Social Icons

Pages

Thursday, August 18, 2016

FAKTA !!! KEPADA #AZIZULHASNI #TEAMAZIZUL !!! CUBA ANDA LIHAT KEJAYAAN #KHAIRULIDHAMPAWI !!!


sebelum itu saya nak ucapkan tahniah kepada Azizul Hasni,yang menyumbang pingat gangsa kepada negara dalam acara lumba basikal pada temasya Olimpik Rio.Ia satu pencapaian yang membanggakan dan perlu kita akui,beliau banyak berkorban dalam cita-citanya untuk memburu emas pertama negara.Namun,dengan menggunakan kesempatan di atas kejayaan untuk “menyindir” Menteri Besar Terengganu adalah tindakan yang kurang bijak.Untuk rekod,Azizul telah 3 kali dianugerahkan sebagai Anugerah Sukan Terengganu,yang kemudiannya disertai dengan pelbagai inisiatif dari kerajaan negeri.Ini menunjukkan kerajaan negeri sentiasa prihatin kepada anak negeri yang bergelar atlit dan saya pasti,dengan kemenangan pingat gangsa olimpiknya,tidak mungkin mana-mana kerajaan negeri akan berdiam diri tanpa sebarang insentif.

Penjelasan telah dibuat oleh Menteri Besar Terengganu,bahawa beliau tidak tahu menahu tentang perkara yang dibangkitkan oleh Azizul sendiri.Di mana silapnya ??? Mungkin silapnya ada pada tulisan Azizul sendiri yang berbunyi “orang-orang yang sepatutnya memainkan peranan.”.saya tidak pasti,cuma berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan pertemuan empat mata.Itu lebih baik.Dalam saat meraikan kejayaan,pasti akan ada juga ujian.Itu pesanan dari orang lama,yang mungkin berdasarkan pengalamannya,menyaksikan bagaimana kejayaan itu pernah membuatkan orang alpa dan terlupa akan sifat merendah diri,sekaligus menggunakan kesempatan yang ada untuk meremeh-temehkan pihak-pihak lain.Kita perlu akui,kadang-kadang,dalam mengejar sesuatu impian,tidak semua pemudahcara mampu hadir pada saat kita memerlukannya.Yang tinggal hanya harapan,agar terus berusaha dan nikmat kemenangan itulah yang menjadikan perit getir dan liku-liku perjalanan menuju kejayaan itu sangat manis untuk dikenang. 

Sekalipun ada satu dua perkara yang gagal kita miliki sewaktu perjalanan menuju kejayaan itu,sekurang-kurangnya kita masih dikelilingi oleh mereka-mereka yang berusaha untuk membantu,samada dari segi nasihat,kudrat atau wang ringgit sehingga mampu beroleh kejayaan. Teringat pula kata-kata Cik Kiah,adik tiri pada sepupu Long Rani,yang dua pupu kepada Ngah Janggut,contohi sikap Khairul Idham Pawi,yang sekalipun tidak diberikan motorsikal oleh Menteri Besar Perak,namun tetap mampu berdiri di atas podium.Nombor satu !!!

APA KATA ANDA ??? 

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates