Setelah beberapa individu ditangkap dan disiasat kerana menghina Raja,tidak semena-mena PR menjadi gelabah menepis tak tentu arah.Akhbar Harakah 10-13 Jun menyiarkan kenyataan Naib Ketua Pemuda PAS Dr. Raja Ahmad Iskandar yang meminta semua pihak agar jangan mengaitkan PR dengan perbuatan menghina Raja-raja.Tidak cukup dengan itu,PAS turut menganjurkan satu ceramah bertajuk ‘Siapa Hina Raja Melayu’ untuk menunjukkan kononnya Tun Mahathirlah yang mengaibkan Raja-raja Melayu.Nampaknya,walaupun PAS telah diberi pengajaran keras melalui keputusan PRU-13 di tempat tercorot,parti itu masih lagi berdegil ingin menggunakan strategi yang sama iaitu menipu diri sendiri dan memperhambakan diri kepada kemahuan DAP.PAS tahu bahawa DAP mengambil pendirian ‘anti-Institusi Raja-raja’ dan kerana itulah PAS enggan membela atau mempertahankan Raja-raja tetapi sebaliknya menuding jari kepada UMNO sahaja.
Malah,PAS juga langsung tidak mengutuk individu yang menghina Raja-raja Melayu mungkin kerana kebanyakan mereka adalah dari kaum Cina,yakni DAP.Bagi mengelak dikecam rakyat,maka PAS memilih untuk memfitnah Tun Mahathir sebagai individu yang menghina Raja.Sedangkan hakikatnya,Tun Mahathir bukan menghina sesiapa tetapi sekadar membela rakyat dengan mengurangkan sedikit kuasa Raja yang sebelum ini tidak boleh disentuh langsung oleh undang-undang.Tindakan beliau membuktikan Malaysia,walaupun mempunyai begitu ramai Raja-raja,tetap bersifat terbuka dan adil di mana Raja-raja juga tertakluk kepada undang-undang.Lebih dari itu,Tun Mahathir merupakan pejuang UMNO tulen,yang berada di barisan hadapan dalam mempertahankan Institusi Raja-raja dari ancaman pengkhianat agama, bangsa dan negara.
Buktinya,beliau menjadi sasaran utama DAP yang menentang segala-gala yang dipertahankan oleh Tun Mahathir.Hakikat yang cuba dimanipulasi oleh PAS ialah penyokong-penyokong PR menggelar Raja-raja dengan berbagai gelaran buruk,mencemuh dan menghina serta memperlekehkan keseluruhan Institusi itu tanpa sedikit rasa kebertanggungjawaban sebagai warganegara ini.Penyokong-penyokong PR berbuat demikian kerana pemimpin PR telah menunjukkan jalan sedemikian, sama ada melalui DAP yang beberapa kali mencabar Institusi Raja dan Dewan Rakyat,mahupun PAS yang telah beberapa kali memutarbelit titah Sultan seperti isu tidak boleh berpolitik di dalam masjid.Jangan sekali-kali lupa,penyokong PAS lah yang berbaring di tengah jalan menghalang kenderaan DYMM Tuanku Sultan Perak suatu ketika dahulu.Selain itu,rakyat juga tidak lupa bagaimana YB PKR,Suhaimi Shafie ADUN Seri Muda menderhaka kepada DYMM Sultan Selangor dan bagaimana kerajaan PR Selangor telah membelakangkan protokol dalam majlis yang menampilkan Permaisuri Agong.
Semua perbuatan menghina Raja-raja ini dibuat oleh penyokong PR bukan UMNO.Justeru,bagaimana PAS boleh menuding jari kepada UMNO ???
Hakikatnya,DAP telah mengerahkan seluruh jentera sibernya untuk menimbulkan kebencian yang keterlaluan terhadap Raja-raja bagi menguji kekuatan mereka dan juga kelemahan kerajaan.PKR pula menerima saja jua yang dilihat mampu memburukkan dan menjatuhkan kerajaan.Jika perlu bersekongkol dengan DAP menghapuskan Institusi Raja dan membentuk Negara Republik pun boleh saja,asalkan Anwar berpeluang menjadi Presidennya.Manakala PAS pula seperti biasa bertindak sebagai balaci,anjing suruhan,kuda tunggangan dan burung kakak tua yang hanya mengikut,menurut dan meniru apa jua yang dilakukan oleh DAP dan PKR asalkan dapat menumpang duduk di Putrajaya sebagai abdi pun tidak apa.Hari ini anda melihat bagaimana DAP sedikit pun tidak mengambil sikap ‘defensive’ dalam menangani isu menghina Raja-raja tetapi PAS pula yang kelam kabut bersilat menafikan yang mereka ada kena mengena.saya nak pesan kepada pemimpin PAS,tidak usahlah berpencak silat di depan cermin kerana Sultan-sultan sendiri lebih tahu siapa yang mempertahan dan siapa sebenarnya yang menderhaka dan menghina mereka.
PSST --- DAH LAMA SAYA TAK BUAT BAHASA KASAR KAT PR NI !!!
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment