Social Icons

Pages

Tuesday, July 23, 2013

BONGKAR !!! #PRKKUALABESUT !!! GAMIS INGIN HURU HARAKAN PERJALANAN PRK !!!


Tiga hari sebelum hari penamaan calon sempena PRK DUN Kuala Besut,Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia atau singkatannya GAMIS telah membuat pengumuman untuk melibatkan diri dalam pilihan raya itu kononnya untuk mengajar ‘pendidikan politik dan pencerahan yang matang’.Menurut GAMIS penglibatan mereka adalah atas kesedaran sendiri sebagai agen penerangan kepada masyarakat Kuala Besut dan tiada kaitan langsung dengan kepentingan mana-mana parti politik.Itu dakwa mereka.Entah siapa yang GAMIS nak tipu tak tahulah.Macamlah ‘pendidikan politik dan pencerahan yang matang’ yang dicanang oleh GAMIS itu tidak boleh dilaksanakan pada hari lain,nak juga dibuatnya secara tergesa-gesa saat menjelangnya PRK DUN Kuala Besut.Realitinya GAMIS sedari dulu lagi dikenali umum sebagai NGO Mahasiswa yang condong memihak kepada PAS dan kerap menjadi agen kepada parti itu dalam merekrut pelajar baru dengan pelbagai cara samada melalui usrah,tamrin dan sebagainya untuk dibentuk menjadi penyokong PAS tegar.

Golongan yang boleh diiktiraf sebagai mahasewel setaraf seperti geng Adam Adli ini tidak terhad tugasnya sekadar membawa panji PAS di dalam kampus IPTA tetapi juga sering diberi peranannya yang tersendiri dalam dunia politik tanah air khususnya untuk kepentingan PAS.Asal sahaja ada pilihan raya terutama sekali melibatkan penyertaan PAS biasanya jarang GAMIS menolak arahan pihak atasan PAS untuk membantu mereka dalam kempen-kempen pilihan raya.Dalam konteks PRK DUN Kuala Besut demikian juga di mana GAMIS telah diberi peranan untuk berkempen secara halus bagi pihak PAS. Untuk itu sekumpulan mahasiswa khususnya dari Kelantan dan Terengganu telah digembleng untuk berkampung di Kuala Besut selama seminggu.Ada khabar menyebut gerombolan yang dibawa oleh GAMIS ini telah ditugaskan khusus untuk menimbulkan kecelaruan fikiran dikalangan masyarakat Kuala Besut dengan pelbagai aktiviti provokasi termasuklah penyamaran sebagai petugas BN bagi menghasut dan mengelirukan para pengundi. 

Bagi mahasiswa kaum hawa pula dikhabarkan akan menyamar sebagai Puteri UMNO untuk berkempen dari rumah ke rumah menyebarkan propaganda anti BN sementara sesetengahnya tinggal bersama penghuni sebagai anak angkat sambil cuba mempengaruhi tuan rumah sekeluarga.Antara aktiviti lain yang mungkin dilakukan termasuklah konvoi bermotosikal dengan aksi yang menjelikkan sambil memakai baju BN dengan harapan ia akan menimbulkan perasaan kurang senang dikalangan masyarakat sekaligus membawa keuntungan undi untuk PAS. Setakat ini belum ada pengesahan sejauh mana kebenaran info tersebut namun jika senario semasa PRU-13 serta PRK DUN Tenang dan beberapa PRK sebelumnya diambil kira,unsur-unsur penyamaran samada berupa sebagai Puteri UMNO atau pun Petugas BN sudah pernah berlaku.Justeru itu,kali ini BN mengambil langkah ke depan dengan memantau pergerakan kumpulan yang disyaki mempunyai kaitan dengan GAMIS atau seumpamanya.Masyarakat Kuala Besut juga diingatkan berjaga-jaga dan jangan mudah terpedaya dengan penyamaran sebegini.

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates