Social Icons

Pages

Monday, September 02, 2013

KANTOI !!! KHALID SAMAD DAKWA PAS PENGKHIANAT ???


Ahli Parlimen Pas Shah Alam,Khalid Samad menuduh ada di kalangan pimpinan partinya telah mengkhianati perjuangan Pakatan dengan meletakkan calon dan bertempur sesama sendiri.Khalid yang juga Timbalan Pesuruhajaya Pas Selangor membuat dakwaan itu ketika menjawab persoalan khianat di laman peribadinya, www.khalidsamad.com Mengambil contoh kes Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara (KD), Khalid berkata Pas tidak sepatutnya meletakkan calon,sekalipun Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim yang bertanding, kerana beliau bukan bertanding di atas tiket partinya, sebaliknya atas tiket PKR.Menurutnya,Pas perlu akur sesiapa sahaja yang bertanding atas tiket PKR, tanpa mengira ideologi yang dianutinya. 

“Dalam kes Kota Damansara, ianya telah dipersetujui,sejak awal lagi,ianya kerusi PKR.Soal calonnya anggota atau Presiden PSM sekalipun tidak releven kerana itu pilihan PKR siapa yang mereka ingin letakkan sebagai calon mereka.Akhirnya lambang di atas kertas undi adalah lambang PKR bukan PSM. Tiba-tiba PAS letak calon dan serang calon PKR.Maka PAS khianati perjanjian.Dalam kes PSM bertanding atas lambang mereka sendiri,seperti di Semenyih,tidak timbul isu khianat sekiranya PAS,PKR atau DAP ditugaskan PR untuk bertanding di kerusi yang sama Kerana PSM bukan sebahagian dari perjanjian kerjasama PR dan tidak pernah saya mendakwa mereka adalah sebahagian dari PR.Oleh itu khianat kepada PSM tidak timbul.Soal khianat hanya timbul apabila salah satu parti dari tiga parti yang berpakat dalam PR bertanding menentang parti lain dari PR.

Iaitu PAS bertanding lawan PKR atau DAP atau PKR bertanding lawan PAS atau DAP atau DAP bertanding lawan PAS atau PKR. Lawan PSM atau mana-mana parti yang bukan dalam PR dalam konteks ini adalah tidak khianat.Maka dalam kes Kota Damansara,PAS bertanding lawan calon PKR bukan calon PSM. PSM tidak bertanding. Adakah betul Dr Nasir merupakan calon PKR? Tanyalah PKR. Watiqah dari PKR,” katanya.Untuk mengukuhkan hujahnya, Khalid turut memberi contoh kes yang berlaku di DUN Sg Acheh. “KD tidak bertindih dari awal. Dalam kes kerusi bertindih sekalipun, apabila diputuskan oleh PR siapa yang sepatutnya bertanding di kerusi berkenaan, maka semua perlu akur dan sekiranya tidak, seperti di Sg. Aceh, maka ianya juga suatu pengkhianatan.Khianat pada perjanjian yang telah dimeteraikan bersama PR maka dengan itu khianat kepada imej serta pendirian PAS dan juga Islam secara amnya,”katanya lagi.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

4 comments:

Anonymous said...

Khalid Samad masuk aje lah PArti Sosialis dan keluar PAS sebab khalid sebenarnya telah merosakkan agenda suci PAS.

Anonymous said...

Liberal tetap liberal walau di dalam parti mana anda berada...Liberal lebih syaitan dari syaitan sendiri...

Anonymous said...

YB Khalid benar dalam menghurai pendapatnya. Tetapi ahli PAS ada pendiriannya kerana Perjuangan PAS mendahului Islam dalam semua perkara.

HassanNik said...

Bila Si Khalid Samad Dah Kata Begini, "Pas perlu akur sesiapa sahaja yang bertanding atas tiket PKR, tanpa mengira ideologi yang dianutinya", Maka Sohihlah PAS Bukan Lagi Parti Politik Yang Memperjuangkan Islam Dan Seterusnya Beristikomah Dan Bertekad Hendak Menubuhkan Negara Islam. Dengan Itu, Terang Lagi Bersuloh, PAS Sekarang Lebih Mengutamakan Kuasa Sahaja Dan Sangat Berkeinginan Untuk Menjatuhkan UMNO, BN Dengan Apa Cara Dan Gandingan Sekalipun. Pokoknya Buas Dan Puas!!!

 
 
Blogger Templates