The National Evangelical Christian Fellowship (NECF) berkata dalam kes kalimah Allah sensiviti umat Islam di Semenajung Malaysia tidak penting berbanding dengan sensiviti Bumiputera di Sabah dan Sarawak.Eugene Yapp,Setiausaha Umum NECF membuat kenyataan itu. ketika ditemui media ISMA di Mahkamah Rayuan,10 September lalu.
“Jika umat Islam merasakan kalimah Allah ini penting,kami juga merasakan hak bumiputera adalah penting.Bumiputera sudah lama menggunakan kalimah Allah,jadi kenapa mahu ditukar?,” soalnya kembali kepada wartawan ISMA.
Ujarnya lagi,mereka akan terus memperjuangkan hak milik untuk mendapatkan penggunaan kalimah Allah ini dalam bible terbitan mereka.Mahkamah Rayuan Putrajaya yang diketuai YA Dato Seri Mohamed Apandi Hj Ali bersama dengan dua lagi YA Dato Abdul Aziz Abdul Rahim dan YA Dato Mohamad Zawawi Salleh,baru-baru telah mendengar rayuan penuh kerajaan untuk membatalkan larangan penggunaan kalimah suci Allah oleh penganut agama Kristian di Malaysia.Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi,Datuk Lau Bee Lan apabila memutuskan larangan Kementerian Dalam Negeri terhadap perkataan Allah dalam The Herald adalah tidak sah dan terbatal pada 31 Disember 2009.
Tambah Yapp lagi,pelbagai pihak Kristian turut hadir memberi sokongan termasuk wakil paderi gereja dari Sabah juga akan turut hadir.
Turut kelihatan beberapa orang wakil dari Persekutuan Kristian Malaysia (CFM).
Dalam pada itu menurut seorang peguam cina yang beragama Kristian (tidak mahu dikenali), perbicaraan kes kalimah Allah hari ini adalah lebih penting dari kes yang sedang dibicarakan di bilik mahkamah lain.
Katanya, hari ini adalah penentu kepada penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian di Malaysia.
“Perkara ini penting untuk mengekalkan keharmonian di Malaysia,” ujarnya.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment