Layanan buruk yang diterima oleh pasukan Malaysia pada sesi latihan semalam tidak akan melemahkan semangat pemain negara
apabila menghadapi Thailand pada saingan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki
2012 di sini,esok,kata ketua jurulatih Datuk K. Rajagobal.Beliau berkata skuad Malaysia,yang digelar Harimau Malaya,perlu memikirkan
secara positif dan berazam memenangi perlawanan esok,sebagai laluan untuk
mempertahankan kejuaraan yang dicapai pada 2010.
“Ia memang satu perlawanan yang sukar tetapi tiada apa yang mustahil,”
katanya pada sidang media pra perlawanan di hotel penginapan pasukan di sini
hari ini.Rajagobal berkata sesi latihan tidak berjalan lancar selepas tuan rumah
menyediakan padang yang kurang sempurna di mana pengurus pasukan Datuk Seri
Subahan Kamal menyifatkannya sebagai ‘bendang’ kerana ia telah dibanjiri.Beliau berkata mana-mana jurulatih ingin melihat latihan pasukan mereka
berjalan lancar tetapi peluang itu dinafikan semalam.Jurulatih itu berkata pasukannya akan bermain bermati-matian untuk menang
dan bukan semata-mata mencari keputusan seri esok.Thailand dan Malaysia terikat 1-1 pada perlawanan separuh akhir pertama di
Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur, Ahad lepas.Mengikut format perlawanan Piala AFF Suzuki,keputusan seri tanpa jaringan
esok akan menafikan Malaysia peluang ke final manakala seri 1-1 akan memaksa
perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan.Manakala keputusan seri 2-2 akan menjamin laluan Malaysia ke final.
Sementara itu,jurulatih Thailand,Winfried Schaefer yakin persembahan
pasukannya tidak akan terganggu dengan larangan beliau berada di bangku simpanan
di Stadium Supachalasai di sini esok.Schaefer,yang dibuang padang oleh pengadil pada aksi separuh akhir pertama,mempertahankan tindakannya dengan mendakwa beliau menjerit untuk memberi arahan
kepada pemainnya dan bukan memarahi pegawai perlawanan.Dalam pada itu,pengurus pasukan Harimau Malaya,Datuk Seri Subahan Kamal,berkata Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) telah memohon maaf kepada pasukan
Malaysia atas kemudahan padang latihan diberikan semalam.Pasukan teknikal AFF yang memeriksa padang latihan itu tidak menjalankan
tanggungjawab mereka dengan sebaiknya sebelum membenarkan padang itu digunakan
untuk sesi latihan skuad Malaysia. - Bernama
No comments:
Post a Comment