU13 !!! NAK TAHU KENAPA ??? WAJIB BACA !!!


Di era teknologi maklumat ini,media sosial dikatakan mampu menentukan hala tuju negara mahupun jatuh bangunnya sesebuah kerajaan.Malah,media sosial telah terbukti mampu mencetuskan anarki dan juga pembunuhan etnik.Tidak mustahil sedikit masa lagi,media sosial juga bakal menjadi punca perang antara dua negara,mahupun perang dunia.Walaupun media sosial memainkan peranan penting dalam kehidupan kita dan juga pemerintahan negara,ia masih tidak mampu menjadi penentu yang muktamad bagi meramalkan apa yang bakal terjadi berdasarkan pengaruhnya.

Merujuk kepada satu kajiselidik tidak rasmi oleh sekumpulan pentadbir media sosial,adalah didapati bahawa kita hanya boleh mengukur jarak dan keluasan penyebaran maklumat tetapi sama sekali tidak mampu mengukur keberkesanannya secara tepat.Kajiselidik tersebut menunjukkan bahawa Penyebaran Efektif Maklumat Politik dan Pilihanraya berada di tahap 30% berdasarkan perkongsian purata ‘mutual friends’.Dari perspektif Barisan Nasional, apa yang didapati ialah daripada jumlah tersebut pula,hanya 30% yang menyatakan sokongan secara nyata dan turut membantu kempen BN.

Perinciannya adalah seperti berikut :

STU dari FB
Jumlah Pengundi
Jumlah Penembusan (30%)
Jumlah Impak dari Penembusan (30%)
% STU diperbandingkan dengan pengundi
% penembusan diperbandingkan dengan pengundi
% Impak diperbandingkan dengan pengundi
9,146,020
13,291,385
2,743,806
823,142
68.81%
20.64%
6.19%

Kesimpulannya,dari 9 juta pelayar internet, hanya lebih kurang 800,000 lebih sahaja yang akan terpengaruh dengan kempen politik oleh kedua-dua belah pihak. Ini membuktikan bahawa media sosial tidak mampu menentukan kemenangan atau kekalahan satu-satu parti dalam pilihanraya.Menarik sekali apabila perkara ini turut dipersetujui oleh Ahmad Lutfi Othman,iaitu seorang penulis dalam akhbar Harakah.Beliau menyatakan bahawa kekuatan UMNO terletak pada penguasaan media tradisional manakala PR,walaupun dilihat menguasai media alternatif yang lebih demokratik dan meluas masih tidak mampu mengekang pengaruh media tradisional.

Beliau seterusnya menulis, “semua akur bahawa ketiga-tiga lidah rasmi parti-parti dalam Pakatan, terutama harakah dan Suara Keadilan,amat tidak memadai untuk memikul tanggungjawab yang begitu besar. Dengan kekerapan penerbitan yang terbatas – dua kali seminggu untuk Harakah dan bertaraf mingguan untuk Suara Keadilan – apatah lagi begitu mudah dijejaskan rangkaian pengedarannya disebabkan peruntukan undang-undang sedia ada,pengaruh kedua-dua media ini dihadkan.”

Walaupun Ahmad Lutfi turut mencapai kesimpulan yang sama mengenai pengaruh media sosial,tetapi kita tidak setuju dengan saranan Ahmad Lutfi agar melonggarkan lagi syarat terhadap media tradisional.Ini kerana, pembangkang masih belum menunjukkan kematangan dalam mengendalikan media tradisional dan ini diakui sendiri oleh seorang pembaca Harakah yang dipetik dalam tulisan Ahmad Lutfi tersebut.Katanya,“kualiti akhbar lebih penting.Laporan Harakah dan Suara Keadilan perlu lebih bermutu,tidak mengulangi kesilapan sama dan harus ditadbir seperti industri akhbar yang professional.Karyawannya tidak boleh tangkap muat,mesti hebat dan dihormati dan pastinya perlu diganjari setanding akhbar-akhbar utama.Brain dan skil terbaik tidak datang menggolek.”

Nampaknya penulis dan pembaca Harakah sendiri terpaksa mengakui bahawa hujah dan bahan yang dibentangkan oleh pembangkang tidak berkualiti.Umum sedia maklum bahawa bahan-bahan yang dibentangkan oleh media pembangkang seringkali berunsur fitnah, berbaur hasutan dan terlalu sarat dengan politik.Sekiranya pemerintah menguasai media tradisional kerana kualitinya, maka apakah salah jika dikatakan pembangkang menguasai media sosial kerana kualitinya juga ??? Perlu diingatkan bahawa kadangkala barang tidak berkualiti boleh disamarkan dengan ‘packaging’ yang berkualiti.Memandangkan apa yang dicari oleh rakyat adalah kualiti, sehingga tertipu oleh ‘packaging’ yang baik, maka bukankah lebih mudah jika kita memastikan barang dan ‘packaging’ sama-sama berkualiti tinggi ??? Ertinya,jika kelemahan BN di media sosial adalah kerana kualiti ‘packaging’nya sahaja, maka kita harus bermula dari sekarang untuk menangani kelemahan tersebut.Hari ini,PR gagal ke Putrajaya walaupun berjaya menguasai media sosial.Tetapi jika mereka berjaya meningkatkan kualiti media tradisional dalam jangkamasa penggal ini,maka BN pastinya mempunyai masalah yang besar dalam PRU-14 nanti.

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, June 14, 2013

HOT NEWS !!! PETISYEN #PRU13 #BLACK505 AKAN MENDEDAHKAN BUKTI PEMBOHONGAN PR !!! WAJIB BACA !!!


PR dilaporkan akan memfailkan 35 petisyen iaitu 25 kawasan yang dimenangi parti itu dan 10 kawasan yang dimenangi Barisan Nasional.Kos keseluruhan dianggarkan berjumlah sehingga RM1.5 juta.Nampaknya,keputusan untuk memfailkan petisyen ini diambil setelah siri Himpunan 505 masih tidak berjaya memberi impak besar,jauh sekali menjatuhkan kerajaan.Akhir-akhir ini,PR dilihat merasa tertekan diketawakan rakyat kerana hanya mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwat tidak kekal walaupun beria-ia menuduh penipuan melalui gangguan elektrik dan pengundi hantu.Petisyen ini dijangka mengembalikan maruah PR yang sudah ketandusan isu untuk dijadikan bahan dalam ucapan di himpunan-himpunan anjuran mereka.Walaubagaimanapun,saya sangsi yang petisyen ini mampu memberi keuntungan politik kepada PR,sebaliknya ia dilihat sebagai perangkap yang bakal memakan tuannya.Apabila petisyen difailkan,ia akan memaksa pihak berkuasa menyiasat secara terperinci proses pengundian termasuk kempen dan rangkaian kejadian sebelum mahupun selepas pengundian. 

Dengan itu,saya berharap agar segala tandatanya rakyat mengenai sumber kewangan PR akan turut terjawab.Ramai yang tertanya-tanya,dari mana datangnya wang PR untuk menampung kos kempen yang begitu mewah.Sudahlah sepanjang penggal asyik berkempen yang pastinya menelan begitu banyak belanja,sepanjang tempoh kempen PRU pula masih lagi mampu mengeluarkan belanja yang berlipat ganda lagi banyaknya.saya bukan sahaja bercakap tentang bahan-bahan biasa seperti poster,risalah dan ceramah yang tidak kunjung henti tetapi juga penggunaan helikopter,bas khas,jet peribadi,pengawal peribadi dan berbagai-bagai lagi belanja sampingan termasuk mengupah wartawan dan pelobi asing untuk memaparkan gambaran buruk terhadap kerajaan Malaysia.Tidak lupa juga belanja tidak perlu seperti beribu-ribu bendera kecil berwarna-warni yang ‘dihias’ di tepi-tepi jalan di kawasan-kawasan tertentu. 

Ini belum lagi dikira jentera propaganda yang 24 jam kerjanya mengutuk kerajaan dan menabur fitnah.Apa yang lebih menarik ialah bukan semua kawasan yang dipertanding PR memperlihatkan kemewahan yang sama,sebaliknya hanya tempat-tempat tertentu yang jelas menerima peruntukan lebih.Antaranya,Lembah Pantai,Permatang Pauh,Gombak,Ampang,Bandar Tun Razak,Gelang Patah,Alor Setar,Bagan dan Kota Bharu.Selebihnya,calon PR dikhabarkan menerima peruntukan sekadar cukup untuk bahan yang perlu sahaja.Kita berharap agar petisyen ini mampu menjawab persoalan tentang dari mana datangnya pengundi Cina yang begitu ramai di bandar-bandar besar sehingga membawa kepada kemenangan DAP dengan majoriti yang ‘memkagumkan’ ??? Kita ingin tahu, apakah terdapatnya pengundi hantu di kalangan kaum Cina ??? Kita juga ingin pendedahan dibuat mengenai tingkahlaku agen PR dalam menjalankan tanggungjawab mereka sepanjang waktu bertugas.Kenapa mereka tidak mengambil tindakan sekiranya benar terdapat penipuan ??? Atau apakah mereka sendiri yang menipu ??? Begitu juga dengan bagaimana mereka menangani isu undi rosak akibat dakwat terlekat di kertas undi. 

Selain itu,saya ingin mendengar bagaimana PR dengan sengaja menyerbu pengundi yang telah 30 tahun menetap di Taman Cempaka dan menuduh mereka sebagai pengundi hantu atau bagaimana pos di Facebook hos Astro AEC,Gan Jiang Han mengenai gangguan elektrik di Bentong mendapat 73,576 ‘like’ dalam sekelip mata seolah-olah semua orang sedang menunggu pos tersebut.saya juga ingin tahu kenapa kemudiannya, ADUN DAP Ketari Lee Chin Chen DAP Bilut,Chow Yu Hui sendiri menafikan berlakunya gangguan elektrik di Bentong ketika proses pengundian dan mengira undi.Siapakah yang menipu ??? Kedua ADUN DAP itu atau Gan ??? saya juga ingin melihat di mana Anwar mendapat bukti terdapatnya 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh seperti yang didakwanya di dalam ceramah-ceramah sebelum PRU dan juga bukti di manakah tempat mereka-mereka ini mengundi serta di manakah mereka pada ketika ini. 

Apa yang pasti,petisyen yang bakal difailkan ini haruslah bukan sekadar mempersoalkan dakwat yang tidak kekal kerana ia telah pun diakui sebagai kelemahan,bukan penipuan.Tetapi,ia haruslah merangkumi semua tuduhan PR terutamanya 2 perkara pokok yang dibangkitkan mereka iaitu kewujudan pengundi hantu dan juga gangguan bekalan elektrik.Tanpa kedua isu ini menjadi asas petisyen tersebut, maka PR dengan sendirinya terbukti menipu dan hanya mereka-reka cerita.Jangan lupa bahawa petisyen ini membawa kos sehingga RM1.5 juta.Justeru,rakyat tidak mahu mendengar kes remeh mengenai satu dua kes terpencil yang tidak membawa signifikan dari segi keputusan pengiraan undi di satu-satu kawasan semata-mata.Sebaliknya,ia haruslah mempunyai impak kepada keseluruhan keputusan PRU-13.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! KANTOI !!! TIADA SATU PATISYEN PR MENGATAKAN PENIPUAN #PRU13 ???


sebaik sahaja BN diumumkan oleh pihak SPR sebagai pihak yang menang dalam PRU13 yang lepas,pembangkang memulakan gerakan besar-besaran untuk menafikan kemenangan tersebut dengan pelbagai dakwaan,antaranya berlaku penipuan oleh pihak SPR,pengundi hantu,blackout dan sebagainya.Kemudian,dicananglah berulang-ulang kali pembohongan tersebut sehingga boleh tahan jugaklah yang terpengaruh dengan pemikiran songsang tersebut.Termasuk dari kalangan profesional yang Anehnya,sehingga tarikh akhir untuk memfailkan petisyen berakhir kelmarin dan pembangkang sendiri pun telah memfailkan sehingga 34 petisyen pilihanraya,tak satu pun di antara petisyen-petisyen tersebut yang menyebut tentang dakwaan pengundi hantu,blackout dan sebagainya.Dari apa yang saya dimaklumkan,majoriti daripada petisyen tersebut mempersoalkan undi rosak melibatkan dakwat kekal, dakwaan rasuah, membeli undi dan sebagainya.walaupun saya berada di mana pun,saya tahu semua ni walaupun sekarang saya di washington DC 

dalam masa yang sama juga,pembangkang melata berceramah dan berkempen mendakwa BN melakukan penipuan,40,000 orang warga Bangladesh dibawa menaiki ratusan pesawat dari Sabah dan Sarawak untuk mengundi BN dalam PRU yang lepas,di Bentong dan 30 kawasan lain berlaku blackout di pusat penjumlahan undi dan kononnya pada waktu itulah peti undi tambahan dibawa masuk,digugurkan dari helikopter dan sebagainya.Bahkan beberapa perhimpunan haram besar-besaran dengan menggunakan Blackout sebagai tema, telah diadakan di hampir seluruh negara dengan pemimpin pembangkang terlibat berpakaian hitam bagi menunjukkan memang betullah penipuan, blackout dan sebagainya itu berlaku.Kalau benar seperti mana dakwaan pembangkang tersebut, kenapa perkara itu tidak dimasukkan dalam mana-mana satu dari 34 petisyen yang difailkan sekarang ??? Kalau ikut daripada graviti dakwaan yang dibuat,terutama membabitkan 40 ribu pengundi Bangladesh dan 30 kawasan blackout, bukan mana-mana satu,sepatutnya setiap satu petisyen mesti mengandungi dua perkara tersebut, tapi kenapa tidak ada ???

Tipu rakyat dan dakwa macam-macam,tapi dalam petisyen pilihanraya,perkara yang dituduh itu tidak dimasukkan pula supaya senang dibahaskan di Mahkamah nanti.Inilah yang dikatakan menipu dalam terang. Mulut cakap lain tapi buat lain.Depan rakyat dakwa macam-macam penipuan,tapi dalam petisyen tak sebut langsung pun penipuan yang di dakwa.Tak sukar nak mengagak kenapa dakwaan pengundi hantu 40 ribu dan blackout ini tidak dimasukkan dalam petisyen, sebab memang pembangkang tidak ada bukti.Kita harap,rakyat sedar dan ambil iktibar sewajarnya.Tak sepatutnya perkara ini dibiarkan kerana kalau pembangkang berjaya juga akhirnya berkuasa dan membentuk kerajaan, kita tak tahulah pada waktu itu, apa yang akan berlaku.Silap-silap,penipuan dan spin akan diwajarkan, malah dijadikan sebahagian dari undang-undang dan pada waktu itu keadaan akan menjadi tidak terkawal. Itu yang kita bimbang sangat tu.Semoga Allah menyelamatkan kita semua dan negara kita dari terjerumus ke kancah tersebut

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, June 03, 2013

EKSKLUSIF DAN FAKTA !!! #PRU13 !!! #BLACKOUT505 !!! KENAPA PR TIDAK MINTA BUAT PRU SEMULA BAGI SEMUA KERUSI ???


Setelah berminggu-minggu PRU-13 berlalu dan beberapa Himpunan haram diadakan untuk membantah keputusannya,kononnya kerana berlaku begitu banyak penipuan,akhirnya kita dihidangkan dengan satu laporan polis bagi menjustifikasikan bantahan itu,iaitu berkenaan dakwat tidak kekal.Di ulang,‘SATU’ laporan polis sahaja bagi kesemua ‘penipuan’.Yang dilaporkan adalah kelemahan dakwat kerana “hilang bila dibasuh” dan BUKANNYA penipuan kerana “mengundi dua kali”.Atas alasan ini,maka PR mendesak agar keputusan PRU di 30 kerusi yang dimenangi BN diadakan semula.Persoalannya,kenapa hanya 30 ??? Bukankah antara yang dijaja di internet oleh PR berkenaan seorang yang kononnya telah mengundi dua kali terjadi di kawasan yang dimenangi Fuziah Salleh dari PKR ???  Kenapa kerusi yang dimenangi PKR tidak perlu diragui ??? BN telah memenangi 133 kerusi dan PR 89.Ini bermakna PR menjangka yang mereka boleh memenangi lagi 30 kerusi menjadikan jumlah kerusi mereka 119 dan BN tinggal hanya 103 kerusi.Pelik sekali kerana PR hanya ingin membantah kerusi yang dimenangi oleh BN,tetapi menerima kemenangan partinya di semua 89 kerusi. Sedangkan jika benar SPR adalah talibarut BN,kenapakah PR boleh memenangi sehingga 89 kerusi ??? Bukankah lebih baik SPR memberi kemenangan besar kepada BN sehingga sukar untuk dipertikai ??? Kenapa mesti membiarkan Datuk Seri Najib tersentap dengan tsunami Cina ???

Jika Anwar serius ingin mengadakan semula PRU di 30 kerusi tersebut,Anwar wajib terlebih dahulu membuktikan adanya kes penipuan dan bukan sekadar kelemahan Jika dakwat tidak kekal yang menjadi punca, maka Anwar wajib membawa bukti dan saksi bahawa ada yang telah mengundi dua kali. Jika setakat dakwat hilang tetapi tiada kes pengundian dua kali maka itu bukan satu penipuan dan tidak perlu diadakan pengudian semula.Malang bagi Anwar kerana beliau tidak mampu menampilkan apa-apa bukti atau saksi walaupun telah bersedia untuk membuat kecoh berkenaan kelemahan dakwat sepertimana rancangan awalnya dengan Ambiga.Perlu diingatkan bahawa ‘tema’ himpunan bantahan Anwar ialah ‘blackout’ iaitu kononnya strategi utama penipuan SPR.Tetapi, Anwar tidak pula membuat laporan berkenaan ‘blackout’,malah Anwar langsung tidak menyentuh secara terperinci mengenai kejadian blackout dalam ucapan-ucapan himpunan bantahannya. Apa yang Anwar tumpukan hanyalah soal dakwat di jarinya yang senang dibasuh, itu saja. 

Oleh itu,sepatutnya,Himpunan Bantahan 505 membawa tema ‘ink-out’ bukan ‘blackout’.Tidak semena-mena penyokong buta tulinya menggelapkan gambar profile di laman sosial dan memakai baju hitam bagi menggambarkan ‘blackout’ sedangkan yang diperjuangkan ialah ‘ink-out’.Mungkin penyokong PR tidak harus menggunakan ‘kegelapan’ bagi menunjukkan protes tetapi menggunakan gambar profile jari di laman sosial serta berjalan sambil menunjuk jari yang telah bersih dari dakwat kekal.Cara ini adalah lebih sesuai dengan bantahan yang dibuat oleh Anwar yang mana langsung tidak ada kena mengena dengan ‘blackout’.Nampaknya Anwar telah tersalah tema dan penyokongnya pula hanya mengikut membuta tuli.Apapun,saya harap agar adalah di antara beberapa penyokongnya yang cerdik sedikit dan mula bertanya kenapa tidak didesak PRU semula bagi semua kerusi ??? Atau di manakah kejadian ‘blackout’ ketika proses pengiraan undi berlaku ??? Atau di manakah semua pengundi hantu hilang selepas PRU ??? Atau siapakah yang telah mengundi dua kali selepas dakwat di jarinya hilang ??? Empat soalan ini sahaja yang kita minta dari penyokong Anwar untuk bertanya kepadanya dengan harapan Anwar tidak akan menjawab dengan ugutan “you ulang, I saman.”

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF DAN FAKTA !!! #PRU13 !!! CALON BN KALAH ATAS FITNAH BUKAN KERANA PEMBANGKANG KUAT !!! WAJIB BACA !!!


Dengan kerusi sebanyak 38 daripada 89 jumlah kerusi pembangkang di Dewan Rakyat,DAP sudah amat amat yakin parti itu sudah cukup yakin dan popular di kalangan rakyat.Malah Setiausaha Agung Dap,Lim Guan Eng dengan megahnya berkata masa depan negara akan bertambah cerah jika pihak pembangkang kuat di parlimen.Namun apakah apa yang dikatakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu benar atau apakah asas yang digunakan untuk mengeluarkan kenyataan begitu ??? Benarkah dengan penambahan kerusi parlimen Dap,Pas dan PKR negara akan mendapat keuntungan,kebajikan rakyat lebih terbela, dan negara lebih selamat dan kedaulatan terjamin ??? Pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang baru berlangsung,Barisan Nasional menang dengan 133 kerusi parlimen berbanding 89 untuk pembangkang.Dengan peningkatan tujuh kerusi daripada 82 yang diperolehi pada PRU 2008,pembangkang memikirkan rakyat sudah menerima mereka dan sudah sedia menjadi alternatif kepada BN sebagai kerajaan pusat.Jika dianalisa kemenangan yang lebih besar dicatat oleh calon-calon parti pembangkang dalam PRU13,boleh disimpulkan secara ringkas bahawa kerusi yang mereka menangi adalah berlandaskan semata-mata kepada fitnah dan tohmahan.

Kerajaan dilemahkan dengan serangan bertalu-talu,terancang dan secara berterusan sejak 2008 lagi sehingga imej dan prestasi pentadbiran BN terjejas di mata rakyat.Apatah lagi dengan pendedahan kewujudan beribu-ribu pasukan tentera siber yang dibiayai oleh Dap untuk menyerang kerajaan dengan isu-isu yang sengaja dicipta dan melalui penyelewengan fakta.Walaupun dinafi sekeras-kerasnya oleh pemimpin veteran Dap,Lim Kit Siang,namun pengakuan bekas salah seorang anggota tentera siber parti itu sebenarnya telah membuka rahsia dan agenda besar parti itu untuk menumbangkan kerajaan melalui budaya fitnah.Malah pasca PRU13,gerakan menyebar fitnah ini terus meningkatkan serangan fitnah terhadap kerajaan khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya.Umpamanya Dap dengan kerjasama rapat sekutunya PKR dan Pas mencipta pelbagai propaganda untuk mencemarkan keputusan pilihan raya dengan tujuan menimbulkan kekacauan jalanan.Isu 'blackout' dicipta untuk menjaja cerita berlakunya penipuan di beberapa pusat pengiraan undi dengan bekalan elektrik sengaja diputuskan.Malah disiarkan gambar kejadian 'blackout' disebuah pusat pengiraan undi disebuah lokasi yang tidak didedahkan. Penyokong-penyokong pembangkang tanpa usul periksa dan menyiasat kesahihan andaian tersebut dengan menyebar secara meluas gambar dan dakwaan tersebut. 

Di dalam perhimpunan haram yang diadakan oleh Anwar Ibrahim di seluruh negara isu 'blackout' telah dijadikan modal untuk menimbulkan kemarahan rakyat.Penjelasan SPR yang berjaya membuktikan kepalsuan gambar tersebut tidak dipedulikan dan dipercayai kerana cerita sensasi 'blackout' yang dijaja oleh pembangkang lebih menarik hati dan ditelan bulat-bulat oleh mereka. Begitu juga dengan isu undi popular yang diputar belitkan oleh Anwar dengan mengatakan pembangkang sebenarnya telah menang tetapi dinafikan oleh BN.Walaupun telah diperjelaskan dengan panjang lebar oleh SPR berdasarkan perundangan negara dan sistem pilihan raya yang telah digunapakai sejak merdeka,namun isu ini terus disebarkan untuk mewujudkan keadaan huru hara oleh penyokong pembangkang.Seolah-olah Dap bersama-sama Red bean Armynya sudah bersedia dengan satu templat dan agenda yang terlebih dahulu telah ditetapkan untuk menyerang kerajaan. Gerakan ini bertambah mantap dengan penipuan dan pembohongan yang dilakukan oleh portal-portal berita pro-pembangkang seperti malaysiakini.com,themalaysianinsider.com dan freemalaysiatoday.com Portal-portal berita ini berganding bahu dengan pasukan siber Dap untuk menyerang sesiapa sahaja yang dianggap musuh kepada pakatan pembangkang.Jadi apalah sangat yang hendak dibanggakan oleh Dap dan sekutu pembangkang mereka kerana kemenangan yang mnemberangsangkan bagi mereka adalah berlandaskan pembohongan dan fitnah semata-mata.Politik Dap hanyalah berasaskan kepada agenda menimbulkan sebanyak mungkin isu yang boleh dijadikan modal untuk menghentam kerajaan samada dalam Dewan Rakyat atau di ceramah-ceramah mereka.Calon-calon BN bukan dikalahkan kerana tidak layak atau 'winnable' tetapi kecundang akibat fenomena fitnah yang disebarkan seluas-luasnya oleh pembangkang semasa masa berkempen.

RENUNG-RENUNGKAN

Saturday, May 25, 2013

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! TSUNAMI CINA BAKAL TERIMA TEMPELAKAN ORANG MELAYU ???


Antara strategi yang digunakan oleh Anwar Ibrahim untuk menutup kegagalan memimpin pakatan pembangkang merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu ialah dengan menyanggah kenyataan tsunami Cina yang disuarakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib.Anwar cuba mengelak daripada dipertanggungjawabkan oleh penyokong pembangkang terutamanya pengundi Cina atas pembohongan bahawa PR sudah pasti akan menubuhkan kerajaan pusat yang baru pada PRU13.Atas keyakinan pengundi Cina terhadap janji manis Anwar maka berduyun-duyun keluar mengundi calon-calon pembangkang dengan harapan tumbanglah Barisan Nasional pada kali ini.Hasil termakan dengan janji kosong Anwar,hanya lima daripada 37 calon MCA memenangi kerusi parlimen yang ditandingi.Kesemua kerusi MCA yang kalah dibolot oleh DAP dengan bukan sahaja memperlihatkan peningkatan jumlah kerusi parlimen bagi parti tersebut tetapi juga jumlah undi Cina yang diperolehi.Daripada 28 kerusi Dewan Rakyat yang dimenangi oleh Dap pada PRU 2008 kini ia berjaya merampas 10 lagi kerusi menjadikan jumlah sebanyak 38. Malah Dap mempunyai jumlah kerusi parlimen terbanyak berbanding pas sebanyak 21 dan PKR 30. 

Kejayaan Dap adalah akibat tsunami Cina yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri di mana hanya 3 peratus undi Cina berjaya diperolehi oleh calon-calon BN.Akibat kekalahan paling teruk MCA sejak penubuhan parti itu,tiada seorang pun wakil parti itu dilantik ke dalam Kabinet baru.Jika hampir 100 peratus pengundi Cina memberi undi mereka kepada Dap,Pas serta PKR tidakkah ini dikatakan tsunami Cina atau Anwar terlalu buta atau bebal untuk memahami analisis politik yang semudah ini.Hakikatnya pengundi Cina telah tertipu kerana mereka telah terlupa episod hitam pada 2008 apabila Anwar pertama kali membuat janji bahawa kerajaan pimpinan mantan Perdana MenteriTun Abdullah Ahmad Badawi akan tumbang kerana 30 ahli parlimen BN sudah bersedia melompat menyokongnya.Anwar membohongi rakyat Malaysia dengan mengatakan bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri pada 16 September 2008.Permainan wayang Anwar akhirnya terbongkar apabila terbukti beliau telah memperjudikan kesstabilan politik negara dengan mewujudkan satu keadaaan yang tidak tenteram serta gelisah di kalangan rakyat jelata.Natijah daripada episod 16 September 2008,Anwar kini dilihat sebagai badut politik yang tidak boleh dipercayai kata-katanya apatah lagi apa-apa janji-janji yang dibuatnya. 

Malangnya pengundi Cina mudah terlupa akan apa yang berlaku lima tahun dahulu dan sekali lagi mereka telah diperdaya oleh Anwar.Ini berlainan dengan pengundi Melayu yang majoritinya masih menyokong UMNO dan BN serta menolak politik rasis Dap.Pengundi Cina terperangkap dengan wayang kulit yang dimainkan Anwar tanpa menoleh ke belakang melihat kepada sejarah pembohongan politik yang dilakukan oleh beliau sejurus selepas memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh pada Julai 2008.Pengundi Cina juga gagal menilai ikatan setiakawan yang sudah terjalin antara UMNO,MCA dan MIC sejak sebelkum merdeka lagi dan kerjasama politik yang berlandaskan kepada konsep menang-menang inilah yang melahirkan sebuah negara yang berdaulat, maju, progresif dan membangun ke hari ini.Generasi muda pengundi Cina seolah-olah terpisah daripada kesinambungan sejarah perjuangan kemerdekaan negara sehingga mempercayai segala segala dakwaan dan fitnah yang direkacipta oleh pemimpin Dap dan pembangkang terhadap BN dalam usaha mereka mengejar kuasa politik. 

Akibat fitnah melampau yang dicanai oleh gerombolan pembangkang yang hanya mementingkan kuasa politik mengatasi kepentingan negara daripada segalanya,pengundi Cina hilang pertimbangan yang rasional dan logik untuk menyokong pembangkang secara muktamad. Mereka hilang pedoman dan pertimbangan politik sehingga mengenepikan asas-asas kenegaraan dan politik negara ini yang tunjangnya adalah ketuanan Melayu.Jiwa rasis Dap telah berjaya diresapkan ke dalam pemikiran dan sanubari pengundi-pengundi Cina tidak kira tua atau muda,matang atau kememeh.Dap mungkin menang besar pada PRU kali ini tapi mangsanya adalah masyarakat Cina yang kini dipandang seorang oleh orang Melayu.Pengkhianatan yang dilakukan oleh pengundi Cina terhadap UMNO dan BN tidak mungkin dapat dilupakan oleh orang Melayu.Mungkin tsunami Cina telah berlaku dengan mengukuhkan kedudukan kerusi parlimen bagi Dap tetapi tsunami politik yang lebih besar dan dahsyat kini menanti mereka yang melakukan pengkhianatan.

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, May 22, 2013

BONGKAR !!! #PRU13 !!! GULING KERAJAAN !!! TUNKU ABDUL AZIZ MEMBELASAH ANWAR IBRSHIM KAW-KAW !!!


Sabtu lalu,bekas Naib Pengerusi DAP,Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim telah mendedahkan bahawa wujudnya konspirasi menggulingkan kerajaan. Konspirasi yang dirancang itu katanya bakal dijalankan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan jika pembangkang kalah dalam Pilihan Raya Umum ke 13. Dalam dakwaan Tunku Aziz,seorang pemimpin tertinggi DAP pernah membayangkan demonstrasi terlampau seperti Arab Spring bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada.Namun,hari ini kepimpinan DAP dan PAS telah sebulat suara untuk membantu polis melakukan siasatan terhadap konspirasi itu.Mungkin mereka telah sedar impak yang buruk bakal melanda negara jika terjadinya rusuhan dan demonstrasi tersebut.Walaupun Karpal Singh mengecam tindakan Tunku Aziz kerana mendedahkan rahsia DAP,tindakan DAP untuk bersama membantu polis adalah satu tindakan yang bijak. 

Ini kerana,jika benar perkara ini terjadi ianya akan menggugat keamanan negara dan menjatuhkan imej negara.Sekali gus,ekonomi negara dan juga industri pelancongan akan turut terjejas.Dalam pada itu,dua parti komponen PR iaitu PAS dan DAP telah menyatakan keterlibatan mereka membantu polis untuk menjalankan siasatan konspirasi tersebut.Tetapi,Anwar Ibrahim masih belum mengambil apa-apa tindakan ataupun pendirian berkenaan perkara ini.Naib Presiden Pas,Salahuddin Ayub berkata,parti itu bersedia untuk bekerjasama dengan polis sekiranya diminta membantu dalam siasatan berhubung dakwaan konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan.Menurutnya,Pas mengulangi pendirian bahawa parti itu tidak menyokong mana-mana pihak yang mahu menggunakan kekerasan dalam perjuangan kerana ia boleh menimbulkan huru-hara dan ketidakstabilan kepada negara.Malah,Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas,Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran,bukannya melalui ledakan di jalan raya. 

"Anda terfikir untuk 'spring' dan memperolehi kerajaan melalui ledakan di jalan raya ??? Itu adalah gopoh.Fikirkan kemenangan melalui kesabaran.Kesabaran adalah kunci yang membuka.Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum," katanya menerusi laman Facebook.Lim Kit Siang dalam satu temubual dengan Radio Australia juga menolak sebarang bentuk kacau bilau ala Arab Spring dan apa juga bentuk kacau ganggu seumpamanya.Nampaknya,hanya Anwar yang memang bercita-cita untuk mewujudkan kekacauan dalam negara yang nyata menjadi salah satu agendanya apabila gagal dalam pilihan raya.Mungkin itu merupakan cara beliau untuk menunjukkan protes sehingga menggadaikan keselamatan dan masa depan negara.Sedarlah bahawa rakyat tidak akan mendapat apa-apa keuntungan dengan konspirasi sebegini.Negara yang mengalami konspirasi sebegini tidak pernah aman dan kekal mundur tanpa ada sebarang pembangunan dan itu adalah satu kerugian besar buat negara.Untuk sedarkan Anwar Ibrahim adalah satu perkara yang mustahil,namun masih belum terlewat untuk anak-anak muda yang terikut-ikut cara demonstrasi Anwar ini untuk berfikir dengan lebih waras. Jangan sampai terlewat untuk membetulkan keadaan sehingga negara kita berada dalam keadaan yang terumbang-ambing.

RENUNG-RENUNGKAN

Sunday, May 19, 2013

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! NAK SANGAT #INIKALILAH AKHIRNYA DAPAT #INNALILLAH !!! #LAINKALILAH !!!


Datuk Seri Najib Tun Razak telah menubuhkan Kabinetnya 10 hari selepas rakyat memberinya mandat dalam PRU13 pada 5 Mei lalu.Dengan ini,bermulalah pentadbiran beliau untuk tempoh lima tahun akan datang,sehingga PRU14 diadakan nanti.Di negeri-negeri,menteri besar dan ketua menteri juga menubuhkan kerajaan masing-masing untuk melaksanakan tanggungjawab diamanahkan rakyat.Bagi majoriti rakyat, mereka mahu melihat ke hadapan dan meneruskan kehidupan dalam suasana aman dan stabil.Mereka menyahut seruan Perdana Menteri untuk membina penyatuan nasional.Mereka faham bahawa politik yang keterlaluan dan tidak berkesudahan bukan sahaja menjejas kesejahteraan rakyat malah boleh merosakkan negara.Mereka mahu melihat negara ini terus berkembang dan membangun, dengan rakyat hidup aman dan bersatu padu.Bagi galakkan perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum dalam semangat 1Malaysia,sekumpulan pengguna media sosial memulakan kempen Kita Kawan Mah menggunakan facebook. Dalam dua hari, kempen ini telah menerima lebih 10,000 likes. 

Tiga hari selepas hari mengundi,ada facebook dipanggil One Bangsa One Negara yang turut menerima sambutan menggalakkan daripada pengguna media sosial.Orang yang memulakan inisiatif ini ialah Rachel Ng,seorang peguam muda berumur 27 tahun,yang mahu meraikan kepelbagaian masyarakat Malaysia.Manakala NGO bernama Random Alphabets yang dimulakan Zain HD menggalakkan seramai mungkin penduduk untuk berkelah di Taman Tasik Kuala Lumpur pada 11 Mei lalu dan memakai pakaian warna Jalur Gemilang melalui kempen #SayaMahuPicnic.Usahawan sosial Anas Zubedy melancarkan kempen #SaySomethingNice,yang menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk berbudi bahasa dan bersopan santun dalam percakapan,perbualan,menghantar mesej,membuat pengumuman, menulis artikel atau sebarang notis.Kempen ini berjalan selama 17 hari dari Hari Merdeka hingga Hari Malaysia bertujuan merapatkan muhibah di kalangan warganegara,termasuk yang tinggal di luar negara.Menurutnya,mengakui kesalahan dan memaafkan orang lain serta mengelak mengutuk atau melahirkan perasaan benci terhadap pihak lain boleh membantu meredakan suasana resah di dalam masyarakat, justeru membantu ke arah penyatuan nasional. 

Deejay radio beberapa stesen termasuk Red FM, 98.8FM,Suria FM dan Capital FM tidak mahu ketinggalan.Mereka memulakan kempen dipanggil Kamilah Malaysia.Mengambil lagu popular kumpulan Freedom tahun 1980an bertajuk Mulanya Di Sini sebagai tema,mereka membincangkan isu-isu menarik dengan beberapa wira negara terdiri daripada personaliti terkenal seperti tokoh sukan dan chef hebat. Turut terbabit ialah pihak media.Kempen #MyWant telah dimulakan secara online oleh sebuah akhbar harian bagi menggalakkan warganegara melahirkan perasaan dan pandangan mereka kepada pemimpin dan tokoh politik berhubung perpaduan nasional.Manakala kesemua ini dianggap usaha yang baik dan dialu-alukan,ada pihak yang tidak berpuas hati kerana kalah dalam PRU13,justeru memilih untuk terus berdemonstrasi.Mereka tidak menerima ketentuan ALLAH SWT,menolak qada dan qadar dan cuba menjustifikasikan revolusi untuk mengguling kerajaan yang telah dipilih secara demokrasi.Padahal ruang untuk mencabar keputusan pilihan raya melalui mahkamah dan proses undang-undang secara konvensyen terbuka luas. 

Walaupun amaran pihak polis dan nasihat alim ulama telah diberi,mereka tetap berdegil untuk meneruskan cara yang salah dan tidak bertamadun untuk merampas kuasa.Walau apa pun dilakukan,jika tidak diredai ALLAH SWT,usaha itu tetap gagal.ALLAH menetapkan kepada siapa ingin diberiNya amanah dan tanggungjawab.Manusia boleh mencuba,malah berdoa dan bersolat macam-macam,tetapi ALLAH yang menentukan.Sudah ditakdirkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjadi perdana menteri walaupun itulah keinginannya yang meluap-luap.Juga ditakdirkan Datuk Seri Hadi Awang tidak akan menjadi perdana menteri dan Pas tidak boleh memerintah negara ini,cuma sekadar Kelantan sahaja.Cita-cita Pakatan Rakyat ialah untuk memenangi PRU13 dan memerintah Malaysia dengan slogan “Inikalilah”, tapi rakyat sudah tolak hasrat mereka dengan “Innalillah”.

Oleh : Dr Mashitah Ibrahim

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! NEWCABINET !!! ANTARA JANGKAAN DAN HARAPAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK KABINET BARU !!! ADAKAH NEGATIF ATAU POSITIF ???


Barisan Kabinet baru telah pun diumumkan kelmarin malangnya,ia disambut dengan keluhan.Dunia seolah-olah terhenti seketika,sunyi,seolah-olah memikirkan arah pusingan selepas ini.Kadangkala apabila keadaan terlalu senyap,kita menjadi gelisah.Apatah lagi apabila melihat musuh kita turut senyap seolah-olah ‘merestui’ kabinet baru yang dilantik.Sedangkan musuh yang kita kenal itu tidak pernah merestui apa-apa yang kita lakukan sebelum ini.Di laman-laman sosial rakyat marhaen dan atas pagar yang ramai-ramai turun mengundi Barisan Nasional dalam PRU-13 kerana terlalu takut jika PR menang,kini tertanya-tanya apakah mereka baru sahaja membantu BN menang atau sekadar membantu BN menunda kekalahan ??? 

Entah kenapa,majoriti rakyat tidak gembira walaupun media-media perdana cuba ‘memberi muka’ dan menyedapkan hati rakyat bahawa barisan kabinet ini adalah yang terbaik.Entah kenapa rata-rata rakyat ragu-ragu dan bimbang serta tidak mampu memaksa keyakinan terhadap barisan kabinet yang baru.Mungkin juga rakyat telah meletakkan satu jangkaan yang terlalu tinggi terhadap kepimpinan.Ini tidak menghairankan kerana kita semua sudah ‘terbiasa’ dengan pemerintahan dinamik dan tegas Tun Mahathir selama 22 tahun dan tidak mampu lagi menerima apa-apa yang berbeza dari cara itu.Tun Mahathir telah melonjakkan Malaysia terlalu jauh ke hadapan dengan pendekatan tegas apabila berhadapan dengan kuasa besar,berani mencabar Zionis,lantang menghentam Soros,pantas mengambil tindakan mempertahankan hak negara, bijak memacu ekonomi serta tidak teragak-agak untuk membantu saudara seagama di seluruh dunia. 

Biarpun beliau dihentam dan dicemuh,tetapi beliau konsisten dan fokus dengan perancangannya sehingga akhirnya satu demi satu yang mereka yang mencemuh dan menghentamnya terpaksa akur bahawa beliau benar.Kaum Cina yang sebelum itu menggelar beliau Ultra-Melayu juga akhirnya akur bahawa beliau bukan rasis lalu memberi sokongan padu kepadanya.Pengajaran dari sejarah kegemilangan Malaysia di zaman Tun Mahathir adalah jelas iaitu ‘ketegasan’ adalah penting dan bukannya ‘populariti’.Dari situ,Malaysia muncul sebagai negara yang makmur dan bermaruah.Jika pengajaran dari kejayaan tidak cukup maka lihat pula pengajaran dari kegagalan di mana Malaysia menjunam turun selepas Tun Mahathir meletak jawatan.Kenapa ??? Tidak lain tidak bukan ialah kerana pendekatan kepimpinan baru adalah seratus-peratus ‘terbalik’ dari apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir iaitu mementingkan populariti dan langsung tidak bertegas.

Justeru,rakyat yang mengundi Barisan Nasional tempoh hari menaruh harapan yang tinggi agar keadaan ‘diterbalikkan’ semula sepertimana zaman kegemilangan Malaysia.Tidak cukup sekadar ekonomi yang teguh dan kukuh jika soal maruah bangsa dan negara tidak diambilkira.Ancaman keganasan serta penjajahan alaf baru kini bukan lagi sesuatu yang dibaca di akhbar dan ditonton diTV.Tetapi ia sudah begitu dekat dengan kehidupan kita.Oleh kerana itulah semua yang sebelum ini ‘malas’ mengundi,telah turun memberi kemenangan kepada BN supaya ancaman itu dapat dikekang dan dihapuskan supaya kita boleh fokus ke arah membina negara.Di saat ini,rakyat berada dalam keadaan resah dan gelisah melihat musuh-musuh negara bebas ke sana ke mari membuat onar dan melakukan kerosakan tanpa apa-apa tindakan.Jika persoalan awal di kalangan rakyat berbunyi ‘apakah yang ditunggu oleh kerajaan ???’, soalan selepasnya kini berbunyi ‘apakah yang kerajaan takutkan ???’ Dan semua persoalan ini perlu dijawab secepat mungkin oleh barisan kabinet baru.Rakyat hanya mampu berharap agar keresahan dan kegelisahan mereka dapat dihilangkan dengan segera.Kini,terpulanglah kepada mereka yang dilantik untuk memastikan resah dan gelisah rakyat itu tidak bertukar menjadi menyampah.kita tunggu dalam 100 hari bagaimana kabinet baru ini berfungsi.adakah seperti dulu atau sebaliknya ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, May 17, 2013

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! #NEWCABINET !!! MANA SUARA CINA DALAM KABINET ??? APA DAH JADI ??


Usahlah Kita Tersorong-sorong Pipi 

Kabinet baru telah pun diumumkan dengan tiada wakil kaum Cina di dalamnya.Walaubagaimanapun,kerajaan tetap memperuntukkan tempat untuk wakil dari kaum Cina yang mana tertakluk kepada pindaan keputusan Mesyuarat Agong Luarbiasa MCA.Setakat ini,pihak MCA langsung tidak menunjukkan minat untuk bersama-sama kerajaan lagi.Secara dasarnya,parti itu dilihat terbahagi dua iaitu antara yang mengambil sikap mesra DAP dan juga berkecuali.Walaupun terdapat di kalangan mereka hatinya masih bersama BN,jumlah mereka mungkin tidak signifikan langsung iaitu selaras dengan peratusan sokongan masyarakat Cina terhadap BN iaitu hanya 3%.BN boleh sahaja mengikut emosi dan menghukum kaum Cina dengan tidak memberi apa-apa jawatan kepada mereka di kabinet.Malah,rasanya lebih tepat jika dikatakan bahawa kaum Cina sendiri minta dihukum dengan menolak sebarang jawatan sejak dari awal lagi.Namun,sebagai parti yang matang dan berpengalaman, kepimpinan BN memilih untuk mengenepikan emosi serta cuba untuk mengambil tindakan yang tepat dan tindakan yang tepat adalah memberi sedikit ruang kepada kaum Cina di dalam kerajaan sebagai mewakili suara masyarakat kaum itu. 

Ini adalah penting untuk kesinambungan dan kesejahteraan negara.Bagaimanapun,kaum Cina tidak berminat untuk membantu kerajaan untuk membuat keputusan yang tepat.Mungkin juga tindakan mereka ini adalah kerana mereka enggan menjadi sekadar ‘Menteri Pengangkutan’ atau ‘Menteri Kesihatan’,tetapi mereka ingin menjadi Perdana Menteri atau sekurang-kurangnya Timbalan Perdana Menteri.Jika ini benar,nampaknya kaum Cina ingin memegang jawatan signifikan di dalam kerajaan Malaysia walaupun menolak untuk mengasimilasi dengan budaya majoriti negara ini.Mereka ingin menjadi pemimpin tinggi dalam masyarakat negara majmuk tetapi enggan menghayati konsep perpaduan sebenar.Pendek kata,mereka ingin menjadi Ketua dengan membawa konsep Ketuanan Cina.Mungkin,inilah sebabnya mereka memandang sepi ‘tempat’ yang disediakan untuk mereka oleh kepimpinan negara.Segalanya mungkin kini kerana kita sudah tidak boleh lagi mengharap atau menjangkakan apa-apa dari kaum Cina selain meletakkan kepentingan diri mereka sebagai keutamaan. 

Justeru,mungkin adalah lebih baik jika kerajaan tidak ‘memujuk’ mereka kerana jelas mereka tidak melihat ketiadaan tempat untuk mereka di dalam kabinet sebagai satu hukuman.Tetapi,mereka menganggapnya sebagai gambaran ‘kuasa’,iaitu mereka tidak perlukan tempat di dalam kerajaan untuk hidup di Malaysia.Memahami karektor kaum Cina,mereka bukannya merasa bersalah,sebaliknya sedang mempamerkan keangkuhan mereka dengan tidak menerima sebarang jawatan di dalam kabinet.Mereka mahu kita semua termasuk kerajaan berhenti mengkritik dan menghentam serta membongkar niat dan sikap buruk mereka yang tidak pernah ikhlas serta tidak tahu bertolak ansur itu.Mereka mahu kita tahu bahawa mereka tidak akan terjejas walau apapun yang kita lakukan.Mereka tidak kisah menjadi pembangkang asalkan dapat terus mencabar hak keistimewaan Melayu serta kedudukan agama Islam tanpa melepaskan sedikit pun hak mereka terutamanya,hak untuk meneruskan Sekolah Vernakular kerana di situlah mereka melatih generasi baru untuk ‘mengambil-alih’ Malaysia. 

Secara ringkasnya,kaum Cina melihat tindakan kerajaan menyediakan ‘tempat’ untuk mereka di kabinet walaupun mereka menolaknya,sebagai satu tanda kelemahan.Walhal,kerajaan hanya mahu melakukan sesuatu yang tepat dan wajar untuk kesejahteraan semua.Malangnya,seperti yang kita tahu,pemikiran kaum Cina itu tidak sama dengan kita.Mereka tidak melihat kepada kesejahteraan semua,melainkan diri dan kaum sendiri sahaja.Mereka tidak pernah melihat diri mereka sebagai sebahagian dari kita rakyat Malaysia.Kerana apa ??? Kerana mereka tidak pernah bersama kita sejak di alam persekolahan lagi.Kini,punca masalah penolakan kaum Cina terhadap BN sudah jelas iaitu ‘Sekolah Vernakular’.Tetapi,mereka berdegil untuk mempertahankan punca tersebut.Maka,terpulanglah kepada barisan kabinet baru dan juga kepimpinan negara untuk memilih sama ada untuk menangani puncanya atau sekadar ingin mencari penyelesaian sementara.Apapun,imej ‘hidung tak mancung dan pipi tersorong-sorong’ yang ditunjukkan oleh BN terhadap MCA adalah satu imej yang buruk sekali.saya minta maaf kerana buka semuanya.ini adalah kenyataan

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! #PRU13 !!! BN PERLU UTAMAKAN NEGERI YANG DIMENANGI !!! WAJIB BACA !!!


PRU-13 sudah dua minggu berlalu dan BN yang kembali menerajui Kerajaan Pusat telah pun menamakan anggota kabinetnya,sementara setiap negeri baik yang dimenangi BN mahu pun pakatan pembangkang juga sudah selesai upacara angkat sumpah Menteri Besar dan Ketua Menteri.Itu menandakan masing-masing samada dari pihak BN atau pun PR telah pun menerima keputusan PRU-13,sekali gus menutup suara sumbang segelintir pihak yang mempertikaikan ketelusan proses pilihan raya yang diuruskan oleh SPR.Di sebalik semua itu,kini tibalah saatnya di mana pihak yang menang di kawasan masing-masing fokus untuk berkhidmat kepada rakyat yang memberi kepercayaan kepada mereka sementara pihak yang kalah pula daripada terus menyalahkan orang lain adalah lebih baik memperbaiki kelemahan sendiri.Bila bercakap perihal kemenangan,kita tidak boleh menolak faktor dukungan penyokong sebagai ramuan penting kejayaan sesebuah parti politik. 

Oleh itu amat penting untuk mengekalkan kemenangan maka khidmat bakti perlu diutamakan dahulu kepada penyokong sendiri.Lantaran itu,BN selaku pemenang PRU-13 yang diamanahkan untuk kembali menerajui Kerajaan Pusat serta menggalas tugas memerintah sebahagian besar negeri-negeri teramat perlu untuk berusaha sedaya mungkin memenuhi pengharapan para penyokongnya sepanjang lima tahun mendatang ini.Biarkan sahaja kawasan yang dimenangi pakatan pembangkang diuruskan sendiri oleh wakilnya kerana itu yang majoriti pengundi di kawasan itu kehendaki.Namun dalam soal kebajikan dan khidmat asas sebagaimana peruntukan dalam Perlembagaan boleh saja diteruskan.Dengan cara ini barulah para pengundi di sesebuah kawasan atau negeri dapat mengenal pasti sejauh mana kemampuan wakil yang dipilihnya.Polisi BN selama ini memberi khidmat untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengambil kira siapa yang disokong oleh seseorang itu amatlah terpuji, tapi adakah ia dihargai oleh semua ??? 

Dilihat pada keputusan PRU-13 yang lalu jelas menunjukkan masih ada sesetengah pengundi yang merasakan pemimpin pembangkang boleh memberi khidmat yang lebih baik untuk mereka meskipun realitinya hanya indah khabar dari rupa.Justeru itu,apa lagi perlunya untuk BN mengekalkan polisi yang sama berkhidmat untuk semua ??? Bukankah lebih baik BN melakukan sedikit anjakan paradigma dengan mengutamakan dulu khidmatnya di kawasan atau negeri-negeri yang dimenangi sebagai tanda penghargaan di atas sokongan yang diterima.

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, May 15, 2013

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! @PDRMSIA !!! MAHASEWEL AKAN HURU-HARAKAN KL PADA SABTU INI !!!


Walaupun PRU13 telah berakhir dan keputusannya telah diketahui,bahkan diiktiraf oleh dunia,namun beberapa pihak,khususnya yang berkiblatkan Anwar Ibrahim masih tidak berpuas hati.Pelbagai alasan telah dicipta untuk menunjukkan kononnya kekalahan gerombolan Anwar Ibrahim itu adalah disengajakan dan membabitkan penipuan oleh SPR.Cerita tentang SPR menipu,pengundi hantu dan sebagainya telah lama kedengaran.Bahkan bertahun-tahun sebelum 5 Mei 2013 lagi.Pakatan Rakyat,khususnya Anwar Ibrahim telah mendoktrinkan bahawa kekalahan Pakatan Rakyat pada PRU13 adalah disebabkan oleh faktor-faktor tersebut,bukannya ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia. 

Dan apabila keputusan diumumkan,Anwar Ibrahim segera menggunakan faktor undi popular untuk menunjukkan dan membuktikan yang Pakatan Rakyat sudah menang,mengatasi Barisan Nasional walaupun hakikatnya, undi popular bukanlan undi elektoral yang menjadi faktor penentu kepada kemenangan setiap kerusi. Telah didedahkan sebelum ini bahawa PKR akan menggunakan konco-konconya bagi menimbulkan kekacauan.Kegagalan serangan lanun di Lahad Datu dan timur Sabah,membuatkan para pemimpin Pakatan Rakyat,khususnya Anwar Ibrahim sendiri,memerah otak mencari jalan agar kekacauan dapat ditimbulkan, dan proses pilihanraya dapat diganggu. Ternyata usaha mereka gagal.Terbaru,gerombolan pelajar-pelajar berhaluan kiri yang telah diresapi oleh fahaman Komunisme dan Sosialisme sedang merancang untuk melakukan rusuhan jalanraya.Tarikh yang dirancang adalah 18 Mei 2013. 

Ketua bagi golongan pelajar berhaluan kiri itu adalah HISHAMUDDIN RAIS,bekas pelajar tercicir yang melarikan diri ke luar negara selepas melakukan kekacauan pada tahun 1974 dan pulang semula selepas membuat pelbagai rayuan termasuklah menggunakan ahli-ahli keluarganya.Malam tadi,dilaporkan,Hishamuddin Rais telah menghasut hadirin di Dewan Perhimpunan Cina Selangor agar turun beramai-ramai ke jalan raya pada 18 Mei untuk melakukan huru-hara dan tunjuk perasaan.Manakala di Annexe Gallery,Central Market,Kuala Lumpur,pada tarikh yang sama,jam 8:00 malam pula akan dianjurkan program STUDENT POWER yang akan menghasut para pelajar pusat pengajian tinggi untuk turut menyertai gerombolan pengacau yang menyokong Anwar Ibrahim bagi tujuan yang sama.Sehingga ke hari ini,tiada sebarang tindakan tegas diambil terhadap golongan yang cuba mengganggu-gugat keselamatan negara itu daripada pihak berkuasa. Sekalipun terdapat banyak pendedahan dibuat, para pemimpin pelajar yang KESEMUANYA MERUPAKAN PELAJAR KECICIRAN,dibebaskan untuk berbuat apa-apa sahaja.

Anehnya,kesemua mereka adalah Melayu dan kesemua mereka juga mengharapkan bantuan kerajaan untuk meneruskan pengajian.Sudah sampai masanya untuk kerajaan mulai membanteras gejala pemikiran songsang kaum pelajar.Kaum pelajar sekarang ini diibaratkan seperti si kudung mendapat cincin.Bukan kerana mereka tidak sedar diri atau kesemuanya melakukan penentangan atau tidak bersyukur,sebaliknya kerana membiarkan segelintir pelajar yang keciciran dalam bidang akademik cuba menunjuk pandai dengan mengajak keseluruhan kaum pelajar untuk melakukan pemberontakan.Tugas dan tanggungjawab asal mereka tidak dilaksanakan,sebaliknya kaum pelajar berhaluan kiri itu dilihat terlalu akur dan terlalu kagum dengan Hishamuddin Rais yang tidak akan membawa mereka ke mana-mana, sebaliknya menjadikan mereka sebagai kelompok terbuang yang kurang pelajaran.Barangkali mereka melihat PKR akan dapat menyelamatkan mereka,terutama apabila PKR membuka ruang yang seluas-luasnya untuk para pelajar tersebut berpolitik dan melakukan huru-hara. 

Namun PKR dikesan tidak mampu bertahan lebih lama,terutama apabila tindakan tegas mulai diambil terhadap Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin utamanya kerana beberapa kes besar yang boleh menyebabkan mereka dipenjara seumur hidup tanpa peluang dibebaskan atau mati di tali gantung.Kalau DAP yang berfahaman Sosialis Demokrat itu pun tidak berani mempamerkan fahaman mereka secara terang-terangan sebaliknya berselindung di sebalik Malaysia Malaysian yang lebih terarah kepada kesamarataan etnik,bagaimana pula pelajar-pelajar yang keciciran pelajaran tetapi mempunyai cita-cita besar untuk terlibat dalam politik,boleh mendabik dada dan bersungguh-sungguh dengan perjuangan songsang mereka? Hishamuddin Rais dilihat menjadi pencetus utama dalam siri-siri keganasan di negara ini.Walaupun tidak mempunyai pelajaran dan sekalipun tidak mempunyai pekerjaan tetap,Hishamuddin Rais yang merupakan sekutu kuat Anwar Ibrahim boleh hidup mewah dan bermegah-megah serta mengumpul pengikut dari kalangan muda,terutama pelajar-pelajar keciciran.Pihak berkuasa seharusnya bertindak tegas dan mula mengajar puak-puak yang menyembah Hishamuddin Rais ini tentang keperluan kepada pematuhan undang-undang,bukannya membiarkan mereka menganggap mereka bebas dan tidak tertakluk dengan sebarang undang-undang di negara ini. - Sel13.Com

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! #PRU13 !!! CINA A.K.A #DAP MAHU KUASA POLITIK !!! APA YANG #PAS MAHU ??? WAJIB BACA !!!


Kaum Cina di Malaysia tentulah kaum yang paling ‘sensitif’ sekali.Kerana itu,apabila Utusan Malaysia hanya bertanya, ‘Apa lagi yang Cina mahu ???’,maka dengan pantas akhbar tersebut dituduh rasis.Sama juga jika ada sesiapa yang mengingatkan mereka tentang tanah asal mereka,maka dengan pantas juga orang itu akan dicop rasis.Sudah menjadi tabiat kaum Cina negara ini untuk membuat bising,menjerit-jerit memberi tekanan kepada kerajaan,menghentam pihak yang terlibat sambil meroyan sekiranya ‘sensitiviti’ mereka disentuh.Jika seseorang itu tidak pernah datang ke Malaysia,mungkin mereka akan menggambarkan orang Melayu seperti ‘Aryan Brotherhood’ atau ‘Ku Klux Klan’ di Amerika yang berpegang kepada ketuanan kulit putih serta bertindak kejam ke atas kulit hitam, jika dilihat dari meroyan kaum Cina itu. 

Walhal,hakikatnya asal-usul dan sejarah Melayu tidak pernah menyaksikan kaum ini berlaku kejam melainkan ‘amok’ iaitu satu tindakan yang terasing oleh individu.Tetapi sejarah Cina itulah yang penuh dengan kekejaman,sejak dari pemerintahan Di Raja yang kejam dan kemudiannya komunis yang tidak berhati perut.Sikap yang telah berakar-umbi itu dibawa oleh kaum Cina di mana saja mereka pergi dan hari ini mereka menzahirkannya melalui aktiviti-aktiviti samseng dan kongsi gelap.Kaum Cina di Malaysia paling pantang jika kita mencuit sekolah-sekolah vernakular kerana kata mereka itu adalah hak mereka yang ditetapkan oleh perlembagaan.Tetapi di masa yang sama mereka begitu bebas dan biadap mempersoal hak Melayu,malah mempertikai azan dan juga huruf jawi di papantanda kerana berunsur Melayu-Islam.Tidak cukup dengan tiu,mereka turut mempertikai sejarah dan ingin menukarnya agar pengganas komunis dan dalang 13 Mei diangkat sebagai wira. 

Pendek kata,mereka mencemuh dan menafikan serta menolak segala-galanya yang menjadikan Malaysia ini,Malaysia.Pun begitu,tiada siapa boleh mempersoal kesetiaan mereka kepada negara walaupun pada dasarnya mereka tidak mencintai apa-apapun tentang negara ini dan hari ini,hanya kerana bertanya,‘apa lagi yang kamu mahu’,mereka melenting menyalak-nyalak konon berlaku tidak adil kepada mereka.Hakikatnya,kaum Cina sedia maklum bahawa mereka sudah ada segala-galanya di Malaysia ini yang mana tidak mungkin dinikmati oleh minoriti di negara lain.Satu perkara lagi sahaja yang belum cukup bagi mereka iaitu ‘kuasa politik’.Kerana itulah mereka memberi undi kepada DAP,iaitu hanya setelah berjaya mengaut keuntungan dan kemewahan dari dasar dan kebijaksanaan Barisan Nasional memerintah selama ini.Dalam kata lain,hanya setelah mereka yakin bahawa mereka tidak lagi memerlukan BN,maka kaum Cina pun beralih kepada DAP untuk satu kuasa mutlak. 

Untuk itu,mereka sanggup turun ke jalanan untuk meruntuhkan kesemuanya yang telah dibangunkan serta mengambil risiko kejatuhan ekonomi kerana percaya,ada bantuan luar yang bakal membantu mereka mempercepatkan pemulihan.Yang menyedihkan kita ialah kaum Melayu dari PAS turut menyalak untuk meruntuhkan kerajaan walaupun tindakan itu hanya merugikan mereka.Mereka turut menyeringai terhadap Utusan Malaysia UMNO kerana ‘bersikap rasis’ melalui pertanyaan,“Apa lagi Cina mahu ???” Melayu PAS ini benar-benar percaya bahawa Cina hanya mahukan ketelusan dan kecekapan kerajaan.Tak apa jika mereka ingin percaya begitu.Tetapi, kita ingin bertanya,apa yang PAS mahu ??? Ini kerana saya hairan,kenapakah salakan PAS tidak lagi berbunyi hudud dan Negara Islam ??? Apakah PAS sudah benar-benar tidak mahukan semua itu lagi? Kenapa secara tiba-tiba masalah utama PAS pun berubah,daripada ‘UMNO menolak Islam’ kepada ‘harga barang naik’ ??? 

Tiba-tiba sahaja puak-puak PAS merasa tidak cukup makan dan sengsara sehingga tidak mampu mengisi minyak kereta sedangkan mereka juga yang ingin hidup sederhana.Islam bagi PAS sudah menjadi perkara kedua,tetapi ‘kesengsaraan’ adalah masalah utama pula.Untuk pengetahuan Pas,harga barang adalah sama sahaja iaitu tidak berubah dan tiada kenaikan apa-apapun selepas pilihanraya.Begitu juga dengan perjuangan DAP untuk menghapuskan Islam sebagai agama rasmi,menggunakan Kalimah Allah di dalam Injil serta menghapuskan hak-hak Melayu tidak pernah berubah. Ia sama saja dari dahulu sehingga ke hari ini.Justeru,mungkin PAS perlu mengambil sedikit masa untuk berhenti menyalak dan bertenang sejenak.Tanyalah kepada diri sendiri,‘apa yang aku mahu ???’ atau ‘apa masalah aku sebenarnya ???’ Melihat dari cara PAS menyalak,sekejap hudud,sekejap tak boleh pertahan Melayu,sekejap ingin membela Melayu,sekejap Islam kemudian memecat mereka yang mempertahankan Islam dari parti,lepas itu masalah harga barang dan bermacam-macam lagi yang tidak konsisten malah bertentangan pula sesama sendiri,saya merasa kasihan pula.Tentu letih berpusing-pusing berbelit-belit ke sana ke mari sehinggakan Nik Aziz pun sudah tidak begitu mampu lagi untuk berdiri.Namun,dalam keuzuran beliau,beliau cukup pasti ‘apa yang beliau mahu’ iaitu perpecahan ummah yang berterusan.Mungkinkah ini juga yang semua orang-orang PAS mahu ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! CERITA SEBENAR APA YANG TERJADI PADA #PRU13 DIDEDAHKAN !!! WAJIB BACA !!!


Pilihanraya yang digelar sebagai ‘ibu segala pilihanraya’ telah pun berlalu.Apa yang dijangka,iaitu kekecohan di waktu pengundian telah pun berlaku.Seterusnya,percubaan melakukan huru-hara membantah keputusan PRU juga sedang berjalan sepertimana yang dijangka juga,seiring dengan upacara angkat sumpah menerima kemenangan masing-masing.Oleh itu,tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa inilah senario pilihanraya paling kelakar di dunia.Bayangkan saja,yang membantah keputusan demokrasi ini adalah mereka yang mendabik dada sebagai pejuang demokrasi tulen.Yang menuduh SPR tidak telus itu adalah parti yang sedang disiasat kerana menipu dan memanipulasi pemilihan ahli jawatankuasa pusat mereka sendiri.Yang mempersoal dakwat kekal itu adalah mereka-mereka yang berguling-guling melompat berjihad mendesak penggunaannya.Yang menuduh SPR menipu itu adalah mereka yang telah pun menang di kawasan masing-masing.Yang menyeru agar memboikot media perdana itu adalah mereka yang menggelar diri sebagai pejuang hak kebebasan bersuara. 

Tidak cukup dengan itu,mereka juga meminta bantuan asing,merayu agar sesuatu dilakukan bagi menafikan kemenangan Barisan Nasional.Kononnya kerajaan BN yang telah 2 kali bertukar Perdana Menteri ini kejam,zalim dan tidak adil sejak dahulu sehinggalah ke PRU-13 ini.BN kononnya terlalu berkuasa untuk menentukan segala-galanya termasuk keputusan mahkamah dan juga keputusan Pilihanraya.Tetapi,BN telah melalui pertandingan yang sengit di mana parti ini ditolak mentah-mentah oleh kaum Cina dan kalah di 3 negeri.Malah,yang menyeru bantuan asing konon dizalimi BN itu juga bukannya berada di penjara,tetapi lepas bebas bagai unggas rimba.Maka,tidak hairanlah tiada pihak asing yang melayan karenahnya.Jika dilihat dari satu segi,yang kalah hanyalah BN,bukan UMNO.Ini kerana kerusi UMNO meningkat dari 79 pada 2008,kepada 88 dalam PRU kali ini.Namun,apakah ini bermakna bahawa UMNO sudah boleh mengambil sikap selesa ??? Apakah ini bermakna rakyat sudah memaafkan UMNO ??? 

Hakikatnya,Melayu yang dahulunya mewakili pengundi senyap,pengundi atas pagar dan pengundi yang marah kepada UMNO telah turun beramai-ramai dalam PRU-13 ini untuk mengundi UMNO kerana tidak sanggup membiarkan negara jatuh ke tangan PR.Mereka ini mungkin memaafkan UMNO,tetapi mereka tidak pernah lupa apa yang membuatkan mereka marah kepada UMNO.Dengan itu,mereka mengundi UMNO dengan harapan setinggi langit bahawa UMNO di bawah mandat baru ini akan mengambil langkah yang tepat dalam menangani segala kesilapan sebelum ini.Sedangkan secara dasarnya mereka masih ragu-ragu apakah UMNO faham apa yang mereka marah itu.Walaupun mereka yakin dengan keikhlasan kepimpinan baru untuk memperbaiki segala kerosakan tetapi mereka masih tidak yakin yang ia mampu dilakukan sekiranya tiada perubahan besar yang dapat dilihat dengan segera.Oleh itu,UMNO wajar bertanya,apa yang mereka inginkan di sebalik pertanyaan ‘apa yang Cina inginkan’ ??? Rakyat hanya ingin melihat ‘tindakan’

Rakyat rimas melihat bagaimana perosak negara dibiar bermaharajalela tanpa diambil sebarang tindakan.Kenyataan demi kenyataan berkenaan siasatan dan amaran sudah terlalu amat menjengkelkan.Rakyat dahagakan tindakan atau aksi yang berkesan.Tidak keterlaluan dikatakan bahawa inilah antara punca masyarakat Cina menjadi bosan sehingga akhirnya melihatnya sebagai tanda ‘kelemahan kerajaan’.Secara umumnya,rakyat tahu siapa perosak,siapa pembodek,siapa perasuah,siapa bodoh dan siapa yang bijak.Namun,rakyat tidak mampu menyampaikan suara mereka ke atas.Justeru,harapan rakyat amatlah tinggi agar kepimpinan mengambil sepenuh masa untuk benar-benar menilai mereka yang berada di sekelilingnya.Yang tampak bijak dan berkarisma, fasih berbahasa Inggeris lulusan luar negara, belum tentu bijaknya.Yang tampak professional itu kadangkala hanyalah pada gaya, sedang hatinya membawa agenda lain yang tidak selari dengan aspirasi negara.Yang tampak bersih dan amanah, memuji dan menyokong mungkin hanya membodek tetapi tidak tahu apa-apa.Yang tampak malu-malu,jarang membantah dan sering mengangguk mungkin jauh lebih bijak cuma tiada karisma atau mungkin juga memang tidak berguna.

Ingatlah,rakyat tahu bahawa UMNO bukanlah sempurna tetapi rakyat dari kaum Melayu tetap memilih UMNO kerana ia adalah satu-satunya parti yang masih rasional, yang mempunyai patriotisme dan nasionalisme yang kukuh, serta hala tuju yang jelas.Justeru,apa yang kepimpinan perlukan adalah mereka-mereka yang mempunyai ciri-ciri yang diingini rakyat iaitu rasional, patriotik,nasionalis serta bijak dan berkarisma.UMNO perlu membawa imej baru sebagai parti yang professional tetapi bukan liberal, matang tetapi bukan ketinggalan,selain cekap,pantas dan tegas.Jika UMNO ingin mengubah Melayu menjadi bangsa yang berdaya saing,maka UMNO perlu terlebih dahulu mempamerkan kualiti yang sama.Untuk itu,UMNO perlu mulakan dengan ‘bertindak’ bukan ‘memberi amaran’.saya minta maaf,saya terpaksa keluarkan semua ini.ini semua khas untuk UMNO.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! DR MAZLAN MEMBELASAH ANWAR IBRAHIM KAW-KAW !!! VIDEO INSIDE !!!


Jika benar berlaku penipuan Pilihanraya Umum ke-13 seperti didakwa Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim,calon BN,Dr Mazlan Ismail mencabar Ketua Umum PKR itu membuat laporan polis dan mengira semula undian di Parlimen Permatang Pauh. 

“Saya mendesak dan mencabar,kalau Anwar Ibrahim seorang pemimpin yang anak jantan,you balik Permatang Pauh,you buat report polis dan kita minta SPR buka semula kertas undi,kita kira semula untuk membuktikan sama ada berlaku atau tidak election fraud (penipuan pilihanraya) yang you jaja seluruh Malaysia,”katanya kepada TV3.


Menurutnya,Anwar perlu membuktikan dakwaan itu di kawasan yang ditandinginya sendiri terlebih dahulu dan jika gagal membuktikan,Ketua Umum PKR itu perlu mengakui bahawa dakwaannya itu hanya fitnah semata-mata. “Dia (Anwar) ni ibarat peribahasa Melayu kata,‘marahkan nyamuk bakar kelambu’..”katanya lagi

KEPADA ANWAR IBRAHIM !!!

ADA BERANI ???

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! KEMPEN 'BOIKOT' MAMPU KEMBALIKAN SOKONGAN RAKYAT MALAYSIA ???


Tajuk artikel NGO Melayu desak supaya boikot perniagaan dimiliki Cina dalam portal fitnah Malaysiakini benar2 menarik perhatian penulis.Secara peribadi penulis tidak bersetuju dengan saranan NGO itu,bukan lah bermaksud tak mementingkan bangsa,tetapi tindakan sebegini seolah olah seperti marahkan nyamuk kelambu di bakar.Kita meminta pemimpin dan penyokong Pakatan untuk menerima kekalahan dan kegagalan mereka untuk membentuk kerajaan,tetapi kita juga seharusnya menerima peralihan sokongan Cina terhadap PR.Tindakan 'boikot' dilihat terlalu ekstrim seolah-olah mahu menghukum semua orang Cina.Perlu diingat, ada juga ramai kaum Cina yang bertungkus lumus membantu BN dalam pilihanraya, kita hargai peranan mereka dan tindakan sebegini hanya akan menjauhkan lagi kaum Cina dari parti BN. 

Mereka yang dahulunya menyokong akan mula menjauhkan diri. Keputusan PRU-13 dah membuktikan tanpa sokongan majoriti kaum Cina dan sebilangan kecil kaum Melayu dan India,BN masih mampu membentuk kerajaan.Jadi mungkin kita tertanya mengapa harus kita 'belai2' mereka utk dapatkan sokongan politik ? Penulis berpendapat kita tak perlu 'belai' atau beri apa saja 'gula2' untuk mengambil hati golongan ini .Apa yang lebih utama ,kerajaan BN yang ada sekarang perlu memacu perkembangan ekonomi negara dan buktikan ketelusan kerana ini lah yang cuba ditanam dalam pemikiran rakyat iaitu BN adalah parti korup dan rasuah. Dengan itu transperency haruslah menjadi agenda utama dalam kerajaan yang baru dibentuk ini. Memang benar kerajaan BN selama ini berusaha menjadi lebih telus dgn mentransformasi badan pencegahan rasuah, namun malangnya kredibiliti badan pencegahan rasuah itu sendiri dipersoalkan,SPRM dihentam teruk berikutan kematian 2 tahanan siasatan . 

Mungkin kerana tekanan2 ini fungsi SPRM dilihat longgar,malah di media maya sendiri beberapa blogger pro BN mempersoalkan kredibiliti SPRM kerana tidak menyiasat pemimpin pembangkang yang dikaitkan dgn rasuah.Berbalik pada soal boikit perniagaan dimiliki Cina tadi,sekiranya kempen boikot ini benar-benar berjalan,maka bukan kah mana2 pekerja berbangsa Melayu yang bekerja di syarikat2 di miliki orang Cina perlu berhenti kerja.Bentuk hubungan antara pekerja dan boss juga adalah satu perniagaan, boss adalah client bagi pekerjanya yang memberi khidmat.Jadi berapa ramai daripada ahli2 NGO yang menggesa supaya memboikot perniagaan Cina itu bekerja dengan syarikat2 Cina ? Soal boikot ialah sesuatu yang amat subjektif dan kompleks kerana ia akan melibatkan banyak perkara kerana masing2 berkait antara satu sama lain.

Misalnya kempen memboikot produk dari Israel,tahukah anda sesetengah komponen yang diguna dalam komputer juga adalah rekabentuk Israel.Dan sekiranya (contoh saja), kapal terbang mula2 direka bentuk oleh orang Israel dan bukan Wright bersaudara,adakah kita tak perlu naik kapal terbang atas alasan 'boikot' ? Hak memboikot adalah hak individu,masing-masing mempunyai alasan tersendiri dalam mempertahankan tindakan mereka.Cuma setiap tindakan,pasti akan ada tindak balas dan perkara ini akan berterusan dan hanya akan merugikan pembangunan dalam negara.Mungkin ada yang tak bersetuju dengan pandangan penulis,but why don't just we agree to disagree ? - Bidaman 

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, May 13, 2013

BONGKAR !!! #PRU13 !!! 'TSUNAMI' MELAYU AKAN MENGEGARKAN #SINGAPURA !!! WAJIB BACA !!!


PR begitu bangga menyebut ‘tsunami Cina’ dalam memperkatakan keputusan PRU-13.Dengan analisis menunjukkan 97% kaum Cina menolak BN,maka kata-kata mereka itu tentulah berasas.BN juga telah pun menerima hakikat penolakan kaum Cina itu dan tidak pula menuduhnya satu penipuan.Apa yang berlaku ini sebenarnya mengukuhkan lagi kedudukan Melayu di dalam politik negara.Malah,keputusan ini juga memberi satu ruang yang luas untuk semua pihak mendedahkan sikap rasis akhbar-akhbar Cina selama ini.Hari ini kaum Cina tidak ada hak untuk menuduh kerajaan sebagai korup dan tidak bersih lagi kerana mereka ternyata menerima parti DAP yang telah terbukti korup di peringkat tertinggi dan tidak telus terhadap ahli sendiri apabila menipu dalam pengundian CEC.Namun,itulah hakikatnya iaitu,hipokrasi jelek kaum Cina.Berdasarkan keputusan PRU ini,jurang antara kaum Cina dan Melayu di negara ini semakin melebar. Namun, itulah yang diimpikan oleh kaum Cina selama ini.Oleh itu,ia juga dengan sendirinya meningkatkan lagi prejudis antara kaum serta menimbulkan perasaan tegang dan janggal apabila bersemuka.Sebelum ini setiap kali diasak oleh akhbar Cina, pihak Melayu akan bertindak matang dan mengambil sikap mengalah bagi mengelak ketegangan yang berpanjangan.


Sehingga ke satu tahap,Namewee yang begitu biadap dan khianat juga dimaafkan oleh kerajaan.Namun,itu dulu iaitu ketika kita masih menaruh harapan bahawa masih ramai kaum Cina yang mencintai keharmonian dan bersemangat muhibbah seperti kita.Tetapi,terima kasih kepada PRU-13 di mana akhirnya sikap sebenar kaum Cina yang tidak pernah puas hati dan tidak pernah ikhlas akhirnya terserlah.Sekali gus ia membuka mata,segolongan Melayu yang sebelum ini enggan mengakuinya hanya kerana mereka punya ramai rakan Cina yang ‘baik’.Tiada siapa yang lebih memahami penindasan kaum Cina selain dari mereka yang hidup di zaman komunis dan juga Melayu Singapura.Itupun di kalangan yang cukup matang dan bijak sahaja.Selebihnya,masih berada dalam keadaan ‘denial’ bahawa mereka ditindas dan merasakan telah diberikan peluang yang sama dengan kaum Cina negara itu. Hakikatnya,parti PAP Singapura tidak pernah mengendahkan suara Melayu.Melayu Singapura yang memegang jawatan tinggi di negara itu hampir tiada langsung.Malah,semua jawatan-jawatan rendah tetapi penting seperti di dalam bidang seperti Pertahanan atau Kastam turut tidak diberikan kepada Melayu. 

Cara PAP meminggirkan Melayu tidak berbeza jauh dengan cara DAP di Pulau Pinang.Iaitu menggunakan sepenuhnya tekanan ekonomi ke atas orang Melayu yang sedia ketinggalan akibat sistem pemerintahan tinggalan British dahulu.Secara tak langsung,kebangkitan Melayu di Malaysia akibat ‘tsunami Cina’ yang berlaku dalam PRU-13 turut menyentak perasaan Melayu Singapura.Bagaikan satu suntikan semangat baru,Melayu Singapura juga mengambil kesempatan ini untuk membuka mata rakan-rakan mereka yang masih buta tentang sikap menindas dan tidak ikhlas PAP.Semua sedia maklum bahawa PAP dan DAP itu adalah bersaudara dan bahawa PAP banyak membantu DAP dalam PRU ini yang mana merupakan satu campurtangan yang tidak sepatutnya berlaku.Jelaslah bahawa ada satu macam pakatan oleh keseluruhan kaum Cina di kedua-dua negara ini untuk menguasai keseluruhannya.Dalam kata lain,kesetiaan mereka adalah pada kaum dan bukan pada negara.Ini memberi satu idea kepada Melayu Singapura bahawa mereka juga wajar mengambil pendekatan yang sama.Jika kaum yang lebih utama,maka mereka wajar bersama-sama memikul semangat Melayu yang disemai oleh UMNO.Semangat Melayu Singapura kini sedang berkembang biak dan tidak mustahil mereka akan turut mengakibatkan tsunami Melayu di negara itu dalam sedikit masa lagi.Jika ini terjadi,jangan salahkan Melayu atau Malaysia,tetapi salahkanlah DAP dan juga PAP yang tegar ingin berkuasa atas nama kaum Cina.

RENUNG-RENUNGKAN
 
 
Blogger Templates