Social Icons

Pages

Friday, December 19, 2014

BREAKING NEWS !!! #KEVINTAN BUKTIKAN #ULTRASMALAYA BERBILANG KAUM !!!


Kevin Tan adalah antara komrad yang menyertai Ultras Malaya dan sentiasa menyokong pasukan Harimau Malaya.Dia membuktikan Ultras Malaya bukan disertai oleh orang Melayu sahaja,ia adalah milik seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa,bahasa dan agama.Ikuti perkongsian Kevin Tan mengenai bola sepak negara dan Ultras Malaya.Artikel ini dipetik dari The Malay Mail Online,terbitan 14 Disember 2014

1. Sokong dengan bangga sebagai rakyat Malaysia

Apabila anda fikir diri anda adalah Cina,Melayu atau India,bola sepak ini bukan untuk anda.Anda mesti fikirkan Malaysia.Ini negara saya,disinilah kita akan memberi sokongan sepenuhnya apabila pasukan negara bermain di padang.Berdiri dengan bangga.Tidak pernah ada orang bertanya kepada saya kenapa lelaki Cina ini berdiri di antara mereka (Ultras Malaya).Mereka tidak melihat saya dengan pandangan yang berbeza.Jadi mengapa perlu rasa awkward apabila berdiri disebelah mereka.Kita ada di sana (stadium) untuk Malaysia tanpa mempersoalkan bangsa,bahasa atau agama.Kita perlu lihat lebih jauh berbanding warna kulit kita sahaja.

2. Bersatu di bawah satu bendera yang sama, “Brotherhood of Malaysia”

Saya menyertai Ultras Panthers dari Pulang Pinang, tempat kelahiran saya yang tidak akan pernah hilang di hati ini.Kita berdiri teguh dengan bahu ke bahu bersama satu sasaran dan satu tujuan yang sama iaitu memberi sokongan sepenuhnya kepada negeri dan negara kita.Disitulah persaingan (antara negeri) kita berakhir selepas 90 minit masa perlawanan.Tak perlu kisah dari negeri mana kita datang,kerana hal yang lebih utama ialah kita bersatu di bawah satu bendera yang sama,“Brotherhood of Malaysia”.Semangat inilah yang saya nampak pada ahli-ahli Ultras,sekaligus mendorong saya mahu menjadi salah seorang dari mereka.

3. Berdiri teguh hingga ke tiupan wisel terakhir

Saya telah melihat ramai penyokong yang meninggalkan stadium apabila pasukan mereka kalah tetapi Ultras sentiasa berdiri teguh sama ada hujan atau panas,terus beri sokongan kepada pemain dan tidak berputus asa sehinggalah ke tiupan wisel terakhir.Cita-cita kita adalah sama iaitu mengangkat moral pemain-pemain bola sepak.Maka,Ultras melakukan kelainan,kita sentiasa ada bersama mereka (pemain-pemain bola sepak).Itulah yang membuatkan saya mahu menyertai Ultras.Kita adalah orang ke-12 di dalam padang bola sepak.

4. Bola sepak dan politik bukan gelanggang yang sama

Tapi sayang,kita terpalit dengan beberapa kontroversi gara-gara politik dan agama tapi itu tidak akan menjadi sebab untuk kita berhenti dari terus menyokong pasukan negara.Kita perlu meletakkan itu semua di belakang kita kerana bola sepak bukan politik.Anda tidak lihat penyokong-penyokong Barisan Nasional,PAS,DAP,PKR duduk berasingan di dalam stadium bukan ??? Bawalah kembali detik-detik kegemilangan bola sepak Malaysia,maka semua orang Malaysia akan keluar dan memberi sokongan kepada pasukan negara semula.

5. Berfikirlah sebagai orang Malaysia,bukan mengikut bangsa

Bola sepak memiliki kuasa untuk menyatukan orang yang berbeza budaya,bangsa, agama atau bahasa.Maka,kita berharap satu hari nanti,semua orang akan membawa anak-anak mereka ke stadium dan menikmati perlawanan bola sepak ini.Letak ketepi segala perbezaan,ideologi dan sokonglah bola sepak tempatan kita.Ini tidak mudah dilakukan tetapi ianya adalah possible sekiranya semua orang berfikir sebagai orang Malaysia,berbanding Cina,Melayu atau India.

6. Politik dan sukan adalah kombinasi yang sangat bahaya

Saya tidak fikir bola sepak patut dibincangkan di dalam arena yang sama seperti politik.Politik patut dijauhkan dari sukan ini.Tidak patut digunakan bola sepak ini sebagai satu agenda politik.Perlawanan bola sepak ini begitu cantik untuk dicemari dan saya berharap kita boleh mengekalkannya begini.Politik dan sukan adalah kombinasi yang sangat bahaya.

7. Orang Malaysia lebih patriotik tentang bola sepak

Jika kita bercakap tentang bola,maka,saya patut kata orang Malaysia (berbanding orang Singapura) lebih bersifat patriotik.Bayangkan 1,500 Ultras mampu menggelamkan 48,000 penyokong Singapura.Kita lebih tersusun dan dikoreograf.Tetapi Ultras tidak dilahirkan dalam 1 malam,kita perlukan passion,dedikasi dan pengorbanan untuk merealitikannya.Tapi Singapura memang suka bola sepak mereka.Saya lihat perlawanan bola sepak seperti family outing bagi mereka,Bebih bercampur pelbagai bangsa juga.

8. Detik kecintaan pada negara terserlah

Ketika memakai skaf dan warna kebangsaan atau t-shirt Ultras,apa perasaan anda? Rasa sangat bangga.Ini adalah detik rasa kecintaan kepada orang kita sendiri yang menjadi keutamaan.Saya percaya bahawa setiap dari kita,tanpa mengira apa umur kita,latar belakang kita atau kisah kehidupan seharian kita,kita pasti ada sesuatu untuk disumbangkan kepada negara ini.Saya mahu semua orang Malaysia berasa begini.Cinta tiada batasan apabila mencintai negara kita.

9. Rasailah aura kebangkitan sokongan di stadium

Perasaan yang anda rasai apabila bersorak untuk pasukan negara.Jika anda mendengar suara anda sendiri,anda tidak akan ragu-ragu untuk menyampaikan kata-kata sokongan yang mahu disampaikan kepada semua pemain bola sepak.Berlawan hingga ke akhir, “Darah & Maruah demi Malaysia”.Rentak pukulan gendang dan suara-suara rakyat akan mendesak pemain-pemain.Anda akan merasai aura ini di stadium.Seperti kata Ultras,anda tidak akan pernah tahu jika anda bukan salah seorang daripada kami.

10. Bola sepak untuk semua rakyat Malaysia,satu kebanggaan

Lebih ramai orang Cina dan India menyertai Ultras.Ya,tanpa sebarang keraguan.Suka melihat ini suatu hari nanti.Kita akan tidak pedulikan soal warna atau bahasa.Kita semua adalah rakyat Malaysia.Tidak ada sekatan untuk menyertai Ultras,tiada keahlian,tiada langganan bulanan.Hanya sepasang kasut,selendang dan paling penting,suara dan kebanggaan anda.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates