Social Icons

Pages

Monday, September 07, 2015

EKSKLUSIF !!! LUAHAN HATI DAN PERASAAN PEMAIN #HARIMAUMALAYA DIDEDAHKAN !!!


“Kalau nak kritik tu boleh tapi jangan sampai melam­pau.” 

Itu luahan bek tengah negara,Amirizdwan Taj Tajuddin selepas menjadi mangsa kritikan tanpa belas kasihan daripada peminat bola sepak tanah air ekoran kekalahan buruk 10-0 yang dialami Harimau Malaya di Emiriyah Arab Bersatu (UAE),minggu lalu.Bagaimanapun,dia tidak me­nyalahkan individu yang ‘mem­belasah’ Harimau Malaya kerana mengakui,pasukan negara telah mencipta sejarah memalukan apabila dibelasah sebegitu teruk.

“Jujurnya saya masih teri­ngatkan peristiwa tersebut.Sudah pasti satu Malaysia kecewa dengan persembahan pasukan negara,tetapi kami lagi kecewa.“Kami bukan saja kecewa,malah kami rasa malu dan sedih.Apa lagi yang boleh kami cakap.Tidak dapat dinafikan kami rasa marah dan kecewa juga de­ngan kritikan keterlaluan yang dilemparkan,tetapi apa boleh buat setiap manusia ada hak untuk bercakap .Cuma saya hendak beritahu kepada mereka, kritik itu boleh tetapi janganlah melampau sangat sehingga melibatkan keluarga.Saya ada terima kritikan secara peribadi daripada peminat,tetapi apa yang kami boleh buat,mahu atau tidak kami terpaksa hadapi semua ini.Kami yang main kami yang kalah kami yang rasa. Nak balik Malaysia pun kami takut,” katanya selepas sesi latihan di Wisma FAM, di sini semalam. 

Skuad Harimau Malaya menca­tat satu sejarah hitam dalam dunia bola sepak negara apabila dimalukan oleh UAE dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Abu Dhabi, Khamis lalu.Kekalahan itu menyusul beberapa bulan selepas dibedil 0-6 oleh Palestin dalam kejohanan yang sama di Bukit Jalil.Tambah Amirizdwan,kekalahan tersebut membuatkan semua pemain terkejut,malah kem skuad kebangsaan berada dalam kea­daan suram.“Kekalahan ini membuatkan pemain sentiasa berfikir.Datuk Ong Kim Swee ada cakap kami sudah mencipta sejarah (kekalahan menentang UAE) dan dia cakap kami boleh cipta satu lagi sejarah sama ada bangkit atau sebaliknya.Saya nampak pemain pamer semangat juang yang tinggi dan kami mahu bangkit kembali daripada kekalahan teruk itu,” katanya. - UM

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

Secara jujur apabila melihat ranking team Malaysia dipersada dunia sudah cukup menggambarkan keadaan sebenar apakah usaha(effort) FAM untuk meningkatkan mutu b/sepak negara? Kedua rata-rata pemain senior yang mewakili negara tidak mencapai taraf kelas setanding pemain Asia apatah lagi dunia. Sedangkan apakah yang terjadi pada senario bolasepak negara adalah perubahan terhadap penyokong bolasepak yang semakin terkehadapan. Banyak kemajuan atau perubahan yang telah ditunjukkan olep penonton/penyokong bolasepak negara terutama dari segi semangat dan method sokongan terhadap negara dengan memberi komitmen sokongan padu dan terus menyokong sehingga ke wisel penamat. Jadi En. Amiridzuan Taj Tajuddin selaku orang yang bertanggungjawab memikul kekalahan besar seharusnya menerima kenyataan bahawa bolasepak hari ini adalah berkisar kepada prestij dan persembahan.

Rafrash said...

Begitulah bila pemain Bolasepak Malaysia ni di manjakan sangat. Pemain kita kena lihat kenapa Jepun dan Korea sangat jauh meninggalkan Malaysia. Disiplin, semangat juang yang tinggi, berani , mental yang kuat dan dedikasi. Pasukan Vietnam mempunyai sifat-sifat ini lebih dari pasukan Malaysia. Sebab itulah kita tidak mampu menang dengan mereka walaupun mereka baru saja keluar dari kancah peperangan. Pemain kita kena lihat macam mana mereka masa latihan. Kalau pemain kita masih di tahap budak sekolah rendah yang perlu dimanja, jurulatih sehebat mana pun bolasepak Malaysia tak akan ke mana.
Kalau 'passing' bola pun tidak tepat, 'striker' pun macam budak tadika bagaimana jurulatih boleh bawa pasukan yang sedikit boleh disegani. Kenapa kendalian asas pun kita tak ada kualiti? Disebabkan tekanan?
Apakah pemain kita sekarang seperti budak-budak sekolah? Bila dimarahi guru, dah mula panggil ibu bapa dan diugut kemahkamah pula. Kalau mentaliti sebegini lebih baik Malaysia jangan ada pasukan bolasepak.

 
 
Blogger Templates