Social Icons

Pages

Saturday, August 31, 2013

HOT NEWS !!! IBRAHIM ALI MEMPERTAHANKAN KENYATAAN KETUA WIRA PERKASA !!!


Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali menafikan dengan sekeras-kerasnya sebarang kaitan PERKASA dengan kenyataan oleh Ketua Wiranya yang mahukan Perdana Menteri meletakkan jawatan. Malah Ibrahim menyifatkan kenyataan itu lebih kepada bersifat peribadi. “Saya nafi dengan keras,” katanya dalam sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Mynewshub.my hari ini.Ahad lepas Ketua Wira Perkasa,Irwan Fahim Ideris dalam satu artikel di blognya irwanfahmi.blogspot.com menyuarakan harapan supaya Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan ekoran gagal menguruskan negara dalam pelbagai aspek.Ibrahim berkata beliau akan meminta Irwan membuat penjelasan dalam mesyuarat minggu depan. 

“Apapun,itu blog peribadinya dan tidak ada kena mengena dengan Perkasa.Saya akan minta Irwan buat penjelasan dalam Mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi Perkasa minggu depan,mohon jangan dikaitkan dengan Perkasa,” katanya.Sementera itu,Timbalan Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Bakar juga akan menemui Irwan untuk mendapatkan penjelasan lanjut. “Saya tidak tahu Wira Perkasa ada kuasa yang begitu besar untuk paksa Perdana menteri meletak jawatan,” katanya.

RENUNG-RENUNGKAN

4 comments:

Anonymous said...

Di peringkat bawah ramai yang setuju dengan Irwan Fahmi. Cuma ada yang tak sabar dan ada yang masih beri ruang pada Najib. Apapun mesejnya ialah jika Najib masih dengan rentak lemahnya, politik UMNO juga akan berkubur. Sekarang bukan masa untuk cakap terlalu berlapik. UMNO mesti mengakui hakikat ini. Damage has been done

Anonymous said...

Setuju ngan Anon 8:13... Perlu tengok hakikatnya.. Najib dibuai mimpi yang rakyat secara kesuluruhannya masih menyokongnya... yang membebel menyokong adalah seperti menteri2 yang nak popular seperti Khairi... kos hidup masih tinggi, defisit negara meningkat... BN diambang kekalahan sekiranya tak membuat sesuatu... 5 tahun tak lama...

Anonymous said...

kalu bkn orang mcm irwan fahmi yg bolah sampaikn keluhan rakyat ,rakyat nk tunggu sapa lagi ?rkyt kna jumpa timbalan dan presiden saja ke ?kalu timbalan dan presiden duk atas puncak everest sana tu larat ke rakyat daki naik kat atas tu

hangkedee said...

Akar umbi sudah bersuara.Ah jib gor masih jadi Bapok.Hancur Malaysia.

 
 
Blogger Templates