Meskipun PAS tidak menyatakan dengan jelas pendirian mereka dalam Isu Lahad Datu,pemimpin PAS terutamanya daripada Dewan Pemuda PAS telah melancarkan kutipan derma bagi Lahad datu.Pelancaran Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu jelas mengelirukan apabila tidak jelas sama ada ia dilancarkan memang khusus untuk insiden di Lahad datu atau kempen politik mereka menjelang Pilihan raya Umum ke-13 semakin hampir.Malah,apabila semakan dibuat,akaun Maybank untuk menyalurkan sumbangan berkenaan tidak sama dengan nama tabung itu sebaliknya atas nama Tabung Rakyat Prihatin.Promosi tabung tersebut juga dibuat oleh laman Harakah Daily dan boleh dilihat menerusi URL: http://bm.harakahdaily.net/index.php/home.itu pun kalau ada lagi sebab dah kantoi.Sudah terang lagi bersuluh apabila naib Presiden PKR Tian Chua menuduh insiden lahad datu adalah konspirasi Umno dan barisan Nasional dan PAS sehingga hari ini tidak pernah mengeluarkan kenyataan membantah atau menyokong kenyataan Tian Chua tersebut.
Sebaliknya pemimpin PAS menuduh insiden pencerobohan yang mengorban 10 nyawa perajurit tanah air itu adalah berpunca daripada kemiskinan penduduk yang diabaikan Barisan Nasional.Sedangkan rakyat sedar kehadiran militan Sulu di bumi Sabah adalah untuk menuntut Sabah dan kumpulan pengganas Sulu itu datang menceroboh kerana ingin menuntut lebih pampasan daripada Sabah.Sikap PAS melancarkan tabung itu dipuji,mungkin wujud perasaan patriotik dalam jiwa mereka,namun persoalan timbul adakah benar dana daripada tabung itu akan diterima keluarga perajurit yang terkorban dan cedera dalam insiden berdarah itu ???
PAS juga perlu menyatakan secara terbuka pendirian mereka dengan kenyataan Tian Chua,bukan hanya tahu mengutip derma sahaja.Pelancaran tabung tersebut sebenarnya tidak lebih sekadar gimik politik Pas untuk menunjukkan parti itu juga prihatin dengan apa yang berlaku walaupun lain ceritanya di pentas-pentas ceramah mereka.Apa pun tujuan yang tersurat atau tersirat,Pas perlulah memastikan wang yang dikutip itu benar-benar sampai ke tangan keluarga perwira atau perajurit terbabit.Ini penting untuk parti itu membuktikan bahawa ia benar-benar ingin membantu, bukan sekadar tempelen politik.
PSSTT - SAYA DENGAR DUIT DERMA DI SEMUA TEMPAT CERAMAH ADA PERCENT UNTUK PENCERAMAH !!!
BETUL KER ???
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
webportal berita edisi percuma tanpa perlu melanggan.......... Freemalaysiakini2.com
Post a Comment