Azhar Idrus bukanlah satu nama yang asing bagi para peminat ceramah yang gemarkan pendekatan lawak jenaka dalam penyampaian kuliah ilmu agama.sekiranya dahulu ceramah agama hanya boleh diikuti dalam di masjid dan surau,namun dengan gaya hidup yang serba moden ketika ini,ceramah agama turut menerima evolusi apabila terpaksa menguna pakai pendekatan baru sesuai dengan perubahan zaman dan masa.Bertitik tolak dari itu,nama Azhar Idrus mula dikenali ramai,apabila pelbagai siri ceramahnya yang dimuatnaik di dalam Youtube mendapat sambutan hangat.Maka dia yang suatu ketika merupakan seorang gitaris untuk salah sebuah kumpulan band di Terengganu mula ‘dinaiktarafkan’ sebagai ustaz ekoran penyampaian ceramahnya yang dikatakan berbeza.Mengunakan platform sebagai penceramah bebas,Azhar Idrus terus mendapat perhatian ramai apabila sering menerima undangan ceramah di serata pelusuk tanahair sehingga meningkatkan popularitinya di kalangan masyarakat.
Menyedari akan hakikat itu,Pas sebagai salah sebuah parti politik yang kononnya berpaksikan perjuangan Islam terpaksa mengunakan khidmat Azhar Idrus bagi membantu parti itu, menarik sokongan masyarakat.Maka bermulalah detik baru dalam kariernya sebagai ‘ikon’ untuk Pas.Dengan mengunakan imej sebagai penceramah agama bebas,Azhar Idrus mula bertindak sebagai agen bagi menyampaikan dakyah-dakyah Pas melalui ceramah-ceramah yang disampaikannya.Tidak cukup dengan itu,dia akhirnya turut dijadikan sebagai agen kempen di setiap pilihanraya bagi membantu calon-calon Pas yang bertanding.Sebagai contoh,dia pernah beberapa kali diminta turun padang,bagi membantu jentera Naib Presiden Pas,Husam Musa yang bertanding kerusi parlimen Putrajaya dalam pilihanraya umum yang lalu.Terbaru,Azhar yang terkenal dengan pangilan ‘ustaz kemah-keming’ turut diminta diminta membantu jentera Pas di Kuala Besut bagi menarik sokongan pengundi.
Ia ekoran dari laporan awal jentera parti itu yang mengatakan calon Pas,Azlan @ Endut bakal berdepan dengan laluan sukar.Selain dari imej ‘calon cari makan’,Azlan juga dilihat sebagai calon yang bermasalah kerana tidak mendapat sokongan dari jentera akar umbi dan kepimpinan parti di peringkat negeri.Malah sokongan yang diberikan kepada Husam sebelum ini juga dikatakan sebagai punca,calon itu diboikot oleh kumpulan ulama dan jentera muslimah.Atas semua faktor itu,Azlan dikatakan sukar untuk menandingi calon dari Barisan Nasional yang merupakan seorang anak muda professional.Selain berpendidikan tinggi,Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman juga mempunyai rekod bersih dan cemerlang serta aktif mendampingi masyarakat.Tengku Zaihan merupakan jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Putrajaya,yang sebelum itu pernah berkhidmat selama lima tahun di JPS Daerah Besut.Anak kelahiran Kampung Nail,Kuala Besut itu mula mencurahkan bakti kepada masyarakat setempat setelah menyertai JPS 15 tahun lalu sebagai jurutera daerah.SPR menetapkan 24 Julai sebagai tarikh mengundi dan PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.Pada PRU13 Mei lalu,Dr A Rahman BN menang dengan majoriti 2,434 mengalahkan calon Pas Napisah Ismail
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment