Social Icons

Pages

Friday, September 13, 2013

ISU KALIMAH ALLAH !!! SURAT TERBUKA IMCA KEPADA BADAN-BADAN GEREJA MALAYSIA DAN PENGANUT KRISTIAN DIDEDAHKAN !!!


kelmarin keputusan tentang Kalimah Allah telah ditangguhkan hingga bulan depan,kedua-dua pihak sudah berhujah dan ramai umat Islam dari pelbagai pertubuhan dan individu telah datang dan memberikan sokongan supaya Kalimah Allah dipertahankan dari digunapakai oleh agama lain.Aku tabik umat Islam yang sayangkan agama Islam ni semua.Makanya saya nak kongsi satu artikel dari IMCA mengenai isu ini,bacalah kalau korang sudi.Kita semua umat Islam kena bersatu mempertahankan Kalimah Allah ini.(Artikel ini diterjemahkan daripada artikel asal yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.Maksud asal artikel ini telah dipelihara sebaik mungkin oleh penterjemah.Namun begitu beberapa istilah yang spesifik mungkin tidak dapat dialihkan secara tepat.) Persatuan Pengguna Islam Sedunia (IMCA) adalah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang didaftarkan di Malaysia dan mempunyai majlis NGO Islam dari seluruh dunia. 

Kami merujuk kepada laporan yang disiarkan dalam akhbar The Star Jumaat 23 Ogos 2013,yang mengandungi kenyataan Cik Ratna Osman yang mewakili SIS Forum Berhad .Dalam ulasannya mengenai keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan pihak gereja,beliau berhujah bahawa Malaysia satu-satunya negara di dunia yang tidak membenarkan penggunaan nama Allah oleh agama selain daripada Islam.Kami ingin menegaskan bahawa kenyataan beliau sama sekali tidak benar.Antara lainnya,Brunei dan Arab Saudi juga mempunyai larangan sebegini. Sebagai sebuah organisasi antarabangsa yang bertanggungjawab,IMCA berasa bimbang akan desakan badan-badan gereja Malaysia untuk menggunakan nama tertinggi Islam untuk Tuhan Maha Kuasa,Allah.Kami ingin bertanya apakah motivasi Majlis Gereja Malaysia (CCM), Persekutuan Krisitan Malaysia dan National Evangelical Christian Fellowship (NECF) berbuat demikian? 

Adakah ianya untuk menyatakan fakta kebenaran yang mereka percaya, seperti yang biasanya dilakukan oleh orang-orang yang suka dan patuh kepada kebenaran, atau ada tujuan lain di sebalik langkah ini? Kita mendapati antara lainnya, Gereja Yunani Ortodoks (Greek Orthodox Church) tidak bersetuju dengan penggunaan nama Allah sebegitu berdasarkan petikan berikut ; "Malangnya, kita terlalu kerap cuba untuk contextualize penyebaran Gospel kita sehinggakan menghakis nilai warisan kerohanian gereja. Penghakisan nilai warisan kerohanian gereja dalam penyebaran ajaran Kristus (Christ) mengurangkan potensi sebenar pengalaman rohani keseluruhannya" (Gabriel Habib, Pengarah Yunani Ortodoks Majlis Kristian Timur Tengah dalam suratnya kepada para pemimpin Kristian;1987) 

Umum diketahui penganut Kristian telah lama berusaha memurtadkan kaum Melayu sejak zaman Vasco de Gamma, Albuquerque dan St Francis Xavier namun tidak menemui kejayaan. Prof Mohamad Ajmal Al Aidrus memetik kenyataan G.E.Morrison(1957) dalam jurnal Muslim World(Jurnal Pengajian Islam volum XLVII 298) "Tanpa unsur Melayu, gereja di tanah ini akan sentiasa berketerampilan asing dan berunsur pendatang ; tanpa Melayu gereja tidak dapat menonjolkan unsur universal kepada semua; tanpa Melayu kita tidak lengkap dalam mengenengahkan kesempurnaan (ideal) perpaduan semua manusia di bawah Kristian. Bukanlah pihak Gereja tidak berjaya langsung seperti yang kita lihat dalam kes Azlina Jailani (Lina Joy) dan Aishah Bokhari (Felicia). Prof Mohamed Ajmal Al Aidrus menanyakan "Adakah kelulusan penggunaan perkataan Allah itu salah satu peluang yang dinanti-nantikan oleh puak evangelis Krisitan? Adakah desakan ini untuk menarik dan mengundang segelintir orang Melayu Islam yang lemah keimanannya seperti yang dibuktikan dalam kes Azlina dan Aishah?

ANDA NAK LAGI ???


UNTUK SELANJUTNYA 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

buatlah kajian untuk mengetahui apakah pandangan para penganut Buddha, Hindu dan lain-lain agama kalau perkataan 'kepercayaan kepada Tuhan' dalam Rukun Negara ditukar kepada 'kepercayaan kepada Allah'?

 
 
Blogger Templates