Zaharudin Muhammad
Ada dalang yang mahu menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden Pas,dakwa menantunya Zaharudin Muhammad.
Zaharudin Muhammad
Zaharudin yang juga ahli Majlis Syura Ulama PAS dilaporkan Meloyakini berkata terdapat saksi bagi mengesahkan dakwaannya yang dikatakan telah bermula sebelum pilihan raya umum (PRU) 2008 lagi.
"Semua bukti dalam bentuk saksi ada dalam tangan saya jika diperlukan,” katanya sambil turut menepis dakwaan beliau mempengaruhi Hadi,antaranya ketika proses mengeluarkan watikah calon secara kontroversi di Kota Damansara dalam PRU lalu.“Ini bermaksud,bukan saya punca sebenarnya (di Kota Damansara) dan bukan juga TG presiden,tetapi isu sebenar ialah usaha mengambil alih jawatan presiden. Itu blind spotnya (titik butanya).”
Menulis di Facebook-nya semalam,Zaharudin tidak menyebut secara khusus tentang pihak yang didakwa mahu menjatuhkan Abdul Hadi itu,sebaliknya beliau hanya merujuk sebagai “kumpulan kecil”.
Menurutnya juga,beliau “terpaksa menjadi team back-up mempertahankan Pas dan bukan mempertahankan bapa mertua atau sebaliknya.” Pada 27 Julai lalu, The Malaysian Insider dalam artikel bertajuk “Kebangkitan pengaruh menantu,kali ini dalam PAS” menuduh Zaharudin sebagai individu yang mempengaruhi keputusan Abdul Hadi dalam Pas.“Beliau (Zaharudin) dilantik sebagai Ahli Majlis Syura Ulama Pas pada 2011 dan sebagai Ketua Jabatan Agama di syarikat milik kerajaan negeri Selangor,Kumpulan Perangsang Selangor Berhad pada 2012.“Zaharudin dikatakan akan memainkan peranan besar dalam pemilihan Pas akhir tahun ini dimana terdapat gerakan untuk menyingkirkan golongan profesional atau “Erdogan” – sempena nama Perdana Menteri Turki Recep Tayyib Erdogan daripada kepimpinan tertinggi parti Islam itu untuk digantikan dengan golongan ulama,” dedah Amin Iskandar,Pengarang berita portal itu.
Menurut portal itu,golongan Erdogan Pas yang diketuai oleh Timbalan Presiden Mohamad Sabu mempunyai satu kekurangan iaitu hampir semua kalah dalam Pilihan Raya 2013 lalu.Mereka yang kalah adalah Salahuddin Ayub,Dr Dzulkefly Ahmad dan Datuk Husam Musa.Meskipun Husam menang di DUN Salor,namun beliau tidak dilantik semula sebagai Exco kerajaan negeri Kelantan di bawah kepimpinan Menteri Besar baru Datuk Ahmad Yakob.“Ini memberikan peluang besar kepada Zaharudin dan golongan yang tidak gembira dengan penguasaan profesional dalam Pas untuk menang,” kata satu sumber yang didakwa portal itu dari kepimpinan tertinggi Pas yang mahu namanya dirahsiakan.
“Tambahan lagi sekutu Zaharudin seperti Ketua Pemuda Pas,Nasrudin Hasan dan timbalannya Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz kedua-duanya menang di kerusi Parlimen Temerloh dan Pasir Mas.Nasrudin dikatakan terhutang budi dengan Zaharudin oleh kerana usahanya melobi Abdul Hadi agar membuat pengumuman “mengejut” pencalonannya di kerusi Temerloh yang sebelum itu milik calon PKR Ahmad Nizam Hamid,” katanya.
Selain itu,Zaharudin turut dikambinghitamkan dalam kes pertandingan tiga penjuru di DUN Kota Damansara.“Zaharudin yang dikenali sebagai ‘Din Ayam’ itu disalahkan kerana kerusi DUN Kota Damansara sebelum ini disandang oleh Dr Nasir Hashim pada Pilihan Raya 2008 jatuh ke Barisan Nasional (BN) apabila Pas turut sama bertanding melawan calon PKR,Umno dan tiga lagi calon bebas.“Hasilnya calon BN,Halimaton Saadiah mendapat 16,387 undi dan menang dengan majoriti 1527 undi di Kota Damansara mengalahkan kesemua calon yang bertanding, ” dakwa portal itu.Memetik sumber dalaman PAS Selangor,Zaharudin didakwa telah menggunakan latarbelakang sosialis Dr Nasir sebagai alasan untuk mempengaruhi Abdul Hadi untuk menandatangani watikah pelantikan Rizuan Ismail sebagai calon Pas di Kota Damansara walaupun Datuk Mustafa Ali dalam rundingan kerusi antara parti PR sudah bersetuju bahawa Presiden PSM itu sebagai calon Kota Damansara dengan menggunakan tiket PKR.“Bila Nasir menang atas tiket PKR pada 2008, Zaharudin yang menetap di seksyen 8 Kota Damansara tak berpuas hati. Katanya Nasir tidak cukup Islam,tidak selalu di masjid dan memuja Karl Marx,Vladimir Lenin dan Joseph Stalin yang merupakan tokoh-tokoh komunis,” kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.“Mustafa Ali terpaksa turun ke Kota Damansara berceramah bersama Dr Nasir untuk jelaskan kedudukan sebenar kepada orang ramai akan tetapi program itu diboikot oleh PAS kawasan,” tambahnya lagi.
SIAPA YANG SEBENARNYA NAK JATUHKAN HADI AWANG ???
ADAKAH ORANG PAS SENDIRI ???
ATAU KELUARGA HADI AWANG SENDIRI ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment