Social Icons

Pages

Friday, August 23, 2013

EKSKLUSIF !!! KENAPA RAMAI YANG MEMAKAI GAMBAR PROFILE 4 JARI ??? INI JAWAPAN SEBENAR !!!


Bagi majoriti rakyat Mesir terutama yang tinggal di Cairo,simbol RABIA adalah simbol kumpulan pemberontak dan pengganas yang mengganggu kehidupan,perniagaan dan keamanan mereka.Mereka (Rakyat Mesir) tidak suka campurtangan dari luar terutama dari Turki.Usahlah percaya pada media antarabangsa terutama Al-Jazeera kerana masa Perhimpunan BERSIH dulu pun mereka melaporkan perkara yang negatif terhadap Polis dan Kerajaan Malaysia.Mereka lebih suka mendengar dari mulut pembangkang.Simbol 4 jari pada simbol RABIA itu dicetuskan oleh Erdogan dan ia adalah signifikan kepada perhimpunan BERSIH 4.0 yang akan datang,warna pun kuning.


Kerana target mereka selepas ini adalah Malaysia.Seorang pemimpin utama pembangkang juga dilihat semakin kerap mengunjungi Erdogan.Sebelum ini pun dia pernah lari berlindung di kedutaan Turki kerana takut ditangkap.Nama Erdogan selalu dijaja di setiap ceramahnya.Kebangkitan pengikut Morsi semakin membuak-buak selepas Erdogan menyatakan sokongan terhadap Morsi dengan seruan untuk mereka berjihad dari setiap penjuru dunia.Himpunan Blackout ternyata GAGAL,tapi pemimpin utama pembangkang ini bukan jenis yang cepat mengalah,bayangkan apa jadi jika BERSIH 4.0 nanti Erdogan melakukan seruan yang sama ? Kesimpulannya,jangan terima sesuatu berita dengan bulat-bulat tanpa melihat dari kedua-dua belah pihak. - Feldavoice 

APA KATA ANDA ??? 

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

MasyaAllah. Rakyat negara kita ni memang suka terikut-ikut tetapi mereka tidak tahu apakah latar belakang sebenar ikutan mereka itu (semalam semasa solat Jumaat, seorang Mamat berambut panjang berjela yang berada di saf hampir hadapan dengan bangganya memakai golf-cap - peak nya terbalik ke belakang, a la penyanyi rap, dan juga T-shirt yang bertulis dan berlogo entah hapa-hapa. Bukan apa, pada saya ia tidak sopan dan tidak kena tempatnya).

Semenjak Anwar Ibrahim memulakan Bersih 1.0 rakyat yang menyokongnya amat cenderung untuk membantah/melawan apa yang sedia ada sebagai manifestasi pembangkangan, waima ia boleh merosakkan dan membahayakan negara. Contoh yang paling mudah ialah ramainya kini orang yang suka melanggar lampu merah di persimpangan. Dahulu pun memang ada, tetapi majoritinya dilakukan oleh penunggang kapcai/basikal. Tetapi masa kini ia dilakukan oleh pemandu kereta (malah kereta mewah), seolah-olah membawa mesej: 'apa kamu boleh buat'? dan 'ada aku kesah'?

Bas ekspress yang dipandu laju di sepanjang lebuhraya utama memang sudah menjadi rutin harian (melainkan seseorang itu buta mata dan buta hati perkara ini tidak diketahui).

Apa yang penguatkuasa telah buat? Bila berlaku musibah akan sebok satu Malaya beritahu penubuhan jawatankuasa itu/jawatankuasa ini... the ball starts rolling again, and again, and again...

I pray this country is not going to the dog. Please PM, please IGP do something (many things in fact) about it. Fast. I humbly rest must case.

 
 
Blogger Templates