“Kita tidak tahu apa akan terjadi dalam tempoh sehari dua ini,namun jika keadaan menjadi lebih buruk dan perang saudara tercetus, kita tiada pilihan selain membawa pulang pelajar kita.Keutamaan kita adalah keselamatan pelajar di sana.ini pendirian kita dan jika keadaan memaksa,kita mungkin melancarkan Ops Piramid 2 bagi membawa keluar semua rakyat kita di sana,” katanya dalam sidang media selepas Majlis rumah Terbukanya di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, di sini, semalam.
Turut berangkat dalam majlis itu Sultanah Pahang Sultanah Kalsom, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan barisan Exco Kerajaan Negeri serta wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di dalam kawasan Parlimen Pekan.Kira-kira 80,000 pengunjung menghadiri rumah terbuka berkenaan sejak awal pagi, malah ada juga pengunjung datang dari luar negeri ini, termasuk Lembah Klang dan Johor.
Najib berkata, beliau juga berharap rakyat Malaysia tidak terbabit dalam perhimpunan serta demonstrasi di negara berkenaan, termasuk menyokong mana-mana pihak, selain tidak menghampiri kawasan ‘panas’ bagi mengelak menjadi mangsa.Katanya,kerajaan juga akan membantu rakyat Malaysia yang bekerja di negara Asia Tengah itu untuk pulang, namun ia bergantung kepada keadaan kerana keutamaan kini adalah pelajar.
“Buat masa ini kita tiada keperluan untuk menutup kedutaan kita di sana, malah belum ada negara berbuat demikian,namun kita akan melihat perkembangan pergolakan itu dari semasa ke semasa.Apa yang berlaku di Mesir harus diambil iktibar oleh rakyat negara ini bahawa perubahan yang mahu dilakukan tidak semestinya membawa kebaikan, sebaliknya boleh mewujudkan keadaan tidak selamat,” katanya.
Mengenai perkembangan lain,Najib berkatatindakan Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz melantik anaknya sebagai pegawai khas tidak sepatutnya menjadi isu kerana ia tidak membabitkan wang kerajaan.Katanya,perlantikan itu hanya membabitkan tugas Nazri sebagai Ahli Parlimen Padang Rengas dan bukan atas kapasitinya sebagai Menteri Pelancongan.
“Ahli Parlimen berhak melantik sesiapa pun, termasuk ahli keluarga, bagi membantu mereka menjalankan tanggungjawab sebagai ahli parlimen dan ia tidak menjadi kesalahan kerana tidak menggunakan peruntukan kerajaan.Jadi perkara ini tidak harus menjadi isu, lebih-lebih lagi ia tidak menyentuh hal ehwal pengurusan kementerian,” katanya. -BH
10 comments:
Ahli parlimen mmg berhak melantik anak, isteri, menantu, ipar duai atau nenek mereka sekalipun untuk membantu kawasan mereka TAPI bukannya melantik didalam kementerian. Please la Najib, you are not only sound stupid but also acts like a stupid PM.
memang la pun dato' sri najib oii. baru je tukar ke parlimen padang rengas. sebelum tu nama nedim ada kt web kementerian pelancongan apasal? sebelum jawab, kena selidik dulu dato' sri. nanti org kata apa pulak...ye dak...malu saya bila org kata 'our pm...sound like stupid'.
Amat senang nak mengenalpasti pelajar mesir yang taksub parti pas. Seperti dalam gambar di atas. Biar jer Pas yang bawa dia orang balik. Kerajaan bawa pulang pelajar-pelajar yang tak berpihak dan yang sokong kerajaan.
Memang lawak yang paling raja lawak. Lihat sajalah gambar mahasiswi-mahasiswi tu... mereka teringin sangat nak bergambar (tunjuk Victory sign pulak tu), tapi kalau dah pakai tutup muka, siapa yang tau siapa punya muka? MasyaAllah. Janganlah tunjukkan kebebalan anda mahasiswi wei... Adakah ini produk dari pengajian di Mesir?
Yaaa... Ahli Parlimen berhak melantik sesiapa pun, termasuk isteri sendiri yang berambut bonjol besar cakap sana sini macam politikus pulak.
Pelajar2 yang direkrut oleh PAS inilah yg akan balik ke Maslaysia nanti dan menjadi penentang Kerajaan..Otak mereka telah di"SET" untuk menentang Kerajaan atas alasan Kerajaan tidak Islamik.. mereka inilah diantara puak2 yang tidak tahu mengenang budi, yg sanggup membunag "Bangsa" dan "NEGARA" atas alasan "Bangsa dan Negara tidak Islamik...
Artikel yang bagus, dalam masa yang sama kita kena ingat pasal Azeez Rahim ni , beliau tak layak jadi Pengerusi Tabung Haji . Kita tak nak kuasa di salah guna sewenang-wenang . Tabung Haji dah banyak skandal sebelum ni , Azeez pun cerita masa jadi CEO kat Tabung Haji pun tak habis lagi . Jangan biarkan duit rakyat pendeposit Tabung Haji disakau , ini lah jadi nya kalau orang tak layak dijadikan Pengerusi Tabung Haji , Azeez Rahim wajib berundur jadi Pengerusi Tabung Haji , mohon pautkan link http://no2azeezrahim.blogspot.com/ untuk pembongkaran cerita azeez rahim.
Kenapa kerajaan lantik Azeez Mamak Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji ?
Rukun Islam kelima kepada semua umat Islam di seluruh negara. Menunaikan Haj di tanah suci. Sekarang dengan perlantikan Azeez, siapa ada duit boleh menunaikan Haj, siapa yang tidak dapat bayar duit poket tidak akan dapat pergi.
TABUNG HAJI AKAN JADI EKSKLUSIF SEPERTI KEDAI ROLEX ATAU FERRARI. Rakyat biasa akan mula tolak Tabung Haji dan terpaksa menggunakan kemudahan yang lain untuk menunaikan Haji di tanah suci.
Kuota untuk Tabung Haji akan di pegang oleh Azeez Rahim supaya anak beranak, seluruh UMNO yang dia berhutang kepada boleh di lepaskan dengan memberi PERCUMA kepada mereka menunaikan Haj di tanah suci. Kesucian Agama kita sudah tercemar dengan perlantikan perompak ini sebagai pengerusinya. Bukan Presiden UMNO ini tidak tahu. Mesti dia sudah dapat laporan demi laporan penipuan ahli perniagaan Azeez ini kepada hampir semua pemimpin dalam UMNO dan di luar. Berapa ramai yang sudah terpedaya dengan dia ? Berapa ramai sudah di tipu dia ?
Adakah pemimpin UMNO yang lain hanya akan duduk dan jadi YES MAN seperti dalam pentadbiran Mahathir dan Pak Lah ? Adakah kesucian Haji sudah tidak bermakna lagi kepada teras kepimpinan UMNO sampai melantik seorang penipu perompak sebagai Pengerusi Tabung Haji di terima sebulat suara oleh mereka ?
Jangan sampai UMNO jadi pembangkang selepas Pilihanraya UMUM ke 14.
EH...Macam ZORRO aja.Kita mengadap ALLAH pun tak diwajibkan tutup muka.Ikhlas ke mereka ini atau hanya untuk menunjuk-nunjuk.
Balik Malaysia hanya tahu jual Kismis Minda.
Post a Comment