Social Icons

Pages

Monday, September 16, 2013

KANTOI !!! PROJEK IC TUN MAHATHIR !!! BUKTI PUAK PEMBANGKANG KENCING RAKYAT MALAYSIA DIDEDAHKAN !!!


Walaupun telah lama bersara,Tun Dr. Mahathir Mohamad masih terus mencuri ruang di media massa di seluruh dunia.Beliau kekal menjadi rujukan mereka-mereka yang ingin mencari ilmu,menjadi panduan kepada mereka-mereka yang bijaksana dan merendah diri bertanya,serta menjadi sasaran kepada yang gagal menjatuhkannya.Oleh kerana itu,Tun Dr. Mahathir tidak mampu mengharungi persaraannya dengan tenang.Seperti semua tokoh-tokoh hebat sepanjang zaman,Tun Mahathir mempunyai ramai penyanjung dan tak kurang juga musuh.Apa yang dapat dilihat ialah dendam kesumat dan hasad dengki manusia mampu berkekalan selama-lamanya,mungkin sehingga ke akhirat jua.Oleh itu,usaha-usaha untuk menjatuhkannya walaupun beliau tidak lagi berada di singgahsana terus dilakukan tanpa jemu.Mungkin ini berlaku kerana Tun Mahathir masih menjadi tulang belakang kepada UMNO.Mengenalpasti hakikat ini,pembangkang cuba memburukkan beliau dengan harapan akan turut memburukkan UMNO dan juga sebaliknya.

Antara usaha pembangkang yang berterusan ialah untuk mengaitkan beliau dengan isu kad pengenalan di Sabah.Kerana isu tersebut,beliau diheret ke panel RCI sebagai saksi ke-209.Pembangkang cuba menggambarkan bahawa Negarawan itu pastinya ‘kecut perut’ untuk menjawab segala soalan kerana beliau bersalah.Namun,penampilan beliau yang tenang dan tersenyum sepanjang masa menyukarkan pembangkang untuk mengukuhkan tuduhan mereka.Berbanding dengan Anwar Ibrahim yang bersilat keliling,melompat-lompat dan menjerit-jerit apabila dituduh,Tun Mahathir langsung tidak melatah.Sesuai dengan gelarannya sebagai seorang tokoh ulung,beliau menerima tanggungjawabnya untuk hadir sebagai saksi dan menjawab soalan dengan sopan dan bersahaja.Dari jawapan Tun Mahathir,saya dapati isu kad pengenalan di Sabah sebenarnya tidaklah serumit mana.Ia hanya digambarkan sebagai rumit seolah-olah melibatkan konspirasi besar-besaran oleh pihak kerajaan kerana pembangkang telah ketandusan isu dalam usaha memuaskan dendam kesumat mereka. 

Tun Mahathir menyatakan dengan tegas bahawa kad pengenalan hanya dikeluarkan kepada orang asing jika mereka memenuhi criteria yang telah ditetapkan.Antaranya ialah,mereka telah tinggal di negara ini dalam tempoh yang lama,dapat bertutur bahasa tempatan serta mengamalkan budaya hidup masyarakat tempatan.Beliau tidak pernah terlibat dalam mengeluarkan kad pengenalan kerana kerja itu tidak termasuk dalam skop kerjanya sebagai Perdana Menteri ketika itu.Justeru,jika terdapat kes di mana mereka yang tidak layak turut menerima kad pengenalan Malaysia,ia adalah menyalahi undang-undang dan orang yang mengeluarkannya perlu disiasat.Tindakan pembangkang melabelkan isu ini sebagai ‘projek IC Mahathir’ turut menimbulkan kelucuan bagi beliau kerana beliau tidak pernah ‘melancarkan’ sebarang projek sebegitu.Nampaknya,pembangkang begitu terdesak untuk membalas dendam sehingga sanggup mengaitkan nama beliau dalam apa saja isu yang sempat, tanpa memikirkan sama ada ia logik atau tidak sama sekali. 

Justeru,saya ingin nasihatkan pembangkang agar menumpukan sepenuh perhatian untuk berkhidmat kepada rakyat bukan menipu.Jika benar Tun Mahathir sudah tidak relevan sepertimana yang dilaungkan sejak beliau belum bersara lagi,maka kenapakah nama beliau masih terus diungkit dan disalahgunakan di sana sini ??? Bukankah tindakan pembangkang ini hanya membuktikan lagi bahawa beliau sememangnya hebat dan pembangkang sebenarnya tidak mampu menyaingi walaupun seorang pemimpin UMNO yang telah lama bersara ??? dan apa yang lebih penting lagi,bukankah ia hanya membuktikan yang pembangkang sememangnya penipu ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates