Dengan kerusi sebanyak 38 daripada 89 jumlah kerusi pembangkang di Dewan Rakyat,DAP sudah amat amat yakin parti itu sudah cukup yakin dan popular di kalangan rakyat.Malah Setiausaha Agung Dap,Lim Guan Eng dengan megahnya berkata masa depan negara akan bertambah cerah jika pihak pembangkang kuat di parlimen.Namun apakah apa yang dikatakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu benar atau apakah asas yang digunakan untuk mengeluarkan kenyataan begitu ???
Benarkah dengan penambahan kerusi parlimen Dap,Pas dan PKR negara akan mendapat keuntungan,kebajikan rakyat lebih terbela, dan negara lebih selamat dan kedaulatan terjamin ???
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang baru berlangsung,Barisan Nasional menang dengan 133 kerusi parlimen berbanding 89 untuk pembangkang.Dengan peningkatan tujuh kerusi daripada 82 yang diperolehi pada PRU 2008,pembangkang memikirkan rakyat sudah menerima mereka dan sudah sedia menjadi alternatif kepada BN sebagai kerajaan pusat.Jika dianalisa kemenangan yang lebih besar dicatat oleh calon-calon parti pembangkang dalam PRU13,boleh disimpulkan secara ringkas bahawa kerusi yang mereka menangi adalah berlandaskan semata-mata kepada fitnah dan tohmahan.
Kerajaan dilemahkan dengan serangan bertalu-talu,terancang dan secara berterusan sejak 2008 lagi sehingga imej dan prestasi pentadbiran BN terjejas di mata rakyat.Apatah lagi dengan pendedahan kewujudan beribu-ribu pasukan tentera siber yang dibiayai oleh Dap untuk menyerang kerajaan dengan isu-isu yang sengaja dicipta dan melalui penyelewengan fakta.Walaupun dinafi sekeras-kerasnya oleh pemimpin veteran Dap,Lim Kit Siang,namun pengakuan bekas salah seorang anggota tentera siber parti itu sebenarnya telah membuka rahsia dan agenda besar parti itu untuk menumbangkan kerajaan melalui budaya fitnah.Malah pasca PRU13,gerakan menyebar fitnah ini terus meningkatkan serangan fitnah terhadap kerajaan khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya.Umpamanya Dap dengan kerjasama rapat sekutunya PKR dan Pas mencipta pelbagai propaganda untuk mencemarkan keputusan pilihan raya dengan tujuan menimbulkan kekacauan jalanan.Isu 'blackout' dicipta untuk menjaja cerita berlakunya penipuan di beberapa pusat pengiraan undi dengan bekalan elektrik sengaja diputuskan.Malah disiarkan gambar kejadian 'blackout' disebuah pusat pengiraan undi disebuah lokasi yang tidak didedahkan.
Penyokong-penyokong pembangkang tanpa usul periksa dan menyiasat kesahihan andaian tersebut dengan menyebar secara meluas gambar dan dakwaan tersebut.
Di dalam perhimpunan haram yang diadakan oleh Anwar Ibrahim di seluruh negara isu 'blackout' telah dijadikan modal untuk menimbulkan kemarahan rakyat.Penjelasan SPR yang berjaya membuktikan kepalsuan gambar tersebut tidak dipedulikan dan dipercayai kerana cerita sensasi 'blackout' yang dijaja oleh pembangkang lebih menarik hati dan ditelan bulat-bulat oleh mereka.
Begitu juga dengan isu undi popular yang diputar belitkan oleh Anwar dengan mengatakan pembangkang sebenarnya telah menang tetapi dinafikan oleh BN.Walaupun telah diperjelaskan dengan panjang lebar oleh SPR berdasarkan perundangan negara dan sistem pilihan raya yang telah digunapakai sejak merdeka,namun isu ini terus disebarkan untuk mewujudkan keadaan huru hara oleh penyokong pembangkang.Seolah-olah Dap bersama-sama Red bean Armynya sudah bersedia dengan satu templat dan agenda yang terlebih dahulu telah ditetapkan untuk menyerang kerajaan.
Gerakan ini bertambah mantap dengan penipuan dan pembohongan yang dilakukan oleh portal-portal berita pro-pembangkang seperti malaysiakini.com,themalaysianinsider.com dan freemalaysiatoday.com
Portal-portal berita ini berganding bahu dengan pasukan siber Dap untuk menyerang sesiapa sahaja yang dianggap musuh kepada pakatan pembangkang.Jadi apalah sangat yang hendak dibanggakan oleh Dap dan sekutu pembangkang mereka kerana kemenangan yang mnemberangsangkan bagi mereka adalah berlandaskan pembohongan dan fitnah semata-mata.Politik Dap hanyalah berasaskan kepada agenda menimbulkan sebanyak mungkin isu yang boleh dijadikan modal untuk menghentam kerajaan samada dalam Dewan Rakyat atau di ceramah-ceramah mereka.Calon-calon BN bukan dikalahkan kerana tidak layak atau 'winnable' tetapi kecundang akibat fenomena fitnah yang disebarkan seluas-luasnya oleh pembangkang semasa masa berkempen.
RENUNG-RENUNGKAN
2 comments:
Tuan,Tak perlu analisa lagi kenapa BN kalah teruk. Sebagai salah seorang penyokong kuat dan setia BN saya kata memang patut BN kalah teruk. Bercakap dgn beberapa ahli UMNO selangor dan blogger -mereka beri sebab:
Semua yg guna media baru tau Menteri jaga media kerajaan tika itu tak percaya dgn media sosial atau media baru boleh pengaruh pengundi. Semua orang tau dia kata 'jangan peduli apa blogger kata kat internet. NI semua nyamok sementara. Buat kacau kejap lepas tu orang lupa dia'. Lebih kurang gitu. Gomen anggap pengaruh media sosial ni tak penting. Sebab tu dia tak peduli ramai yang berpendapat perlu ada akhbar lawan apa spin dan bohong beracun Malaysia kini dan cyber troopers dap secara tersusun, stratejik dan serius all out.
Jawapan sinis dan biadap Menteri budaya ni pada 2010 buat semua tawar hati . lalu tak perlu lagi desak dia. Bila hantar cadangan kat Perdana Menteri , jadi lagi teruk. Pejabat PM ni make dunno. Senyap sunyi.
2 bulan sebelum pru 13, Ahli parlimen Putrajaya dan SU Agong UMNO sendiri mengaku BN dan kerajaan dah kalah dari segi perang media sosial. Tau tak per. So ada ke apa apa tindakan dah tau kalah dah dunia cyber? Tak ada kan? Sebab BN poyo dan UMNO lembab. Sebab selesa.
Semua orang yang patut tahu memang sedar mengenai kelemahan BN, UMNO dan kerajaan.
SKMM yang patut menjaga hal keselamatan dan sabversif serta hasutan melalui internet dan media sosisal - gagal, lembab dan sememang penuh dengan 'incompetent' sebab tidak cukup kakitangan professional yang berilmu untuk memantau .Kerana yang ada dan ramai ketua kanan adalah penyokong PKR dan Anwar Ibrahim. Kenapa orang luar dari SKMM tau tapi SKMM tak tau?
Kita kena terima , strategi PKR melatakan orang mereka secara senyap di tempat tempat penting dan jawatan penting , menjadi. Yang tidur BN, UMNO dan Kementerian yang jaga media baru ni. Hari ni gak masih lembab.
Salah satu sebab utama UMNO sendiri gagal mencipta kejayaan yang d janjikn pada Sgor , sebab penyakit lama- orang atas tak dengar pendapat orang bawah. Khusus Selangor. Grassroot marah dengan pilihan calun PRU 13. Marah mereka bersebab. Tapi ketua bahagian dah di beli dan di gula gula dan cadangan balas dan maklumat untuk PM tak sampai ke PM atau PM sendiri tak ambil pusing. Penasihat dia lagi tak peduli. Nah terima lah padah. Beberapa ahli kuat UMNO memberontak dan pengikut mereka ikut sama. Mereka siang siang dah kata nama nama yang PM calunkan akan kalah. Nah nama yang mereka sebut memang kalah , dgn teruk. Nama mereka sebut termasuk calun Wangsa Maju, Gombak, Ampang , Shah Alam, beberapa kawasan di Klang. Hanya 1 nama yang mereka kata akan kalah, lepas dgn majoriti tipis. Mereka juga mahu pastikan Orang kuat PM yang jadi racun dalam daging itu tergolek d Sepang. Maka tergolek lah Mr. Sepang di PRU 13. Bukan sbb Tsunami cina. Tapi Tsunami UMNO.
PM bertanggung jawab kekalahan memalukan orang Melayu BN d Selangor. Pahit macam mana pun PM kena ada bedah siasat segera atau berhadapan dengan ramai yang mahu terjun ke PKR. Jarum perubahan sikap Azmin Ai telah menarik perhatian ramai penyokong muda UMNO.
PM perlu gugurkan penasihat penasihat yang betul betul gagal khusus menarik sokongan baru dan dari anak muda, serta namakan calun 'no hope'. Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Puteri gagal dalam usaha menarik sokongan muda kerana terlalu bergantung kepada pesta dan suka suka. Ya mereka seronok enjoy tapi mereka tidak mengundi UMNO atau BN. 85% anak muda Taman Tun Ismail tidak minat dengan pemimpin muda UMNO dan BN. Kenapa?
Bagi pihak mereka yg kecewa ini cepatlah boss boss umno bertindak d sgor sebelum terlambat.
Siri komen kedua.
Tuan bagi menimbangkan sebab kekalahan teruk BN khusus MCA dan Gerakan, BN dan orang Melayu tidak perlu apologi bila kata BN kalah sebab Tsunama Cina. Ini adalah realitinya. Lim kit siang dan Lim Guan Eng menggunakan kad rasis chauvinis cina DAP supaya benci orang melayu dan pemimpin melayu. Mereka dgn bantuan anwar, nik aziz dan hadi awang berjaya bawa sentimen ' pemimpin melayu penindas hak manusia dan menipu rakyat dan akan menzalimi orang cina.
PRU 13 ini seruan DAP kata orang cina akan berpeluang berkuasa di malaysia. So tiada lagi hak ekslusif bumiputera untuk mengambil hak mereka untuk berjaya dan kaya. Pemimpin dan insitusi Melayu dan nasional di momok dan di hina. Tapi kerjaan lepaskan semua ini, khusus di internet. Tentu mereka naik kepala dan jadi melebih. Betul orang cina percaya , ini kali lah mereka akan berpeluang menguasai negara ini. Sebab itu ramai. turut mengkhianati Perdana Menteri. Mereka guna timbang rasa PM tapi orang cina tikam PM dan BN di belakang.
Orang Melayu jgn lupa khianat sebegini sebab ini akan jadi sebab bangsa dan negara jatuh ke tangan DAP kalau mudah lupa . Sebab malu kena tipu oleh cina.? Jgn malu. Ini perjalanan perjuangan. PM juga jgn kecewa.
Belajar dan faham ketua nombor 1 pemimpin Gerakan dan MCA adalah bagaikan kayu , kayu dah mati . Beban yang UMNO dari mula patut gugurkan dari bahu mereka. Tapi pemimpin UMNO lemah tak tegas, Chua Soi Lok dan Koh Tsu Koon adalah duri dalam daging yang menghancurkan perjuangan cina setia dalam BN.
Jangan lupa dan jgan biar Tsunami Cina berulang.
Post a Comment