Social Icons

Pages

Tuesday, April 16, 2013

HOT NEWS !!! NIK AZIZ MEMPERLEKEH SULTAN JOHOR !!! APA CERITA NI ???


Beberapa hari lepas,pakatan pembangkang melancarkan manifesto khusus untuk negeri Johor yang bertemakan "Johor Maju dan Berkebajikan" di Hotel New York di Johor Bharu.Antara intipati utamanya ialah jawatan Menteri Besar hanya dipegang selama dua penggal sahaja.

"Ini salah satu cadangan yang paling bersejarah sebab jawatan menteri besar itu dihadkan kepada dua penggal sahaja.macam presiden Amerika.Sebab kita merasakan mereka yang memegang kuasa terlalu lama akan cenderung untuk melakukan 'power corrupt'," demikian kata Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau ketika berucap dalam majlis tersebut. 

Menariknya pelancaran manifesto serba unik ini dijayakan dan dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS,Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sudah menjadi Menteri Besar Kelantan selama 5 penggal berturut-turut.Kehadiran Nik Aziz bererti MB Kelantan itu bersetuju dengan intipati manifesto PR Johor,ia juga seakan bermaksud Nik Aziz mahu mengajar rakyat Johor cara berpolitik.Tambah unik lagi,majlis pelancaran manifesto ini turut disertai Penasihat DAP,Lim Kit Siang yang sudah berpuluh tahun menguasai parti itu seumpama mengemudi sebuah syarikat hak milik keluarga.Memang menarik,unik dan pelik,bukan begitu pembaca Badut Rakyat ??? Tapi ia tidak begitu mengejutkan,kerana sudah tabii semula jadi pemimpin PR untuk berjanji dan bercakap tanpa melihat kelemahan yang mereka sendiri miliki.Tapi tak mustahil,hakikat sebenarnya PR Johor khususnya pemimpin DAP negeri itu sengaja menekankan isu MB dua penggal sekadar untuk menyindir Nik Aziz sambil sinis menempelak Lim Kit Siang.Apa pun,sama ada BN atau PR,hakikatnya hak mutlak penentuan siapa yang akan mengisi jawatan itu hanya akan diputuskan oleh DYMM Sultan Johor. 

Parti yang menang hanya berhak membawa nama calon tapi yang akan mengisi jawatan itu kelak tetap di tangan DYMM Sultan Johor.Demikian juga berapa penggal seseorang itu menjadi MB,ia tetap memerlukan perkenan DYMM Sultan Johor. Baginda tahu berapa lama seseorang itu wajar menjadi MB di negeri yang di perintah oleh Baginda.Nik Aziz yang sudah berpenggal-penggal menjadi MB di Kelantan sepatutnya tidak perlu campur tangan di negeri orang dengan melancarkan manifesto PR yang menetapkan berapa lama seseorang itu boleh menjadi MB di negeri Johor.Ia seperti satu penghinaan terhadap rakyat Johor dan sengaja mahu memperlekehkan kuasa DYMM Sultan Johor. Serahkan saja soal pemerintahan negeri kepada rakyatnya.Siapa Nik Aziz untuk menentukan itu dan ini ??? Lagi pun nampak sangat canggungnya seperti ketam mahu mengajar anaknya berjalan lurus apabila Nik Aziz yang sudah lima penggal menjadi MB tiba-tiba mahu memaksa rakyat Johor menerima idea seseorang MB hanya berhak memegang jawatan itu selama dua penggal sahaja.

RENUNG-RENUNGKAN

10 comments:

Anonymous said...

pas kena tunaikan kebanjikan pada rakyat kelantan dulu... kalau nak bezakan kelantan dgn johor bagaikan langit dgn bumi...

kasian.. kain sendiri koyak rabak tapi ada hati nak betulkan kain org lain...

Anonymous said...

seperti orang gemok, menjual ubat untuk menguruskan badan. yang bercakap tak sama diamalkan.

Siak Kechik said...

Bila ketam bercerita bagaimana cantiknya berjalan lurus sedang dia sendiri tak pandai, tetap jalan mengereng.

Berita dari gunung said...

Nik Aziz dan Lim Kit Siang menghampiri aspirasi Firaun, yang sangat takut hilang kuasa, rela mati bersama cebisan kuasa untuk bekal kealam lain.

agak kita yang marhaen macam tu la...

Anonymous said...


Pas bukan Agama. Agama bukan Pas.
Nabi Muhammad saja teramat istimewa.
Nabi Muhammad bukan mamat kampung biasa berek 12.

Manusia biasa akan di uji dengan bermacam macam TA.
MahkoTA.
TAhkTA.
HarTA
WaniTA
KereTA
TAnah
TAwadukkan
TAkwaan
CinTA.
KehebaTAn peTAh.
Nik Aziz manusia biasa aje.

Orang KelanTAn kerja KL Putrajaya dan beli rumah Bukit AnTArabangsa sungguh amat selesa sebab tidak di uji dengan Air,TAnah balak
dan semua orang kelanTAn di KL rasa hebat lah 1Malaysia.
Duduk KL,PJ,SJ,tempat yang hebat,ada nasi dagang,percik,ikan TAwar dengan ulam budu.
Dapat kontrak, dapat masuk tender.
Pakai TAqiah.
Balik Ke KelanTAn undi, teTAp pangkah bule.
TAqiah.
Hebat lah kiTA semua.
arjuna waspada
changkat lobak.

likelyit said...

MB Johor had 2 penggal je? Kelate? NIK NAJIS bape penggal ekk jd MB? dh reput pon xde had pulak?

kekekeke..

Anonymous said...

org PAs munafik.. xsedar diri.. xerti malu.. sifat tu lahir dr jiwa mreka yg xkenal Tuhan.. dpt nikmt byk mana pn xpnh syukur dn ckup, lwn krjn mcm2 yg mreka dt nikmt2 tu..tp ble ngundi pilih puak jahat dn zalim jg.. (PAS)..

pasti Tuhan akan tarik balik nikmat2 ini dn gnti dgn azab yg amat pedih buat mereka..

usin said...

teruk dah nyanyuknya ayahanda nik aziz ni. mb mana yg paling lama kalau bukan mb kelantan? aduhhh....kena sindir dgn dap johorpun masih tak paham2. apapun, itu adalah faktor KETUAAN. org tua nyanyuk!!!!

Unknown said...

Apsal sebut2 ketam ni bro!!gua jalan lurus ape!!!kekeke...

Anonymous said...

salam . KAMI rakyat Johor Darul Ta'zim tidak memerlukan parti celaru dan haru-biru seperti PAKATAN RAKYAT untuk mengajar kami berpolitik .Sebelum pakatan kenal politik , di bumi kami inilah berputik semangat membebbaskan MALAYA dari belenggu penjajah kafir Inggeris .Kami lebih dahulu mengenal apa itu politik dan politikus .Dan orang-orang johor TIDAK sama dan jauh sangat berbeza dengan orang negeri lain dalam soal kepartian . Tuanku sultan ketua kami , istana pasir pelangi lambang kesetiaan kami kepada negeri johor .Buat gerombolan pakatan , teruskanlah usaha sia - sia kalian di sini . kami bukan orang yang bengap atau dangkal pemikiran .

(non-partisan voice. pure Johorean 01)

 
 
Blogger Templates