Social Icons

Pages

Thursday, October 03, 2013

BONGKAR !!! CEC DAP !!! MANA LAGI 845 PERWAKILAN DAP ??? DAH GHAIB KER ??? WAJIB BACA !!!


Parti DAP terus dipandang sinis walaupun setelah pemilihan semula CEC selesai.Sebelum ini,keputusan DAP untuk akur dengan syarat ROS dan mengadakan pemilihan semula juga,telah diterima dengan penuh kesangsian oleh ahli-ahli mahupun pemerhati politik dari luar.Pendek kata,tiada siapa percaya bahawa DAP mampu mengadakan pemilihan secara telus dan adil.Semua pihak ternanti-nanti dan meneka-neka bagaimana pemimpin DAP akan memanipulasi undi kali ini,bagi memastikan kemenangan mereka sekali lagi.Akhirnya,saya dapati bahawa strategi mereka adalah sama saja iaitu memastikan tidak ramai yang hadir ke mesyuarat.Jika mesyuarat sebelum ini menyaksikan seramai 753 orang perwakilan tidak hadir kerana tidak mendapat notis,maka mesyuarat kali ini pula mendapati jumlah ketidakhadiran yang meningkat iaitu 845 orang. 

Tidak dapat dipastikan sama ada kesemua 753 orang yang telah terpinggir sebelum ini merupakan orang yang sama tidak hadir dalam mesyuarat kali ini.Jika benar,maka ia merupakan sesuatu yang aneh sekali.Untuk apa 753 perwakilan tersebut membuat aduan kepada ROS kerana tidak dapat mengundi kerana menerima notis mesyuarat lalu,jika mereka enggan hadir di dalam mesyuarat pemilihan yang diadakan semula ??? Berbagai-bagai persoalan dan teori dibuat oleh orang ramai mengenai keganjilan ini.Ada yang menuduh pemimpin DAP telah menggunakan taktik ugutan dan ada juga yang menuduh terdapatnya unsur-unsur ‘jual-beli’ perwakilan.Syak wasangka ini tidak dapat dielakkan kerana pemimpin DAP sudah terkenal dengan sikap samseng lagi korup serta kotor.Bukan sahaja 845 dari 2576 perwakilan ‘hilang’,tetapi 17 dari 63 calon juga menarik diri di saat akhir.Kedua-dua jumlah ini masing-masing mewakili hampir 1/3 dari jumlah keseluruhan yang layak mengundi dan yang menjadi calon. 1/3 bukanlah jumlah yang sedikit.Untuk sebuah parti yang boleh dikatakan kecil berbanding UMNO,ia merupakan jumlah yang cukup signifikan.Sepatutnya,dengan hanya 2,000 lebih perwakilan,DAP seharusnya mampu menyaksikan kehadiran sehingga 90%. 

Apatah lagi dengan hakikat bahawa ini adalah pemilihan semula yang menjadi kontroversi.Lebih-lebih lagi dengan wang yang begitu banyak sehingga mampu mengadakan mesyuarat di Hotel Lima Bintang,maka bukankah lebih elok jika wang tersebut digunakan sepenuhnya untuk menaja kehadiran semua perwakilan untuk memastikan tiada lagi ruang keraguan ??? Apapun,seperti yang kerapkali diulang,DAP sememangnya sudah hilang kredibiliti.Pemimpin DAP sudah tidak ada nilai lagi.Mereka semua tidak layak lagi untuk menyebut perkataan ‘moral’ ataupun ‘integriti’.Oleh itu,satu-satunya cara untuk DAP memulihkan reputasi ialah dengan melakukan perubahan drastik di mana semua pemimpin utama yang pastinya menjadi dalang kepada manipulasi undi dan strategi kotor pemilihan ini,perlu dibuang.Namun,saya meragui yang DAP benar-benar pentingkan kebersihan kerana sifat semulajadi bangsa Cina itu tidak kisah pun dengan kekotoran tidak kira dari segi urusan perniagaan, kediaman mahupun makanan.Jika ini tidak benar,mana mungkin Jenice Lee yang beria-ia menghentam DAP sebelum ini sehingga dipecat,tiba-tiba tersenyum gembira turut bersama-sama mengundi dalam CEC ??? Kotor-kotor DAP pun,parti itu juga yang dia suka.bukan susah,lap saja ok apa ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates