Social Icons

Pages

Saturday, August 31, 2013

EKSKLUSIF !!! FILEM #TANDAPUTERA VS FILEM KOMUNIS !!! MANA LAGI BAGUS ??? WAJIB BACA !!!


Antara Filem,Seni,Budaya,Bangsa dan Politik DAP 

Filem Tanda Putera menjadi kontroversi hebat dan telah tertangguh kelulusan penayangannya begitu lama hanya kerana DAP takut perangai buruk mereka terserlah.Filem sejarah yang menyentuh tragedi 13 Mei itu akhirnya ke pawagam juga setelah orang-orang Melayu bangkit memperjuangkannya.Perkembangan ini menjadikan DAP panas punggung sehinggakan sanggup menghalang penayangannya di negeri yang dikuasai mereka.DAP juga cuba mewar-warkan kepada semua konon filem ini adalah fiksyen serta enggan mengakuinya sebagai sejarah.Pelik sekali kerana DAP tidak pulak menghentam filem The New Village oleh Namewee yang merupakan sebuah fiksyen,tetapi cuba dipaparkan sebagai sejarah.Mungkin kerana itulah DAP begitu gusar kerana menjangkakan filem Tanda Putera juga mempunyai unsur manipulasi yang sama seperti The New Village.Untuk pengetahuan pembaca yang menyokong DAP,Shuhaimi Baba bukanlah pembikin filem jalanan seperti Namewee.Shuhaimi Baba merupakan seorang professional yang bertanggungjawab dalam membentangkan karyanya dan bukan sekadar ingin membikin filem untuk melepaskan geram atau kebencian pada mana-mana pihak. 

eliau pastinya telah mengkaji dan telah berfikir sedalam-dalamnya dari segenap aspek sebelum memilih untuk membawa kepada kita ‘Tanda Putera’.Ini kerana,seorang pembikin filem mempunyai tanggungjawab ke atas seni,moral,jatidiri dan juga pembentukan pemikiran masyarakat sekali gus perlu mampu menghayati aspirasi negara serta menyebarkannya.Namewee,sebaliknya,berada terlalu jauh di belakang Shuhaimi dalam dunia perfileman.Pembikin filem seperti Namewee yang membawa bersamanya dendam perkauman yang membara hanya akan mengkucar-kacirkan pemikiran masyarakat.Jika Shuhaimi Baba mendidik masyarakat agar menghayati sejarah dan belajar daripadanya demi keharmonian negara,Namewee pula membawa mesej yang jauh bertentangan iaitu supaya masyarakat bersangka buruk terhadap kerajaan serta menafikan sejarah,sekali gus mengundang risiko berulangnya sejarah hitam.Andainya Namewee enggan belajar dari Shuhaimi Baba kerana terlalu memandang rendah terhadap orang-orang Melayu,maka beliau wajar belajar dari seorang sutradara Indonesia iaitu Teguh Karya. 

Untuk pengetahuan Namewee pula,Teguh Karya,telah pergi meninggalkan kita pada 11 Disember 2001.Beliau merupakan seorang Pengarah hebat yang amat dihormati di kalangan rumpun Melayu di rantau ini.Teguh melahirkan bintang-bintang besar seperti Slamet Raharjo,Christine Hakim,Ayu Azahari dan Alex Komang.Filem-filem arahan Teguh menyingkap patriotisme,seni dan budaya.Antaranya,Wajah Seorang Lelaki,Doa Tanda Mata,Badai Pasti Berlalu,November 1828 dan lain-lain lagi yang kebanyakannya merangkul banyak trofi di Indonesia dan juga di peringkat antarabangsa.Atas kebolehan beliau itu,beliau juga sering diundang berceramah di universiti luar negara.Filem-filem Teguh di gambarkan sebagai khazanah berharga bangsa Indonesia untuk mengenal wajah,jati diri dan perjuangan.Selain khazanah berharga untuk negaranya,Teguh turut meninggalkan pengajaran untuk renungan mereka yang sebangsa dengannya yang berada di tengah-tengah rumpun Melayu.Ya,Teguh Karya adalah berbangsa Cina. 

Nama sebenar beliau adalah Steve Liem Tjoan Hok.Namun,Teguh memahami bahawa beliau perlu menjunjung langit di mana kakinya berpijak.Bukan sekadar itu,beliau juga turut menyebatikan dirinya dengan alam di mana udaranya dihirup.Beliau menjulang sejarah Indonesia purba sebagai sejarahnya serta menjunjung budaya Indonesia sebagai budayanya.Sesungguhnya beliau adalah seorang warga Indonesia yang sebenar-benarnya biarpun darahnya adalah Cina.Melihat dari sejarah Teguh,di manakah kedudukan Namewee dalam dunia seni Malaysia ??? Namewee tidak menyumbang apa-apa selain merosakkan pemikiran masyarakat dengan mengajak kita memperlekeh dan memandang rendah pada satu pihak (kaum) di samping memanipulasi fakta sejarah.Filem-filem Namewee langsung tidak punya roh Malaysia malah langsung tidak berpijak di bumi nyata.Namewee hanya memaparkan filem dari otak seorang Cina yang sempit dan hati seorang Cina yang busuk.Ia langsung tidak membawa nilai budaya, bangsa Malaysia mahupun moral kepada masyarakat.

APA KATA ANDA ???

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 56 !!!

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates