Social Icons

Pages

Monday, September 16, 2013

HOT NEWS !!! KETUA KOMUNIS MENINGGAL DUNIA !!! 16 SEPTEMBER JUGA TARIKH PENGKHIANAT CHIN PENG DAN ANWAR IBRAHIM !!!


Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok, pada pukul 6.20 pagi Isnin. Beliau berusia 90 tahun.Menurut laporan Bangkok Post,Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua meninggal dunia akibat sakit tua.Laporan itu juga menyebut saudara-mara akan mengadakan upacara pengebumian pada Jumaat.Chin Peng yang lahir pada 21 Oktober 1924 mempunyai seorang anak lelaki di Malaysia sementara anak perempuaanya kini menetap di Australia.Berdasarkan laporan,Chin Peng mempunyai empat orang abang.Seorang daripadanya merupakan bekas guru besar di Ipoh sementara seorang lagi merupakan ahli perniagaan di Pulau Pinang. 

Manakala dua yang lain bekerja sebagai jurutera di New Zealand.Chin Peng diberikan pasport orang asing oleh kerajaan Thailand dan hidup dalam buangan selepas mengetuai pemberontakan gerila PKM dan berjuang menentang British dan tentera Komanwel untuk menubuhkan sebuah negara Komunis bebas.Pemberontakan komunis gagal dan beliau hidup dalam buangan di Thailand serta tidak dibenarkan untuk kembali ke Malaysia Dalam satu temuramah bersama wartawan The Star pada 2009,Chin Peng menaruh harapan untuk mati di tempat kelahirannya,iaitu Setiawan di Perak.Tetapi dia juga berkata,jika harapannya itu tidak dapat dipenuhi,dia ingin abu mayatnya dibawa balik untuk ditanam di samping kubur bapanya.

Pada 2008,cubaan bekas pemimpin komunis ini untuk mendapatkan perisytiharan dibenarkan masuk dan hidup di Malaysia terhalang selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memintanya mengemukakan dokumen kelahiran dan kewarganegaraan untuk membuktikan dirinya warganegara Malaysia sebelum beliau boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Malaysia - The Star


PSST - - Tarikh ini juga merupakan tarikh keramat segala janji tipu yang keluar dari mulut Anwar Ibrahim terbongkar.Memang sudah menjadi "Ketetapan Allah" tarikh 16 September ini menjadi tarikh penting bagi pengkhianat negara Malaysia agaknya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates