Social Icons

Pages

Showing posts with label SUKAN.... Show all posts
Showing posts with label SUKAN.... Show all posts

Thursday, August 18, 2016

FAKTA !!! KEPADA #AZIZULHASNI #TEAMAZIZUL !!! CUBA ANDA LIHAT KEJAYAAN #KHAIRULIDHAMPAWI !!!


sebelum itu saya nak ucapkan tahniah kepada Azizul Hasni,yang menyumbang pingat gangsa kepada negara dalam acara lumba basikal pada temasya Olimpik Rio.Ia satu pencapaian yang membanggakan dan perlu kita akui,beliau banyak berkorban dalam cita-citanya untuk memburu emas pertama negara.Namun,dengan menggunakan kesempatan di atas kejayaan untuk “menyindir” Menteri Besar Terengganu adalah tindakan yang kurang bijak.Untuk rekod,Azizul telah 3 kali dianugerahkan sebagai Anugerah Sukan Terengganu,yang kemudiannya disertai dengan pelbagai inisiatif dari kerajaan negeri.Ini menunjukkan kerajaan negeri sentiasa prihatin kepada anak negeri yang bergelar atlit dan saya pasti,dengan kemenangan pingat gangsa olimpiknya,tidak mungkin mana-mana kerajaan negeri akan berdiam diri tanpa sebarang insentif.

Penjelasan telah dibuat oleh Menteri Besar Terengganu,bahawa beliau tidak tahu menahu tentang perkara yang dibangkitkan oleh Azizul sendiri.Di mana silapnya ??? Mungkin silapnya ada pada tulisan Azizul sendiri yang berbunyi “orang-orang yang sepatutnya memainkan peranan.”.saya tidak pasti,cuma berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan pertemuan empat mata.Itu lebih baik.Dalam saat meraikan kejayaan,pasti akan ada juga ujian.Itu pesanan dari orang lama,yang mungkin berdasarkan pengalamannya,menyaksikan bagaimana kejayaan itu pernah membuatkan orang alpa dan terlupa akan sifat merendah diri,sekaligus menggunakan kesempatan yang ada untuk meremeh-temehkan pihak-pihak lain.Kita perlu akui,kadang-kadang,dalam mengejar sesuatu impian,tidak semua pemudahcara mampu hadir pada saat kita memerlukannya.Yang tinggal hanya harapan,agar terus berusaha dan nikmat kemenangan itulah yang menjadikan perit getir dan liku-liku perjalanan menuju kejayaan itu sangat manis untuk dikenang. 

Sekalipun ada satu dua perkara yang gagal kita miliki sewaktu perjalanan menuju kejayaan itu,sekurang-kurangnya kita masih dikelilingi oleh mereka-mereka yang berusaha untuk membantu,samada dari segi nasihat,kudrat atau wang ringgit sehingga mampu beroleh kejayaan. Teringat pula kata-kata Cik Kiah,adik tiri pada sepupu Long Rani,yang dua pupu kepada Ngah Janggut,contohi sikap Khairul Idham Pawi,yang sekalipun tidak diberikan motorsikal oleh Menteri Besar Perak,namun tetap mampu berdiri di atas podium.Nombor satu !!!

APA KATA ANDA ??? 

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, September 07, 2015

EKSKLUSIF !!! LUAHAN HATI DAN PERASAAN PEMAIN #HARIMAUMALAYA DIDEDAHKAN !!!


“Kalau nak kritik tu boleh tapi jangan sampai melam­pau.” 

Itu luahan bek tengah negara,Amirizdwan Taj Tajuddin selepas menjadi mangsa kritikan tanpa belas kasihan daripada peminat bola sepak tanah air ekoran kekalahan buruk 10-0 yang dialami Harimau Malaya di Emiriyah Arab Bersatu (UAE),minggu lalu.Bagaimanapun,dia tidak me­nyalahkan individu yang ‘mem­belasah’ Harimau Malaya kerana mengakui,pasukan negara telah mencipta sejarah memalukan apabila dibelasah sebegitu teruk.

“Jujurnya saya masih teri­ngatkan peristiwa tersebut.Sudah pasti satu Malaysia kecewa dengan persembahan pasukan negara,tetapi kami lagi kecewa.“Kami bukan saja kecewa,malah kami rasa malu dan sedih.Apa lagi yang boleh kami cakap.Tidak dapat dinafikan kami rasa marah dan kecewa juga de­ngan kritikan keterlaluan yang dilemparkan,tetapi apa boleh buat setiap manusia ada hak untuk bercakap .Cuma saya hendak beritahu kepada mereka, kritik itu boleh tetapi janganlah melampau sangat sehingga melibatkan keluarga.Saya ada terima kritikan secara peribadi daripada peminat,tetapi apa yang kami boleh buat,mahu atau tidak kami terpaksa hadapi semua ini.Kami yang main kami yang kalah kami yang rasa. Nak balik Malaysia pun kami takut,” katanya selepas sesi latihan di Wisma FAM, di sini semalam. 

Skuad Harimau Malaya menca­tat satu sejarah hitam dalam dunia bola sepak negara apabila dimalukan oleh UAE dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Abu Dhabi, Khamis lalu.Kekalahan itu menyusul beberapa bulan selepas dibedil 0-6 oleh Palestin dalam kejohanan yang sama di Bukit Jalil.Tambah Amirizdwan,kekalahan tersebut membuatkan semua pemain terkejut,malah kem skuad kebangsaan berada dalam kea­daan suram.“Kekalahan ini membuatkan pemain sentiasa berfikir.Datuk Ong Kim Swee ada cakap kami sudah mencipta sejarah (kekalahan menentang UAE) dan dia cakap kami boleh cipta satu lagi sejarah sama ada bangkit atau sebaliknya.Saya nampak pemain pamer semangat juang yang tinggi dan kami mahu bangkit kembali daripada kekalahan teruk itu,” katanya. - UM

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, February 12, 2015

BREAKING NEWS !!! HASBULLAH AWANG MENINGGAL DUNIA !!!


Pengulas sukan negara,Datuk Hasbullah Awang dilaporkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dipercayai akibat komplikasi jantung,sebentar tadi.Beliau yang bertugas sebagai pengulas sukan menghembuskan nafas terakhir selepas menerima rawatan di IJN sejak minggu lalu.Allahyarham terkenal sebagai pengulas untuk acara-acara sukan tempatan mahupun luar negara sejak dari tahun 1980.Populariti Allahyarham memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia awal 1990-an dan kini ulasan beliau masih lagi digemari ramai peminat sukan tanah air.Antara yang awal mengucapkan takziah adalah Menteri Belia dan Sukan,Khairy Jamaluddin dalam Twitternya.


“Sedih mendapat berita pemergian 'the voice of Malaysian sports' Datuk Hasbullah Awang sebentar tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat ALLAH SWT,” katanya.


AL-FATIHAH....

Friday, December 19, 2014

BREAKING NEWS !!! #KEVINTAN BUKTIKAN #ULTRASMALAYA BERBILANG KAUM !!!


Kevin Tan adalah antara komrad yang menyertai Ultras Malaya dan sentiasa menyokong pasukan Harimau Malaya.Dia membuktikan Ultras Malaya bukan disertai oleh orang Melayu sahaja,ia adalah milik seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa,bahasa dan agama.Ikuti perkongsian Kevin Tan mengenai bola sepak negara dan Ultras Malaya.Artikel ini dipetik dari The Malay Mail Online,terbitan 14 Disember 2014

1. Sokong dengan bangga sebagai rakyat Malaysia

Apabila anda fikir diri anda adalah Cina,Melayu atau India,bola sepak ini bukan untuk anda.Anda mesti fikirkan Malaysia.Ini negara saya,disinilah kita akan memberi sokongan sepenuhnya apabila pasukan negara bermain di padang.Berdiri dengan bangga.Tidak pernah ada orang bertanya kepada saya kenapa lelaki Cina ini berdiri di antara mereka (Ultras Malaya).Mereka tidak melihat saya dengan pandangan yang berbeza.Jadi mengapa perlu rasa awkward apabila berdiri disebelah mereka.Kita ada di sana (stadium) untuk Malaysia tanpa mempersoalkan bangsa,bahasa atau agama.Kita perlu lihat lebih jauh berbanding warna kulit kita sahaja.

2. Bersatu di bawah satu bendera yang sama, “Brotherhood of Malaysia”

Saya menyertai Ultras Panthers dari Pulang Pinang, tempat kelahiran saya yang tidak akan pernah hilang di hati ini.Kita berdiri teguh dengan bahu ke bahu bersama satu sasaran dan satu tujuan yang sama iaitu memberi sokongan sepenuhnya kepada negeri dan negara kita.Disitulah persaingan (antara negeri) kita berakhir selepas 90 minit masa perlawanan.Tak perlu kisah dari negeri mana kita datang,kerana hal yang lebih utama ialah kita bersatu di bawah satu bendera yang sama,“Brotherhood of Malaysia”.Semangat inilah yang saya nampak pada ahli-ahli Ultras,sekaligus mendorong saya mahu menjadi salah seorang dari mereka.

3. Berdiri teguh hingga ke tiupan wisel terakhir

Saya telah melihat ramai penyokong yang meninggalkan stadium apabila pasukan mereka kalah tetapi Ultras sentiasa berdiri teguh sama ada hujan atau panas,terus beri sokongan kepada pemain dan tidak berputus asa sehinggalah ke tiupan wisel terakhir.Cita-cita kita adalah sama iaitu mengangkat moral pemain-pemain bola sepak.Maka,Ultras melakukan kelainan,kita sentiasa ada bersama mereka (pemain-pemain bola sepak).Itulah yang membuatkan saya mahu menyertai Ultras.Kita adalah orang ke-12 di dalam padang bola sepak.

4. Bola sepak dan politik bukan gelanggang yang sama

Tapi sayang,kita terpalit dengan beberapa kontroversi gara-gara politik dan agama tapi itu tidak akan menjadi sebab untuk kita berhenti dari terus menyokong pasukan negara.Kita perlu meletakkan itu semua di belakang kita kerana bola sepak bukan politik.Anda tidak lihat penyokong-penyokong Barisan Nasional,PAS,DAP,PKR duduk berasingan di dalam stadium bukan ??? Bawalah kembali detik-detik kegemilangan bola sepak Malaysia,maka semua orang Malaysia akan keluar dan memberi sokongan kepada pasukan negara semula.

5. Berfikirlah sebagai orang Malaysia,bukan mengikut bangsa

Bola sepak memiliki kuasa untuk menyatukan orang yang berbeza budaya,bangsa, agama atau bahasa.Maka,kita berharap satu hari nanti,semua orang akan membawa anak-anak mereka ke stadium dan menikmati perlawanan bola sepak ini.Letak ketepi segala perbezaan,ideologi dan sokonglah bola sepak tempatan kita.Ini tidak mudah dilakukan tetapi ianya adalah possible sekiranya semua orang berfikir sebagai orang Malaysia,berbanding Cina,Melayu atau India.

6. Politik dan sukan adalah kombinasi yang sangat bahaya

Saya tidak fikir bola sepak patut dibincangkan di dalam arena yang sama seperti politik.Politik patut dijauhkan dari sukan ini.Tidak patut digunakan bola sepak ini sebagai satu agenda politik.Perlawanan bola sepak ini begitu cantik untuk dicemari dan saya berharap kita boleh mengekalkannya begini.Politik dan sukan adalah kombinasi yang sangat bahaya.

7. Orang Malaysia lebih patriotik tentang bola sepak

Jika kita bercakap tentang bola,maka,saya patut kata orang Malaysia (berbanding orang Singapura) lebih bersifat patriotik.Bayangkan 1,500 Ultras mampu menggelamkan 48,000 penyokong Singapura.Kita lebih tersusun dan dikoreograf.Tetapi Ultras tidak dilahirkan dalam 1 malam,kita perlukan passion,dedikasi dan pengorbanan untuk merealitikannya.Tapi Singapura memang suka bola sepak mereka.Saya lihat perlawanan bola sepak seperti family outing bagi mereka,Bebih bercampur pelbagai bangsa juga.

8. Detik kecintaan pada negara terserlah

Ketika memakai skaf dan warna kebangsaan atau t-shirt Ultras,apa perasaan anda? Rasa sangat bangga.Ini adalah detik rasa kecintaan kepada orang kita sendiri yang menjadi keutamaan.Saya percaya bahawa setiap dari kita,tanpa mengira apa umur kita,latar belakang kita atau kisah kehidupan seharian kita,kita pasti ada sesuatu untuk disumbangkan kepada negara ini.Saya mahu semua orang Malaysia berasa begini.Cinta tiada batasan apabila mencintai negara kita.

9. Rasailah aura kebangkitan sokongan di stadium

Perasaan yang anda rasai apabila bersorak untuk pasukan negara.Jika anda mendengar suara anda sendiri,anda tidak akan ragu-ragu untuk menyampaikan kata-kata sokongan yang mahu disampaikan kepada semua pemain bola sepak.Berlawan hingga ke akhir, “Darah & Maruah demi Malaysia”.Rentak pukulan gendang dan suara-suara rakyat akan mendesak pemain-pemain.Anda akan merasai aura ini di stadium.Seperti kata Ultras,anda tidak akan pernah tahu jika anda bukan salah seorang daripada kami.

10. Bola sepak untuk semua rakyat Malaysia,satu kebanggaan

Lebih ramai orang Cina dan India menyertai Ultras.Ya,tanpa sebarang keraguan.Suka melihat ini suatu hari nanti.Kita akan tidak pedulikan soal warna atau bahasa.Kita semua adalah rakyat Malaysia.Tidak ada sekatan untuk menyertai Ultras,tiada keahlian,tiada langganan bulanan.Hanya sepasang kasut,selendang dan paling penting,suara dan kebanggaan anda.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, December 12, 2014

PIALA #AFFSUZUKI2014 !!! #MALAYSIA #HARIMAUMALAYA MEMBAHAM #VIETNAM !!! VIDEO INSIDE !!!


Pasukan Malaysia mara ke final Piala AFF Suzuki selepas empat tahun dengan mengetepikan tuan rumah,Vietnam secara agregat 5-4 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium My Dinh di Hanoi,Vietnam semalam.Skuad bimbingan Dollah Salleh bangkit meraih kemenangan 4-2 sekaligus melakarkan rekod ketiga mara ke final kejohanan dwi tahunan ini selepas tahun 1996 dan 2010.Selepas mempamerkan aksi tidak kemas di Stadium Shah Alam pada saingan separuh akhir pertama Ahad lalu,skuad Dollah menunjukkan belang di laman lawan melalui Safiq Rahim menjaringkan gol seawal minit keempat permainan melalui sepakan penalti.

Penyerang sensasi,Norshahrul Idlan Talaha yang dikritik kerana gagal menyumbang sebarang gol sebelum ini akhirnya membuktikan sentuhannya masih berbisa dengan menambah gol kedua negara pada minit ke-16.Tensentak dengan dua jaringan itu,Vietnam menyamakan kedudukan agregat 3-3 melalui sepakan penalti pada minit ke-22 oleh Le Cong Vinh.Jaringan sendiri oleh pemain Vietnam Dinh Tien pada minit ke-29 menjadikan Malaysia mendahui dengan jaringan 3-1.Penampilan kapten pasukan Shukor Adan yang tidak beraksi pada Ahad lalu kerana digantung satu permainan memberi nafas baharu aksi baik skuad Harimau Malaya malah turut menjaringkan gol keempat pada babak pertama pada minit ke-44 permainan.

Bersambung ke babak kedua,Vietnam cuba mengatur serangan dengan menguasai posisi bola dan cuba mencari gol penyamaan.Skuad Harimau Malaya dilihat lebih banyak bertahan dan cuba menghalang gerakan pantas pemain-pemain Vietnam daripada menjaringkan gol. Minit ke-68 penjaga gol negara,Farizal Marlias melakukan sedikit kesilapan walaupun cuba mengeluarkan bola sehingga di luar kotak penalti,namun mujurlah kesalahan pemain tuan rumah menyelamatkan kedudukannya. Minit ke-78 Cong Vinh menjaringkan gol kedua Vietnam selepas terlepas daripada benteng pertahanan Malaysia.

Malaysia berjaya mendahului kedudukan 4-2 sehingga tamat permainan.Menunggu Malaysia pada aksi final nanti ialah juara tiga kali, Thailand (1996,2000,2002). Kali terakhir Malaysia bertemu Thailand di pentas akhir pada tahun 1996 yang menyaksikan Thailand menang 1-0 sekaligus menjulang trofi kejohanan buat kali pertama.

Berikut senarai penjaring gol.

Safiq Rahim (p) (MAS)
15′ Norshahrul Idlan Talaha (MAS)
22′,79′ Le Cong Vinh (VIE)
28′ Dinh Tien Thanh (Own Goal) (MAS)
42′ Shukor Adan (MAS)

Pusingan akhir pertama pada 17 Disember manakala aksi timbal balik pada 20 Disember di Kuala Lumpur.untuk aksi-aksi dari mereka kita lihat video di bawah


ADAKAH SEJARAH 2010 AKAN BERULANG SEKALI LAGI ???



KITA SAKSIKAN NANTI !!! 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, December 11, 2014

#AFFSUZUKI !!! KURANG AJAR !!! #ADACHISENJU NI APA HAL ??? SIKIT-SIKIT SALAH #UMNO !!!


apa masalah mamat ni ??? apa kena mengena dengan UMNO ??? tu sukan lahhh bangang,jangan jadi bangang boleh ??? tak boleh kerr bezakan sukan dengan politik ??? patutnya anda menyokong team harimau malaya,bukan kutuk ntah apa-apa.jangan letak otak tu kat lutut.ada faham kahhhh ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, December 03, 2014

EKSKLUSIF !!! #AFFSUZUKI !!! #KEEPERKATMANA ??? VIDEO PENUH PEMAIN #SINGAPURA MENGAMUK DIDEDAHKAN !!!


Topik kemenangan skuad Harimau Malaya ketika menentang Singapura masih lagi hangat diperkatakan sehingga ke hari ini.Cerita yang terbaru,1 video ‘amuk’ salah seorang pemain simpanan skuad Singapura didedahkan dalam youtube.dalam video tersebut,pemain itu dilihat terpaksa ditenangkan pegawai kesihatan dan rakan pasukannya.Dia juga dilihat menendang barang berdekatan akibat amarah yang melampau.Ganas betul pemain singapura ni yekkkk.Apapun,ini lah realiti bolasepak.tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan kerana menyajikan perlawanan yang dianggap berprestasi tinggi dan memuaskan hati kesemua pihak.Ikuti video dibawah untuk menyaksikan kejadian tersebut.


APA KATA ANDA ???


RENUNG-RENUNGKAN

Friday, October 17, 2014

EKSKLUSIF !!! KISAH SEBENAR KENAPA #TMJ SEPAK TIANG BENDERA DIDEDAHKAN !!! VIDEO INSIDE !!!


di bawah adalah video cerita sebenar kenapa TMJ sepak tiang bendera serta temuramah khas TMJ.jom kita saksikan


Selepas tamat perlawanan,kami diperkenan untuk menemuramah DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim,Tunku Mahkota Johor. 

JST : Mohon ampun,Tunku.Kami telah menerima pelbagai maklumbalas daripada para penyokong berkenaan kejadian yang berlaku di bendera penjuru sebentar tadi.Adakah Tunku ingin berkongsi apa-apa berkenaan perkara tersebut? 

DYAM TMJ : Sebelum perlawanan bermula adik saya bertanya bagaimana saya akan meraikan sekiranya kita menang pada malam ini.Saya menjawab, aya tidak tahu,mungkin saya akan buat seperti Ibrahimovic dan menendang bendera penjuru.Itulah yang saya lakukan dan nampaknya saya mendapat lebih perhatian daripada beliau! (ketawa) 

JST : Ampun Tunku,kelihatan juga Tunku mengangkat tangan dan memandang ke atas.Apakah yang Tunku maksudkan dengan perbuatan tersebut? 

DYAM TMJ: Saya memandang ke atas sebagai tanda Allah Maha Besar dan akhirnya,Allah tetap bersama mereka yang benar.

JST : Tunku gembira dengan kemenangan ini?

DYAM TMJ : Tentu sekali,terutamanya setelah segala perkara negatif yang berlaku dalam seminggu setengah yang lepas.Tetapi kelakar bila difikirkan,sesetengah orang yang rendah pemikirannya lebih sibuk hal saya menendang bendera penjuru berbanding dengan kemenangan kita.(ketawa) Rahsia menjadi bijak adalah untuk tahu apa perkara yang patut diabaikan.Kejayaan diukur bukan dengan kedudukan seorang itu dalam hidup, tetapi melihat kepada segala rintangan yang diatasi untuk mencapainya.Tiada apa yang mampu menghalang seseorang yang mempunyai sikap mental yang betul daripada mencapai matlamatnya, dan tiada apa yang mampu menolong orang yang bersikap negatif. Satu azam yang telah saya tetapkan adalah untuk sentiasa bangkit dari hal remeh-temeh.Kita bangkit mengatasi segala perkara negatif dan walaupun ada yang cuba menjatuhkan semangat kita,tetapi kita lebih dirahmati untuk dirisaukan dengan tanggapan orang lain. 

Apabila kita masih berdiri walaupun musuh cuba menjatuhkan,menunjukkan kekuatan kita yang sebenar. Kebencian daripada segelintir yang bermentaliti tak bertamadun tidak menggoyahkan semangat kita mengejar impian.Untuk mencapai impian,apa yang terbaik untuk dilakukan adalah dengan menjaga urusan kita sendiri.Tak perlu merungut dan tak perlu menjelaskan apa-apa. Pernah suatu ketika, seorang wartawan bertanya saya - Bagaimana Tunku berjaya membawa pulang Piala Liga Super ke Johor walaupun baru hanya dua tahun memegang jawatan presiden? Jawapan saya, semasa orang lain sibuk bertanggapan negatif terhadap satu sama lain, saya lebih sibuk berusaha gigih mencapai matlamat dan tidak menjaga tepi kain orang. Mungkin nama kita sangat manis, sebab itulah ianya sentiasa menjadi buah mulut orang. Seperti yang selalu saya katakan... setelah meredah ribut, nikmatilah sinaran mentari.


JANGAN MAIN-MAIN !!!

SAYA PUN ORANG JOHOR TAU !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, July 14, 2014

BREAKING NEWS !!! #GERMANY JULANG TROFI PIALA DUNIA #WORLDCUP2014 #OLABOLA !!!


Pemain gantian, Mario Goetze membawa Jerman menjulang Piala Dunia 2014 apabila jaringannya pada minit 113 di masa tambahan menewaskan Argentina dengan keputusan 1-0 dalam final Piala Dunia di Estadio do Maracana di Rio de Janeiro,Brazil awal pagi tadi.Kemenangan itu juga meletakkan Jerman melakar sejarahnya tersendiri apabila menjadi pasukan Eropah pertama memenangi Piala Dunia di bumi Amerika Selatan dan mengulangi kemenangan ke atas Argentina pada 1990. Jerman yang kali terakhir layak ke final pada Piala Dunia 2002 di Jepun dan Korea Selatan sebelum tewas kepada Brazil dengan jaringan 2-0 kelihatan memulakan aksi dengan begitu berhati-hati sambil Argentina melakukan asakan bertubi-tubi ke pintu gol Jerman.Dibarisi pemain terbaik seperti Lionel Messi di sepak mula,Argentina memiliki barisan pemain terbaik dalam sejarah. Pemenang pemain terbaik dunia sebanyak tiga kali,mensasarkan kemenangan pada hari ini sangat penting buatnya. Bagi Jerman, pasukan yang diketuai Philipp Lahm dan Bastian Schweinsteiger dahagakan kemenangan setelah 20 tahun menanti. 

Aksi pada separuh pertama banyak memperlihatkan serangan-serangan daripada kedua-dua pasukan.Argentina pada satu ketika begitu menguasai permainan dan Gonzalo Higuain memecah kebuntuan dengan menjaringkan gol hantaran Ezequiel Lavezzi namun pembantu pengadil terlebih dahulu mengesan pergerakan 'offside' oleh Higuain.Jerman juga hampir berjaya menembusi gol Argentina apabila tandukan Benedikt Howedes melalui satu sepakan sudut terkena tiang gol dan melantun keluar. Separuh masa kedua dimulakan dengan Argentina membuat serangan bertubi-tubi kearah pintu gol Jerman namun berjaya dikawal oleh pertahanan kental Jerman yang diketuai oleh Philipp Lahm. Peluang terbaik Argentina tiba apabila Lionel Messi hanya berhadapan dengan penjaga gol Jerman,Manuel Neuer melepaskan rembatannya namun percubaannya itu tersasar.Penyerang veteran Jerman,Miroslav Klose akhirnya dikeluarkan dan digantikan dengan Mario Goetze dan kedudukan 0-0 kekal sehingga tamat perlawanan Perlawanan kemudian berlanjutan ke masa tambahan dan penyerang Argentina Rodrigo Palacios yang dimasukkan menggantikan Gonzalo Higuain berdepan peluang keemasan untuk menjaringkan gol namun sekali lagi lambungan bolanya yang melewati Neuer tersasar ke tepi gol.

Namun pada ke 113 masa tambahan, pemain tengah Jerman,Mario Gotze akhirnya berjaya meletakkan Jerman dihadapan dengan jaringan cantik memperdayakan penjaga gol Argentina,Sergio Romero.Kedudukan tersebut kekal hingga tamat perlawanan. Penjaga gol Jerman,Manuel Neuer dianugerahkan ‘Golden Gloves’ sebagai penjaga gol terbaik kejohanan manakala penyerang Argentina, Lionel Messi dianugerahkan ‘Golden Ball’ sebagai pemain terbaik keseluruhan kejohanan. Pemain muda Colombia, James Rodriguez dinobatkan sebagai ‘Penjaring Terbanyak Piala Dunia 2014’ dengan enam gol sepanjang kejohanan itu berlangsung manakala pasukannya iaitu Colombia diberikan ‘Anugerah Fair Play 2014’. 

Dengan kemenangan ini,Jerman kini telah menjadi juara Piala Dunia sebanyak empat kali iaitu pada 1954, 1974, 1990 dan 2014 manakala Argentina kekal sebanyak dua kali iaitu pada kali terakhir dimenangi pada 1986.Piala Dunia yang berikutnya akan berlangsung pada tahun 2018 di Rusia. - Awani 

Sunday, May 25, 2014

#PIALATHOMAS !!! COME ON #MALAYSIA !!! U CAN DO IT !!!


hanya 1 lagi game terakhir untuk memastikan Malaysia membawa Piala Thomas 2014 di india !!! ayuh Rakyat Malaysia !!! beri semangat kepada Liew Darren untuk membawa pulang piala ke Malaysia !!! 

#PIALATHOMAS !!! TAHNIAH DATUK #LEECHONGWEI !!!


Pemain Badminton Negara,Datuk Lee Chong Wei telah memenangi set pertama di perlawanan akhir Piala Thomas di india.



ayuh Rakyat Malaysia kita doakan MALAYSIA menjuarai perlawanan akhir ini sekaligus memegang piala untuk tahun ini.kali terakhir malaysia pegang piala adalah tahun 1992 

Saturday, August 10, 2013

HOT NEWS !!! #BARCELONAFC MENEWASKAN #MALAYSIA 3-1 !!! #LUASKANKUASAMU !!!


Barcelona FC menewaskan Malaysia XI 3-1 dalam perlawanan persahabatan sempena siri Jelajah Asia 2013/2014 di Stadium Shah Alam,di sini,sebentar tadi.Perlawanan dikejutkan dengan jaringan pembukaan oleh Harimau Malaya hasil rembatan kencang Amri Yahya pada minit ke-17.

Namun kegembiraan anak buah Rajagobal tidak bertahan lama apabila Barcelona menyumbat gol penyamaan menerusi tandukan Cesc Fabregas pada minit ke-31 dan jaringan Neymar Jr minit ke-43.Ia disusuli jaringan mudah oleh Gerard Pique pada minit ke-75.

Barcelona FC,terkenal dengan panggilan Los Blaugrana memulakan Jelajah Asia 2013/2014 dengan menumpaskan pasukan kebangsaan Thailand,7-1 di Stadium Nasional Rajagamangala di Bangkok,Rabu lalu.Barcelona menamatkan siri jelajah itu dengan menentang Malaysia sebelum pulang bagi menghadapi musim baru Liga Primera Sepanyol yang dijangka bermula pada 17 Ogos. - BH

TAHNIAH MALAYSIA !!!

WALAUPUN KALAH TAPI PERMAINAN YANG DITUNJUKKAN AMAT MENGKAGUM KAN !!!

HOT NEWS !!! MALAYSIA VS BARCELONA FC !!! TUKAR STADIUM !!! INI JAWAPAN @KHAIRYKJ !!!


Pemilihan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai venue asal perlawanan Malaysia XI menentang kelab tersohor Sepanyol,Barcelona FC ditentukan oleh pihak penganjur dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menjelaskan demikian berhubung pertukaran venue ke Stadium Shah Alam pada saat-saat akhir kerana keadaan padang Stadium Bukit Jalil ‘yang tidak mengizinkan’.

Beliau juga mengakui tidak berpuas hati dengan keadaan padang SNBJ selepas kali pertama melawatnya dalam masa sebulan selepas dilantik sebagai menteri.

“Saya juga telah mengarahkan Perbadanan Stadium Malaysia untuk menutup SNBJ pada Oktober selepas perlawanan akhir Piala Malaysia selama enam bulan untuk membolehkan kerja-kerja menggantikan padang kerana padang lama tidak boleh diselamatkan.Keputusan saya mendapat liputan luas dalam media arus perdana dan media sosial,’ katanya di laman Facebook beliau.

Penukaran lokasi perlawanan yang akan diadakan jam 8.45 malam ini telah disahkan oleh Pengarah Urusan BSC Soccer Malaysia Effendi Jagan Abdullah.Khairy menerusi posting di facebooknya bersimpati dengan ribuan penyokong yang terpaksa mengubah perancangan mereka malam ini.

Ditanya mengapa stadium itu tidak ditutup lebih awal,Khairy berkata,beberapa penganjur telah membuat segala persiapan acara yang akan diadakan di stadium itu termasuk beberapa konsert,selain keputusan FAM yang tetap mahu mengadakan perlawanan akhir Piala Malaysia di situ.

Beliau juga memaklumkan bahawa Lembaga Perbadanan Stadium Malaysia telah mengadakan mesyuarat beberapa minggu yang lepas untuk menentukan prosedur tender bagi kerja-kerja menggantikan padang baharu. – Bernama

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, July 08, 2013

HOT NEWS !!! KENYATAAN MENTERI BELIA DAN SUKAN @KHAIRYKJ MENGENAI KES TUDUHAN ROGOL DI #SUKMAXVI SUKAN MALAYSIA 2013 DIDEDAHKAN !!!


Saya memandang serius tentang tuduhan kejadiaan rogol yang berlaku di perkampungan sukan Kolej Kedua UPM semasa temasya Sukan Malaysia ini berlansung.Sebagai Menteri yang bertanggungjawab ke atas perjalanan Sukan Malaysia,sudah tentu saya merasa amat sedih dan dukacita kerana kejadian ini telah mencacatkan temasya ini yang telah berlangsung dengan baik sekali tanpa menghadapi sebarang masalah yang besar.Ini adalah kali pertama insiden ini berlaku dalam sejarah pengelolaan Sukan Malaysia bermula pada tahun 1986 yang lalu.Jawatankuasa Pengelola memangnya mengadakan kawalan yang begitu ketat di tempat penginapan peserta.Kerjasama daripada pihak PDRM digunakan untuk menjaga aspek ini manakala Unit Keselamatan UPM juga turut digunakan.Prosedur penempatan adalah mengikut prosedur UPM sendiri dan mereka amat ketat dalam mengawal penempatan terutama dalam memisahkan blok asrama lelaki dan wanita.Pengawal dan anggota polis sentiasa membuat rondaan kawasan terutama di sebelah malam tetapi ianya tidak meliputi dalam kawasan asrama kerana ianya adalah tanggungjawab anggota kontinjen sendiri kecuali sekiranya ada laporan yang dibuat yang memerlukan pihak polis memasukinya.Tanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan disiplin kontingen pada setiap masa terutamanya di blok-blok penginalan adalah di bawah kontinjen itu sendiri.Oleh kerana itulah,setiap pasukan mempunyai pegawai-pegawai terdiri daripada pengurus,penolong pengurus,chaperon,jurulatih dan sebagainya. 

Mereka bertanggung jawab penuh kepada anggota pasukan mereka termasuk hal-hal keselamatan dan disiplin. Kes ini telah dilaporkan kepada polis dan ianya adalah di bawah siasatan polis sekarang ini.Semua ketiga-tiga yang terlibat iaitu atlet daripada pasukan bola baling lelaki Wilayah Persekutuan telahpun ditangkap dan masih berada di dalam tahanan reman. Buat masa ini kita masih menunggu keputusan siasatan.Walau bagaimanapun,oleh kerana atlet ini merupakan atlet daripada Wilayah Persekutuan yang berada di bawah tanggungjawab Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP),saya telah mengarahkan Dato' Seri Zolkples,Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN),untuk minta tindakan awal diambil dan mencadangkan supaya ketiga-tiga atlet ini digantung dahulu semasa siasatan berlangsung dan tindakan lanjut akan diambil selepas siasatan dijalankan.Saranan yang sama telah saya sampaikan pada Persekutuan Bola Baling Malaysia.Kejadian tersebut didahului dengan satu lagi insiden yang melanggar disiplin dan juga tataetika Sukan Malaysia yakni beberapa atlet dan pegawai daripada pasukan bola baling lelaki Wilayah Persekutuan telah membawa masuk minuman keras kedalam UPM yang menjadi perkampungan Sukan Malaysia. Mereka ini telah minum minuman tersebut di Gelanggang bola keranjang Kolej Kedua UPM.Saya memandang serius perkara ini dan juga telah minta MSWP dan Persekutuan Bola Baling Malaysia untuk gantung semua yang terlibat.Disamping itu,saya telah mengarahkan MSN untuk membuat satu post-mortem dengan segera supaya kejadian-kejadian tersebut tidak berulang pada mana-mana temsya kebangsaan akan datang.

Saturday, June 29, 2013

HOT NEWS !!! #PIALAFA !!! #KELANTAN MEMBELASAH #JDT 1-0 !!!

    grey Keputusan Final Piala FA Malaysia Sepanjang Zaman

kelantan membelasah JDT dengan 1 berbalas 0.tahukah anda keputusan final piala FA dari tahun 1990 sampai 2013 ??? saya menyediakan Keputusan final piala FA malaysia sepanjang zaman buat peminat-peminat bola sepak malaysia khas untuk pembaca Badut Rakyat.bila orang tanya berapa kali dah kelantan menang sepanjang piala FA malaysia ??? 

Jadi anda sudah ada jawapan dengan membaca artikel ini.Tahniah buat Kelantan Juara Piala FA 2013.Bagi Johor Darul Takzim boleh cuba lagi untuk perlawanan yang seterusnya.

Keputusan Final Piala FA Malaysia 2013

TahunJuaraNaib JuaraJaringan
2013Kelantan Johor Darul Takzim1-0
2012Kelantan Sime Darby1-0
2011Terengganu Kelantan2-1
2010Negeri Sembilan Kedah1-1 SMT (5-4 penalti)
2009Selangor Kelantan1-1 SMT (4-1 penalti)
2008Kedah Selangor3-2
2007Kedah Perlis0-0 SMT (4-2 penalti)
2006Pahang Perlis0-0 SMT (4-2 penalti)
2005Selangor Perak4-2
2004Perak Terengganu3-0
2003Negeri Sembilan Perlis2-1
2002Pulau Pinang Perak1-0
2001Selangor Sarawak1-0
2000Terengganu Pulau Pinang1-1 SMT (4-3 penalti)
1999Kuala Lumpur Terengganu0-0 SMT (5-3 penalti)
1998Johor Sabah1-0
1997Selangor Pulau Pinang1-0
1996Kedah Sarawak1-0
1995Sabah Pahang3-1
1994Kuala Lumpur Sabah3-1
1993Kuala Lumpur Sabah2-1
1992Sarawak Kuala Lumpur2-1
1991Selangor Perak1-0
1990Perak Selangor4-2

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! PERLAWANAN AKHIR PIALA FA !!! KEADAAN STADIUM BUKIT JALIL TERKAWAL !!!



STADIUM Nasional Bukit Jalil yang mempunyai kapasiti 100,000 tempat duduk,kini kelihatan seperti lautan merah dan biru apabila puluhan ribu peminat pasukan bola sepak Kelantan dan Johor Darul Takzim (JDT) mula mengisi setiap sudut stadium bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala FA malam ini.Sekalipun perlawanan antara Kelantan dan JDT dijadual bermula 8.45 malam,peminat setia The Red Warriors (TRW) dan Harimau Selatan dilihat berada di pekarangan stadium sejak pukul 10 pagi lagi.

Masing-masing juga membawa sepanduk dan kain rentang yang terpampang kata-kata semangat bagi pasukan kesayangan mereka, yang dianggap gergasi bola sepak tanah air.Dalam pada itu,setakat ini keadaan di pekarangan stadium dalam keadaan terkawal meskipun dilaporkan berlaku kekecohan di pintu masuk Kelantan pada jam 3 petang tadi.


Hasil tinjauan Sinar Harian Online juga,beberapa trak polis diletakkan di hadapan pintu masuk stadium bagi mengawal kedua-dua penyokong.Rata-rata penyokong Kelantan berpakaian serba merah dan penyokong JDT berpakaian biru.

Tuesday, January 29, 2013

HOT NEWS !!! LAGENDA BADMINTON NEGARA DATUK EDDY CHONG MENINGGAL DUNIA !!! TAKZIAH DARI BR !!!


Legenda badminton negara yang pernah menjuarai perseorangan All-England sebanyak empat kali,Datuk Eddy Choong,meninggal dunia akibat sakit tua di Pulau Pinang hari ini.Choong,83,menghembuskan nafas terakhirnya di pusat pakar Loy Guan Lye,Pulau Pinang kira-kira pukul 3.00 petang selepas dimasukkan ke pusat perubatan swasta berkenaan sejak seminggu lepas.Kematian Choong disahkan Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Kenny Goh yang dimaklumkan mengenainya oleh ahli keluarga mendiang.

"Saya terkejut mendengar berita ini dan ia satu kehilangan besar buat BAM dan saya mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Selain menjadi juara empat kali acara perseorangan lelaki Kejohanan All-England edisi 1953,1954,1956 dan 1957 mendiang juga adalah ahli pasukan Piala Thomas Malaya pada 1955 yang berjaya mempertahankan gelaran berpasukan dunia itu. Pada 1958 pasukan itu tumpas kepada Indonesia. - Bernama

TAKZIAH KEPADA KELUARGA MENDIANG EDDY CHONG...

Thursday, December 13, 2012

HOT NEWS !!! HARIMAU MALAYA TERIMA LAYANAN BURUK !!! APA CERITA NI ???


Layanan buruk yang diterima oleh pasukan Malaysia pada sesi latihan semalam tidak akan melemahkan semangat pemain negara apabila menghadapi Thailand pada saingan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2012 di sini,esok,kata ketua jurulatih Datuk K. Rajagobal.Beliau berkata skuad Malaysia,yang digelar Harimau Malaya,perlu memikirkan secara positif dan berazam memenangi perlawanan esok,sebagai laluan untuk mempertahankan kejuaraan yang dicapai pada 2010. 

“Ia memang satu perlawanan yang sukar tetapi tiada apa yang mustahil,” katanya pada sidang media pra perlawanan di hotel penginapan pasukan di sini hari ini.Rajagobal berkata sesi latihan tidak berjalan lancar selepas tuan rumah menyediakan padang yang kurang sempurna di mana pengurus pasukan Datuk Seri Subahan Kamal menyifatkannya sebagai ‘bendang’ kerana ia telah dibanjiri.Beliau berkata mana-mana jurulatih ingin melihat latihan pasukan mereka berjalan lancar tetapi peluang itu dinafikan semalam.Jurulatih itu berkata pasukannya akan bermain bermati-matian untuk menang dan bukan semata-mata mencari keputusan seri esok.Thailand dan Malaysia terikat 1-1 pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur, Ahad lepas.Mengikut format perlawanan Piala AFF Suzuki,keputusan seri tanpa jaringan esok akan menafikan Malaysia peluang ke final manakala seri 1-1 akan memaksa perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan.Manakala keputusan seri 2-2 akan menjamin laluan Malaysia ke final.

Sementara itu,jurulatih Thailand,Winfried Schaefer yakin persembahan pasukannya tidak akan terganggu dengan larangan beliau berada di bangku simpanan di Stadium Supachalasai di sini esok.Schaefer,yang dibuang padang oleh pengadil pada aksi separuh akhir pertama,mempertahankan tindakannya dengan mendakwa beliau menjerit untuk memberi arahan kepada pemainnya dan bukan memarahi pegawai perlawanan.Dalam pada itu,pengurus pasukan Harimau Malaya,Datuk Seri Subahan Kamal,berkata Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) telah memohon maaf kepada pasukan Malaysia atas kemudahan padang latihan diberikan semalam.Pasukan teknikal AFF yang memeriksa padang latihan itu tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan sebaiknya sebelum membenarkan padang itu digunakan untuk sesi latihan skuad Malaysia. - Bernama

Monday, December 10, 2012

HOT NEWS !!! LAPORAN PENUH PIALA AFF SUZUKI !!! MALAYSIA SERI 1 GOL DENGAN THAILAND !!!


Malaysia gagal memanfaatkan peluang terbaik beraksi di halaman sendiri apabila seri 1-1 menentang Thailand pada separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil,di sini Ahad malam.Keputusan itu ternyata menyaksikan anak buah Datuk K. Rajagobal berdepan tugas sukar apabila kedua-dua pasukan bertemu pada separuh akhir kedua di Stadium Supachalasai di Bangkok pada Khamis ini. Malaysia, juara bertahan,bermula garang di awal babak permainan dengan asakan ke kubu pertahanan Thailand namun ketumpulan jentera serangan menafikan peluang yang terhidang.Sebaliknya,Thailand yang sekali-kala melancarkan serangan ke arah pintu gol tuan rumah hampir memecah kebuntuan pada minit ke-19 apabila sepakan kencang Phichitphong Choeichiu dari luar kotak penalti berjaya ditepis keluar Mohd Farizal Marlias. Tersentak dengan percubaan tersebut, pemain Harimau Malaya kembali mengatur serangan dan hasil hantaran silang Mohd Bunyamin Omar,gagal ditanduk kemas Azammuddin Mohd Akil pada minit ke-20. Malaysia berpeluang berada di hadapan pada minit ke-32 namun kuisan Baddrol Bakthiar menerusi sepakan sudut Safiq Rahim berjaya ditampan keluar penjaga gol Thailand,Kawin Thamsatchanan. 

Seminit kemudian giliran Safiq pula mengancam pintu gol lawan tetapi sepakan percumanya ditepis keluar penjaga gawang Thailand untuk kedudukan tanpa jaringan pada separuh masa pertama. Tiga minit selepas permainan bersambung,Norshahrul Idlan Talaha kembali menemui rentak pemusnah apabila menanduk masuk gol pertama Harimau Malaya hasil hantaran silang Mahali Jasuli.Ketinggalan satu gol,skuad Gajah Putih mengasak pintu gol tuan rumah namun benteng pertahanan Malaysia kebal daripada dibolosi. Norshahrul, pemain paling bernilai, hampir menggandakan jaringan pada minit ke-63 selepas berjaya mengelecek pertahanan Thailand namun sepakannya dalam kotak penalti sedikit tersasar. Thailand hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-66 apabila rembatan kencang pemain gantian Apipoo Suntornpanavej ditepis keluar oleh Mohd Farizal untuk sepakan sudut.Pasukan pelawat akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-79 menerusi penyerang berbisa mereka, Teerasil Dangda yang menanduk masuk bola hasil umpaman rakan sepasukan untuk menewaskan Mohd Farizal. Kelantangan jurulatih Thailand,Winfried Anton Schafer yang sering membantah keputusan pengadil akhirnya membawa padah padanya apabila beliau diarah meninggalkan padang pada minit ke-81.Kesempatan itu digunakan sepenuhnya pasukan Malaysia untuk merencanakan gerakan dan Safee Sali yang masuk menggantikan Amar Rohidan hampir meletakkan Malaysia di hadapan pada minit ke-87 namun tandukannya ditepis keluar penjaga gol Thailand.Pada babak-babak akhir permainan,Malaysia mengatur serangan bertali arus ke kubu Thailand namun peluang yang ada disia-siakan untuk kedudukan tersebut kekal sehingga tamat permainan.- Bernama

Friday, November 30, 2012

HOT NEWS !!! MANA JANJI ANDA ???


MANA JANJI ANDA ???

LAIN KALI JANGAN KATA MACAM TU !!! 

BIASALAH,ADAT PERMAINAN BOLA !!! 

ADA YANG MENANG DAN ADA YANG KALAH !!! 

 RENUNG-RENUNGKAN
 
 
Blogger Templates