Social Icons

Pages

Saturday, June 08, 2013

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! BN PARTI TUNGGAL !!! KENAPA TIDAK RELEVAN ??? INI JAWAPAN SEBENAR !!! WAJIB BACA !!!


Dalam memperkatakan keputusan PRU yang lalu,ramai yang memberi pandangan bagi memahami penolakan kaum Cina terhadap BN.Ada yang mencadangkan agar mengabaikan terus kaum minoriti ini dan ada yang masih tersorong-sorong meminta kaum ini mencium pipinya.Ada juga yang mengambil pendekatan yang kelihatannya tidak berpihak dengan mencadangkan penyatuan total dalam pemerintahan iaitu dengan mewujudkan sebuah parti tunggal.Kononnya jika kita terlalu mendesak kepada penghapusan sekolah vernakular maka kita juga perlu menghapuskan politik berasaskan kaum.Soalnya,struktur parti pemerintah bukanlah punca masalah polarisasi kaum yang semakin parah atau penolakan Cina terhadap BN.Yang menjadi puncanya ialah sekolah vernakular yang memungkinkan pembentukan generasi Cina yang terasing dari aspirasi negara dan menyebabkan mereka menolak segala-galanya yang beridentitikan ‘Malaysia’.Laungan mereka ke arah kerajaan yang bersih hanyalah hipokrasi semata-mata kerana mereka sendiri tahu bahawa kaum merekalah yang menjadi juara pemberi rasuah kalaupun tidak penerima rasuah.Apakah jaminan yang parti tunggal akan mampu mengatasi masalah pengasingan kaum Cina ini ??? 

Lihat sahaja DAP yang mendabik dada sebagai parti pelbagai kaum atau bersifat tunggal dan jawablah secara jujur,apakah parti itu memperjuangkan nasib kesemua kaum ??? Tidakkah akhirnya yang diperjuangkan hanyalah kaum sang penerajunya sahaja iaitu Cina ??? Manakala kaum Melayu dan India tiada tempat untuk mengadu dan tiada siapa mempedulikan suara mereka di dalam DAP.Berbanding Barisan Nasional,walaupun parti diterajui UMNO tetapi MCA dan MIC masing-masing mempunyai platform yang kukuh untuk memperjuangkan nasib kaum Cina dan India secara lantang.Setiap kaum ini mempunyai Ketua mereka sendiri yang mempunyai kuasa yang besar untuk mempengaruhi kepimpinan tertinggi BN.Justeru,suara kaum-kaum lain selain Melayu,tidak boleh diketepikan kerana kedudukan mereka jelas melalui komponen-komponen parti yang mewakili mereka.Bayangkan jika BN adalah parti tunggal dan tidak mempunyai komponen,maka suara seorang pemimpin Cina tidak lagi boleh dianggap sebagai mewakili kaumnya kerana tiada wakil khas untuk memperjuangkan masalah khusus sesuatu kaum. 

Oleh itu,tiada jaminan yang suara ‘kecil’ seorang yang mengaku sebagai mewakili mana-mana kaum akan diambil serius oleh sesiapa dan apa akan terjadi jika BN melantik seorang Melayu yang fasih berbahasa Mandarin sebagai wakil kaum Cina atas alasan tiada perbezaan kaum ??? Bukankah DAP juga melantik Zairil Khir Johari iaitu seorang Cina untuk mewakili Melayu di dalam parti itu ??? Apakah tindakan sebegini boleh diterima oleh semua bagi menjulang konsep parti tunggal yang tidak berasaskan perkauman ??? Justeru,janganlah samakan ‘satu sekolah’ dengan ‘satu parti’ kerana objektifnya langsung berbeza.Satu sekolah adalah penting untuk perpaduan masyarakat sedangkan parti-parti komponen berasaskan kaum adalah penting untuk menjaga kepentingan kaum masing-masing.Sekolah vernakular membawa kepada pengasingan kaum di peringkat kehidupan harian rakyat tetapi parti ‘perkauman’ hanya melibatkan soal pentadbiran masyarakat kaum masing-masing di peringkat kepimpinan.Kedua-dua isu ini jelas berbeza seperti juga perlawanan tenis dengan perlawanan bola sepak di mana pukulan bola tenis yang tersasar masuk ke dalam gol bola sepak,tidak menjadikan jumlah gol dalam perlawanan bola sepak itu bertambah.Kesimpulannya,parti tunggal adalah tidak relevan dan tiada kena mengena dengan masalah pencapaian BN yang corot dalam PRU yang lepas maka tidak perlulah sesiapa cuba memperbaiki labu yang tidak rosak.

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates