Social Icons

Pages

Tuesday, May 14, 2013

EKSKLUSIF !!! SAH !!! #PRU13 KUBURKAN IMPIAN DAN PEMBOHONGAN ANWAR IBRAHIM !!!


Pemimpin pembangkang,Anwar Ibrahim masih belum berpuas hati untuk memberontak terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 lalu yang memihak kepada Barisan Nasional dengan mengadakan rapat umum di Pulau Pinang pula.Bezanya jika di Stadium Kelana Jaya pada 8 Mei lalu menarik kehadiran kira-kira 40,000 orang namun di Stadium Batu Kawan,Pulau Pinang yang datang untuk mendengar celoteh tidak sampai 20,000.macam biasa puak pembangkang mengatakan yang datang adalah ratusan ribu.celah mana ratusan ribu ??? inilah pembangkang,semuanya nak kencing rakyat dengan angka.Ini merupakan satu jumlah yang agak kecil jika dibandingkan kapasiti stadiumn tersebut boleh menampung lebih 60,000 orang.Rata-rata yang datang untuk berhimpun sambil meneruskan kemarahan mereka terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah golongan muda di antara 21 hingga 40 tahun. 

Satu perkara yang ketara boleh dikatakan lebih 90 peratus daripada mereka yang mengambil bahagian dalam kedua-dua perhimpunan tersebut terdiri daripada penyokong-penyokong berbangsa Cina.Kesimpulannya pengundi Melayu yang menyokong pembangkang nampaknya lebih rasional dan berfikiran terbuka dengan menerima kemenangan pada PRU13 pada 6 Mei lalu.Bagaimanapun pengundi Cina yang dibakar semangat mereka oleh Anwar terutamanya terus yakin di benak hati mereka bahawa kemenangan sepatutnya di miliki pakatan pembangkang tempoh hari.Mereka sebenarnya mempunyai fantasi yang tidak berpijak dibumi nyata tetapi memilih untuk mempercayai Anwar yang terus membohongi bahawa kemenangan mereka telah dinafikan oleh SPR.Namun apabila Anwar didesak untuk membuktikan bagaimana SPR kononnya telah menerbangkan lebih 40,000 pengundi asing dari Bangladesh yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA),beliau sehingga kini membisu seribu bahasa.Begitu juga dengan dakwaan pembangkang mengenai dakwat kekal yang kononnya tidak kekal. 

Namun penggunaan dakwat kekal adalah antara lapan tuntutan Bersih yang telah dipersetujui oleh SPR tetapi apabila dilaksanakan pembangkang pula mempertikaikannya.Begitu juga dengan senarai daftar pemilih yang terus dipertikai oleh pembangkang sehingga ke tempoh berkempen walhal SPR telah memberi semua pihak secukup masa untuk meneliti satu persatu nama di dalam daftar jika mereka kehendaki.Untuk mengguatkan dakwaan bahawa SPR menipu semasa proses pengiraan undi,pembangkang mencipta cerita bahawa kononnya TNB pula bersekongkol untuk menyebabkan ‘blackout’ atau putus bekalan elektrik di beberapa tempat mengundi.Kejadian ini dakwa mereka menyebabkan pembangkang kalah di beberapa tempat tetapi dakwaan ini telah disangkal oleh salah seorang calon Dap yang bertanding di Ketari, Pahang bahawa tidak pernah berlaku insiden tersebut sebagaimana yang canangkan di dalam laman-laman sosial media secara meluas.Pembangkang memikirkan bahawa dengan melontar sebanyak fitnah dan pembohongan terhadap SPR,pilihan raya semula akan diadakan atau setidak-tidaknya rakyat akan bangun menentang kerajaan.

Untuk menunjukkan apa yang dilakukan oleh Anwar dan Lim Kit Siang adalah wayang politik semata-mata ialah betapa segeranya pembangkang di Pulau Pinang dan Kelantan menubuhkan kerajaan sehari selepas kemenangan mereka dengan upacara mengangkat sumpah ketua menteri dan menteri besar.Perdana Menteri mempersoalkan mengapa pembangkang hanya mengiktiraf keputusan di peringkat negeri yang memenangkan mereka dan menolak keputusan di peringkat pusat di mana mereka kalah walhal pada kedua-dua peringkat sistem yang sama digunakan secara terus menerus oleh SPR sejak PRU yang pertama pada tahun 1959.Ini adalah satu sikap hipokrasi paling besar yang ditunjukkan oleh pembangkang kerana mereka dahulunya mendakwa rakyat adalah penentu sebenar kepada keputusan dalam PRU13.Namun apabila impian mereka untuk ke Putrajaya gagal,individu pertama yang meraung kerana kecewa tidak lain tidak bukan adalah Anwar sendiri.Anwar tidak dapat menerima hakikat bahawa rakyat yang kononnya bulat menyokong pembangkang pada PRU13 tidak membeli kelentong beliau dan akhirnya memberi mandat kepada BN. 

Anwar tidak dapat menerima dalam sanubarinnya bahawa menang kalah dalam sesuatu pertandingan adalah lumrah apatah lagi dalam pertandingan memilih sebuah kerajaan.Rakyat memilih BN kerana selama lebih 50 tahun mentadbir Malaysia sejak merdeka,BN telah membuktikan bahawa ia mampu bukan sahaja membawa kemajuan dan kemakmuran kepada negara malah berjaya mewujudkan kerjasama politik yang menghasilkan kestabilan, keharmonian serta semangat muhibbah antara semua kaum. Inilah yang menjadi pembangkang terutamanya Anwar dan Kit Siang yang tidak dapat menerima kejayaan yang dilakukan oleh BN selama ini.Pembangkang cuba meniru model BN dengan menjadikan slogan seperti ‘Ketuanan Rakyat’ dan sebagainya tetapi ia hanya sekadar retotik kosong yang tidak ada apa-apa nilai dan makna. Seperti mana yang dilihat daripadam keputusan PRU13 yang memperlihatkan ‘swing’ atau sokongan besar pengundi Cina terhadap pembangkang,isu rasisme atau perkauman masih membelit pemikiran penyokong-penyokong mereka.Pembangkang tetap tidak dapat mengikis sifat perkauman yang tebal di kalangan pemimpin-pemimpin mereka dan justeru mereka menggunakan kelebihan itu untuk meraih undi.Sifat perkauman inilah yang akhirnya mengguburkan impian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri bersama-sama pembohongannya yang dijaja sekian lama.

RENUNG-RENUNGKAN

8 comments:

Anonymous said...

anwar, tunai kan janji untuk keluar dari politik, banyak sangat penipuan kau pada rakyat Malaysia, kau seorang islam, kau tahu apa yang kau cakap, betul benarnya kau tahu, kenapa harus menipu untuk jadi PM, kau dah lupa allah ke, tolong jangan menipu, kau mesti berundur sebab kau telah berjanji, rakyat makin sedar bahawa ko penipu dan kotor,..

Anonymous said...

anwar is a liar, we all know that

Anonymous said...

letih..letih! PRU dah habis..sudahlah..fed up..fedup!

Aljub lebih baik kau bertaubat, buat amalan, berzikir & ke mekah...

Anonymous said...

Hari ini Anwar menggunakan kepetahan berpidatonya utk menghasut rakyat dgn pelbagai fitnah ciptaannya..dia mungkin terlupa bahawa Allah Maha Kuasa Yg Mentadbir alam ini dan menentukan segalanya...nampaknya Nik Aziz yg boleh menjanjikan syurga dan neraka ,juga boleh menentukan dosa dan pahala pun tak dpt nak tlg menasihatkan Anwar yg kemaruk kuasa ini. Kalau org yg ada masalah moral spt Anwar ini menjadi PM Malaysia, masa depan Malaysia akan jahanam lebih2 lagi dia lah orgnya yg hampir menyerahkan Malaysia kpd IMF tahun 1997 hanya krn mahu merampas kerusi PM dpd Dr Mahathir. Allah masih sayangkan Malaysia...

Anonymous said...

Alhamdulillah,

Allah SWT melindungi Malaysia daripada dipimpin oleh seorang GAY, kaki ZINA, bapak segala rasuah dan penipu besar...yang tak nampak penganut agama PAS sahaja...mereka redho dipimpin oleh kaum Nabi Lut...mereka langsung tidak takut bala Allah SWT menimpa kita semua...

Unknown said...

anwar memang giler, suka buat perhimpunan haram... anwar memang suke yang haram2... berambus je kat eropah tu untuk terus bersyarah..
Malaysia tak rugi ko tak ada....

Anonymous said...

U = U
B = BISEKSUAL
A = ATAU
H = HOMOSEKSUAL?

J = JANTAN
U = UDAH
B = BETINA
U = UDAH AKU
R = ROGOL....hehehehhe.

Anonymous said...

Kalu dengar cerita² PR ni ka..macam cerita orang putih yang banyak konspirasi tu.Semua benda nak dikonspirasinya..ikut PR ka,1 Malaysia ni UMNO yang kontrol,semua wayang,tak dak yang betul..bosan dengan perangai puak² PR ni..dah tak dak modal lain dah kot nak rosakkan negara.

 
 
Blogger Templates