Social Icons

Pages

Thursday, August 29, 2013

EKSKLUSIF !!! SEMUA FAKTA BERKENAAN @KHAIRYKJ DIDEDAHKAN !!! WAJIB BACA !!!


Khairy Jamaluddin dianggap sebagai seorang yang unik dari dulu lagi.Beliau lebih tinggi,tampan (hitam manis) dan bijak daripada kebanyakan ahli politik di Malaysia.Pada pendapat saya,hanya Rafizi Ramli (yang perlu menurunkan berat badan beliau dengan segera) mampu bersaing dengan beliau dari segi politik mahupun intelek.Bagi ahli politik yang lain pula,tidak kira kalau mereka dari PR atau BN,mereka setakat pemerhati dalam apa yang bakal berkembang untuk menjadi pertarungan untuk masa depan kepimpinan kaum Melayu dan akhirnya,Malaysia.Memandangkan Ketua Pemuda Pas Nasruddin Hassan Tantawi,semakin tidak relevan dalam arena politik nasional (kecuali dalam menggesa pembatalan konsert!),jelas bahawa dua pemimpin muda ini akan terus menjadi pesaing politik untuk beberapa dekad.Saya berpeluang menyaksikan saudara Khairy beraksi di forum Malaysian Student Leaders Summit (MSLS) yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia di United Kingdom dan Ireland (UKEC) pada hujung minggu lepas.Saya perlu akui kagum dengan peningkatan yang dicapai beliau selepas berjaya mengharungi jerit perih dunia politik mencabar beberapa tahun kebelakangan ini. 

Walaupun baru menyertai Kabinet lebih kurang tiga bulan,ternyata pemimpin berumur 37 tahun ini telah pantas menyesuaikan diri dengan portfolio beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan.Beraksi dalam wacana yang mencabar ini,Khairy bukan sahaja berjaya menjawab soalan sukar dengan yakin dan jelas, malah sempat menambahkan elemen lucu dalam jawapan beliau (sesuatu yang jarang ditemui dalam Umno).Jelas,beliau telah berjaya meningkatkan prestasi sejak debat pertama dengan Rafizi Ramli di London pada awal tahun lepas (dianjurkan oleh UKEC juga) dimana saya merupakan salah seorang daripada hadirin.Ternyata medan kempen dan ceramah telah menjadikan beliau lebih yakin untuk mengambil pendekatan yang jujur dalam menjawab soalan sukar.Sebagai contoh,apabila ditanya tentang kualiti Pakatan yang beliau kagumi,Khairy mengambil masanya sebelum menjawab dengan tenang – “semangat setiakawan”.Kejujuran dan keterbukaan yang ditunjukkan oleh jawapan beliau (jarang ditemui dalam Umno) telah disambut dengan meriah oleh para hadirin.Tambahan pula,Ahli Parlimen Rembau yang telah berjaya meningkatkan majoriti beliau sebanyak tiga kali ganda pada PRU 13 yang lalu mampu mengakui kesilapan kerajaan beliau dan menegaskan bahawa BN perlu lebih efisien dalam menangani isu 3C – Corruption,Crime and Cost of Living (Rasuah, Jenayah dan Kos Sara Hidup) kalau ingin menjadi pilihan pengundi muda.

Sebetulnya,kalau isu 3C ini mampu ditangani,tidak mustahil pengundi bandar mungkin akan memilih BN semula. Lebih penting lagi,walau kita berada di musim pemilihan Umno (Khairy akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda) di mana secara lazimnya,pesaing utama untuk jawatan tertinggi dalam Umno selalunya membakar sentimen pro-Melayu,Khairy mampu mengimbangi agenda sayap kanan parti beliau dengan agenda rakyat Malaysia yang lebih meluas dengan baik.Beliau tidak mengarahkan mereka yang tidak setuju dengan pendapat beliau atau dasar kerajaan untuk berhijrah ke negara lain.Sebaliknya,memberi penerangan baik tentang perjuangan bersifat moderat dalam Umno di samping mengakui kewujudan elemen konservatif dalam parti beliau.Pemimpin seperti Khairy Jamaluddin bukan sahaja memberi nafas baru kepada arena politik tetapi mampu meyakinkan golongan “Middle Malaysians” seperti diri saya tentang masa depan politik Malaysia.Kemampuan Khairy untuk memperjuangkan agenda moderat Melayu tanpa menggadaikan kredibiliti beliau dengan akar umbi Umno menunjukkan bahawa masih ada harapan lagi untuk Umno. 

Saya turut mengagumi,kebijakan yang ditampilkan beliau apabila ditanyakan soalan berikut – “Apakah perkataan terbaik untuk menggambarkan Ketua Pembangkang?” Selalunya apabila Anwar Ibrahim menjadi topik perbualan utama,pemimpin Umno akan guna bahasa kesat.Sebaliknya,Khairy memilih perkataan – “tidak konsisten” – untuk menggambarkan bekas pemimpin Abim ini.Dengan ini Khairy telah berjaya mengkritik tanpa bersikap biadab.Saya berpendapat Khairy telah berjaya meyakinkan pengkritik beliau (termasuk saya sendiri) bahawa beliau seorang yang lebih merendah diri dan memahami keinginan akar umbi politik setelah berjaya mengharungi fasa mencabar di mana beliau dipinggirkan dari jawatan Kabinet.Pengalaman beliau menunjukkan penting ketekunan dan tidak mudah mengalah dalam menghadapi apa jua cabaran dalam hidup mahupun politik.Ternyata,jatuh-bangkit seseorang itu bergantung kepada dirinya sendiri.Mungkin sudah tiba masanya untuk bintang Khairy kembali bersinar 


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

14 comments:

CyWar Putrajaya said...

Tak tanya Khairy, siapa yg bebaskan Anwar? Tak tanya Khairy, siapa yang serahkan passport kepada Anwar setelah dibebaskan? Tak tanya Khairy, kenapa dia boleh terlepas dar hukuman oleh Jawatankuasa Tatatertib kerana terlibat dalam Politik wang, sedangkan Isa Samad dihukum? Tak tanya Khairy, kenapa dia lantik wartawan Malaysiakini sebagai S/U Akhbar beliau? Jangan lupa tanya soalan ni sekali lain kali...

hangkedee said...

PAU Kali ini jangan "Black out"lagi & percepatkan pengiraan undi jangan sampai 8 jam.

Anonymous said...

jgn tak tanya juga pasal pinjaman mudah kalimullah utk beli saham. kenapa pac tak jadi tanya tentang ecm libra. tak tanya betul ke dia jadi punahsihat semasa pak mertua tidur kerana `sakit tidur`. dia ke yg buat keputusan sewaktu pak mertua tertidur kesakitan sakit tidur ketika sedang memikir utk membuat keputusan penting. tingkat 4 tu betul ke wujud utk menasihat pak mertua ketika tertidur kerana sakit.

Anonymous said...

hangkedee,

cakap macam juboq ayam..pi buat report nun. mulut hebiaq...hang ni salah sekor jenis ayam yg berkokok pandai, ekoq gelumang ngan najis muhafafah!

Anonymous said...

He's the next Anwar Ibrahim

Anonymous said...

KJ????.....songkok dia pun ada tinggal di rumah saya....KJ????....melebihi diri dr org sekeliling.....pendek kata sama je ngan anwar...teliti kronologi perkembangan beliau....Contoh telah ada...jgn suatu ketika nanti akan ada REFORMASI BARU OLEH WATAK BARU

Anonymous said...

mesti ramai dah lupa satu artikel bertajuk Hikayat Khairy Jamaluddin : Putera Oxford ke Putrajaya tulisan Malaysia Today. Saya masih simpan salinan soft copy yang akan saya simpan sampai bila2... sapa berminat boleh inform saya.

Anonymous said...

Ma'nusia yg ma'sum, kecuali Nabi Mohamad SWS.Pemimpin muda berumur 37 tahun sama seperti KJ pasti ada kelemahannya. Tapi jangan lupa setiap manusia ada kelemahan dan ada kekuatannya. Jadi cuba bersikap positif.Sebagai seorang yang telah lanjut usia (lahir 10 tahun sebelum Merdeka) saya dapati KJ mempunyai karismatiknya sendiri yang belum saya temui dikalangan ahli politik muda seperti beliau. Berilah dia peluang untuk berubah. Cuma satu sahaja nasihat saya kepada beliau (KJ) dan seluruh Ahli UMNO, PASTIKAN "WANITA MEREKA" i.e Isteri /anak perempuan masing-masimg serta seluruh anggota Wanita / Puteri UMNO yang beragama Islam bertudung dengan sebaiknya dan bukan sekadar tutup kepada dengan "jambul" (Dalam lain-lain perkataan, jaga aurat masing-masing). Lihat sahaja pembaca berita / pengacara wanita TV1 telah ramai yang bertudung, TAHNIAH YB SABRI CIK... Insya Allah anda semua akan dirahmati Allah SWT.

Anonymous said...

Penulis artikel ini adalah seorang yang IDIOT !!!

Anonymous said...

PENULIS DENGAN HANYA MAMPU DENGAN PERKATAAN "PENULIS ARTIKEL INI ADALAH SEORANG IDIOT" ITULAH SEBENARNYA ANAK HARAM JADAH/EMAK AYAHNYA SELEPAS BERSERTUBUH TAK RETI NAK MANDI WAJIB. JAWAPAN SEPERTI ITU MENUNJUKKAN PENULIS ITU BEROTAK JANGKAL, BEROTAK UDANG (HANYA DIPENUHI TAHI) YANG PERLU DIBUANG SEBELUM DI MASAK. If you think others are IDIOTS, you are equally or if not triple idiot.

Anonymous said...

percayalah, dua puluh tahun lagi, khairy ni la yg akan menjadi seperti anwar ibrahim..:)

Anonymous said...

gunting dlm lipatan !!!.. runcing didalam pepat diluar!!

Anonymous said...

Nak termuntah hijau aku baca...elok la rafizi orang gelar rafizi lembu ..padan la ....nak jilat pun buaq la bagi ada akai sikit....

Anonymous said...

Bahaya...budak hingusan ini pengikut Liberal SESAT. Pemikiran liberalnya akan menghakis hak keistimewaan melayu. Mulut cakap lain buat lain itu yang merbahaya.

 
 
Blogger Templates