PR khususnya PKR dan kumpulan demokrat Pas dilaporkan blog GA sedang merancang penubuhan parti baru yang dinamakan Parti Demokrat Rakyat Malaysia (PDRM).Blog GA yang mendapat sumber risikan daripada ibu pejabat PKR melaporkan parti baru itu akan dilaksanakan sebaik sahaja Mursyidul Am,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersara daripada politik.Ia adalah rentetan daripada kritikan Presiden Pas,Abdul Hadi yang menuduh calon-calon PKR tidak berkualiti : pengedar pil kuda,jual kerusi dan penganut komunisme pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) baru-baru ini.
“HQ PKR masih lagi tidak dapat menerima salakan TG Haji Hadi sebelum PRU yang lalu.Malahan, ada ahli AMK yang nekad untuk pijak bendera Pas dan ludah pada gambar Hadi.Kepada mereka,penghinaan yang diberikan oleh Presiden Pas itu tidak masuk akal dan tidak dapat diterima,”lapornya.
Lapornya lagi,parti itu meniru model Partai Demokrat pimpinan Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) yang sekarang menjadi parti pemerintah Republik Indonesia.
“Apa yang perlu PKR lakukan sekarang adalah menanti detik persaraan Hadi dan Nik Aziz.Pas akan mengalami re-brand total bila itu berlaku.Malahan,ada kumpulan penasihat dalam PKR yang mahu PKR dan PAS bergabung dengan nama Parti Demokrat Rakyat Malaysia (PDRM).Malahan slogan parti tersebut pun sudah diperhalusi ‘Utamakan Kepentingan Rakyat’."Katanya,antara perbincangan Anwar dan SBY di Indonesia baru-baru ini adalah kemungkinan aspirasi ‘nasionalis-religius’ (nasionalisme-penting agama) akan turut menjadi akar PDRM di Malaysia,sama seperti Partai Demokrat Indonesia.Anwar juga banyak bertanya tentang kaedah mengurus ‘agamawan’ seperti yang dilakukan di Indonesia,”lapornya.
Menurut blog itu lagi,penggabungan Pas dan PKR itu merupakan jalan terbaik dalam mencapai impian menawan Putrajaya pada Pilihanraya Umum ke-14 khususnya merebut undi Melayu-Islam.“Dalam satu mesyuarat strategik,Anwar sendiri mengakui bahawa dia perlu lebih membawa imej ‘nasionalis-religius’ selepas daripada ini.Orang Melayu mahukan itu.
“Antara kegagalan besar PKR dalam PRU yang lalu adalah merapati undi Melayu yang selama ini di outsource kepada Pas. PRU14, ada game baru. Sementara BN masih leka,Anwar sudah buka lembar baru,” lapornya.
Lapor blog itu lagi,sekiranya Pas tewas dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut,ia akan mempercepatkan lagi proses penggabungan itu.“Kuala Besut adalah agenda PAS dan tidak ada kena mengena dengan PKR.Anwar turun ke Kuala Besut pun,bukan atas tujuan menang kerusi,tetapi menurunkan undi yang bakal diperolehi BN.Jika penurunan menjadi terlalu teruk,Anwar akan berdepan dengan masalah ego apabila Dewan Rakyat mula bersidang semula nanti.MP BN akan pastinya membuka semula angka di Kuala Besut,sebagai bukti bahawa PR sudah semakin hilang sengat. Menurut angka HQ PKR,BN akan menang dengan majoriti lebih 4100.Ini angka yang dibuat oleh rakan-rakan mereka di bawah,” lapornya.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
6 comments:
Kena kencing dgn anwar jer,nak larikan imej islam utk lebih selari dgn memenuhi tuntutan globalisasi dan lbgt.
MANUSIA RASIONAL DAN BERIMANKAN ALLAH TAK KAN LUPA VIDEO...
Salam, blog tuan amat menarik dan mempunyai infomasi yang terkini, jesteru itu sama-samalah kita memberi sokongan sesama kita, harap pihak tuan dapat menambah pautan portal http://n9kini.net dan http://orangkampungcyber.blogspot.com ke bloglist pihak tuan... Sekian, terima kasih.
Ya Allah ya tuhanku...jika kiranya akan datang bala2 yang maha DAHSYAT akibat dari kebodohan pemimpin2 melayu yang terdiri dari Perdana Menteri,TPM,MENTERI2 MELAYU ULAMA2 CARI MAKAN yang takut mencegah kebatilan seorang pemimpin melayu,akan menimpa malaysia ini ko timpakanlah pada pemimpin2 melayu yang zalim tak kira umno pas atau pkr...pemimpin yang menjual agama kerana undi kaum kafir harbi rasuah,makan gaji buta,gila pangkat,pembelit,penipu,menaniaya anak2 yatim tak kira pemimpin2 melayu yang zalim tak kira umno pas atau pkr...ko bagilah pengajaran yang setimpal dengan keSOMBONGAN mereka mengejar dunia tanpa mahu menjaga kebajikan rakyat yang sakit hati dengan tindak tanduk mereka semua ini yg berkiblatkan wang pangkat kuasa didunia yang sementara ini..Ya ALLAH hancurkanlah mereka...aku mohon kau berikan negaraku ini tanah melayu seorang kalifah yang dapat meminpin manusia ke jalanMU...Amin....
mana hijounya?
anwar berahim mmg seorang yang licik berpolitik..otaknya sentiasa berjalan untuk mencari ruang keuntungan..pengabungan pkr-pas untuk menarik sokongan melayu dan islam setelah kegagalan gabungan bersama dap yang ditolak melayu dan islam yang masih mempunyai sensitiviti(hanya org pas yg fanatik yg dah hilang sensitiviti apabila islam dihina) terhadap penghinaan demi penghinaan ke atas islam...kemungkinan pengabungan itu akan berjaya menarik pengundi melayu dan islam tetapi selagi anwar berahim yang terkenal dengan kisah peribadinya akan menghalang kejayaan pd pr 14 nnti...walauapapun,buat masa sekarang pas adalah parti yang paling rugi dalam pakatan kerana hanya dpt negeri kelantan yang miskin dan akan miskin utk selamanya sekiranya pas masih memerintah..lain pula dgn pkr dan dap yang sekarang sudah senang lenang kerana mendapat negeri yang dah kaya,tp yg kesiannya kat org pas kerana mereka yang kuat berkokok siang dan malam tp yang dapat untung pkr dan dap...kesian kat pas....
Post a Comment