Social Icons

Pages

Tuesday, June 11, 2013

HOT NEWS !!! #BLACKOUT505 !!! ANWAR IBRAHIM MAHU AJAR RAKYAT SUPAYA JADI PEMBERONTAK !!! APA CERITA NI ???


Keputusan kerajaan untuk letakkan Suruhanjaya Pilihan Raya di bawah mengawasan sebuah Jawatankuasa Khas Parlimen membuktikan betapa seriusnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib mahu menepati janji yang dibuat kepada rakyat perihal memastikan ketelusan perjalanan pilihan raya di negara ini.Sekaligus keputusan tersebut juga menandakan kejayaan program transformasi pentadbiran di bawah Perdana Menteri yang ingin mengangkat martabat dan kualiti sistem kerajaan bertaraf dunia.Langkah ini seterusnya menyangkal segala dakwaan pembangkang sebelum ini yang menuduh kerajaan Barisan Nasional memperkudakan SPR bagi memastikan kemenangannya setiap kali tiba pilihan raya. Seperti juga mana-mana jawatankuasa khas parlimen yang ditubuhkan sebelum ini,ia adalah bersifat bipartisan iaitu mempunyai wakil bukan sahaja daripada kalangan ahli parlimen BN tetapi juga pembangkang. 

Mungkin sekali pandang tindakan berani Datuk Seri Najib akan mengundang masalah bagi kerajaan BN tetapi sekiranya ini tidak dilakukan pembangkang akan terus menerus memberikan persepsi buruk dan negatif serta membuat bermacam-macam tuduhan terhadap SPR sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.Keadaan politik negara seterusnya akan terus bergolak dan pembangunan negara di bawah program transformasi akan turut terjejas dengan perbalahan yang berpanjangan.Jawatankuasa khas parlimen tersebut sudah tentunya akan lihat operasi SPR secara keseluruhan demi memantapkan lagi perkhidmatan yang telah dijalankan dengan begitu cemerlang sekali.Segala kelemahan dan lompang-lompang dalam sistem pilihan raya negara ini akan diteliti dengan lebih dekat supaya rakyat akan lebih yakin dengan proses pilihan raya di masa depan.Pembangkang telah banyak membuat dakwaan yang tidak masuk akal dan tidak berasas pasca PRU13 lalu dengan harapan rakyat memberontak menentang kerajaan. Bagaimana pun ini tidak berlaku kerajaan kerana bukan sahaja pemantau pilihan raya dalam dan luar negara telah mengiktiraf ketelusan proses pilihan raya lalu tetapi kerajaan asing juga turut menerima kemenangan BN dengan perasaan gembira dan keyakinan. 

Percubaan Anwar Ibrahim untuk mengheret rakyat dalam siri perhimpunan haram 505 yang dianjurkan nyata gagal untuk membuahkan hasil yang diharapkan beliau.Dalam agenda jahat Anwar,jutaan rakyat akan bangkit dan memenuhi jalan raya untuk menumbangkan kerajaan setelah termakan dengan dakyah beliau mengenai insiden ‘blackout’,pengundi hantu Bangla,undi popular dan penipuan SPR.Namun setelah perhimpunan terakhir di adakan di Dataran Petaling Jaya yang hanya mengumpulkan setakat 5,000 sahaja,Anwar mahu mengadakan ‘finale’ di Kuala Lumpur pada 15 Jun depan.Dengan sengaja tidak mahu mematuhi syarat-syarat Akta Perhimpunan Aman 2012,Anwar mahu mengajar rakyat supaya berani menentang kerajaan walaupun di atas landasan mengingkari undang-undang negara.Anwar mahu mendidik rakyat supaya menjadi pemberontakan tanpa hala tuju semata-mata untuk memenuhi nafsunya terhadap jawatan Perdana Menteri. 

Ini adalah usaha penghabisan beliau dan kemungkinan besar ini juga akan gagal menepati matlamat asal untuk mencetuskan huru hara jalanan seperti yang diharapkan Anwar.Bak kata laporan media pemberontakan ala ‘Arab Spring’ yang mahu dinamakan sebagai ‘Malaysian Spring’ sebenarnya adalah lebih kepada ‘Anwar Spring’.Ini kerana semua yang dilakukan beliau adalah dengan satu tujuan unggul iaitu untuk menaikkannya sebagai Perdana Menteri. Anwar tidak peduli pasal ketelusan proses pilihan raya kerana dulu semasa beliau di dalam kerajaan,pihak pembangkang juga sentiasa membuat pelbagai dakwaan terhadap SPR.Kali ini ketika Anwar memimpin puak pembangkang dan sistem pilihan raya yang sama sejak lebih 50 tahun digunakan,mengapa pula nada beliau bertukar pula ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates