Social Icons

Pages

Saturday, June 29, 2013

HOT NEWS !!! PERLAWANAN AKHIR PIALA FA !!! KEADAAN STADIUM BUKIT JALIL TERKAWAL !!!



STADIUM Nasional Bukit Jalil yang mempunyai kapasiti 100,000 tempat duduk,kini kelihatan seperti lautan merah dan biru apabila puluhan ribu peminat pasukan bola sepak Kelantan dan Johor Darul Takzim (JDT) mula mengisi setiap sudut stadium bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala FA malam ini.Sekalipun perlawanan antara Kelantan dan JDT dijadual bermula 8.45 malam,peminat setia The Red Warriors (TRW) dan Harimau Selatan dilihat berada di pekarangan stadium sejak pukul 10 pagi lagi.

Masing-masing juga membawa sepanduk dan kain rentang yang terpampang kata-kata semangat bagi pasukan kesayangan mereka, yang dianggap gergasi bola sepak tanah air.Dalam pada itu,setakat ini keadaan di pekarangan stadium dalam keadaan terkawal meskipun dilaporkan berlaku kekecohan di pintu masuk Kelantan pada jam 3 petang tadi.


Hasil tinjauan Sinar Harian Online juga,beberapa trak polis diletakkan di hadapan pintu masuk stadium bagi mengawal kedua-dua penyokong.Rata-rata penyokong Kelantan berpakaian serba merah dan penyokong JDT berpakaian biru.

No comments:

 
 
Blogger Templates