Buat masa ini,kebanyakan dari rakyat Kedah tanpa mengira parti masih lagi berkabung atas kembalinya Tan Sri Azizan Razak ke Rahmatullah.Biar apapun kelemahan pentadbiran beliau,tiada siapa dapat menafikan sifat amanah dan kejujuran beliau dalam memperkatakan soal agama.Allahyarham dihormati di kalangan musuh sebagai seorang yang berpendirian teguh namun,malang sekali,atas alasan yang sama juga arwah diragui di kalangan rakan hanya kerana enggan meneggakkan benang yang basah.Kerana ketokohannya,acara pengebumian Tan Sri Azizan menyaksikan ribuan manusia sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas yang teruk.Adalah dilaporkan di kalangan keluarga beliau sendiri tidak sempat menghadiri pengebumiannya akibat tersekat dalam kesesakan.Ada juga di kalangan warga emas yang terpaksa membatalkan niat untuk menghadirinya kerana tidak mampu berjalan jauh memandangkan tiada ruang untuk meletak kereta lagi di kawasan sekitar.Begitulah pemergian arwah amat dirasai dan ditangisi oleh semua yang tahu menghargai perjuangan murninya yang berasaskan perpaduan ummah.
Namun,lumrah dunia ini adalah terikat pada peraturan di mana yang hidup perlu meneruskan kehidupan dan peraturan itu juga menyatakan bahawa Pilihanraya Kecil perlu diadakan segera bagi menentukan wakil DUN Sungai Limau yang sebelum ini disandang oleh arwah.Datuk Mukhriz yang diketahui begitu kerap melawat arwah ketika sakit dan paling pantas tiba menziarahi jenazah di hospital kini perlu berhadapan dengan cabaran besar untuk memastikan BN berjaya mengatasi PAS dalam PRK Sungai Limau.Cabaran ini sekali gus merupakan cabaran peribadi ke atas kemampuannya terutama dalam menghadapi pertandingan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan nanti.Kerusi Sungai Limau telah menjadi kerusi ‘tetap’ arwah sejak 1995 lagi tanpa gagal.Justeru,cabaran yang dihadapi oleh Datuk Mukhriz bukannya calang-calang kerana orang-orang Sungai Limau sudah terlalu biasa dengan PAS, yakni,dengan Ustaz Azizan Tidak keterlaluan dikatakan bahawa memilih Ustaz Azizan dan PAS bagaikan ‘kewajiban’ kalaupun bukan ‘budaya’ masyarakat setempat.
Faktor calon pastinya memainkan peranan besar dalam PRK ini.Setakat ini 3 nama telah disebut-sebut sebagai calon BN,namun masih tiada kepastian lagi.Untuk negeri Kedah,Sungai Limau adalah kawasan ‘terbaik’ bagi PAS selepas Tokai.Dalam PRU-13,terdapat 27,287 pengundi berdaftar di Sungai Limau dan peratusan mengundi ialah 89.43%.Dari jumlah itu,93% adalah dari kaum Melayu dan 7% lagi adalah Cina.Apa yang menarik ialah Ustaz Azizan pada waktu itu dicabar oleh sepupunya sendiri iaitu Fadzillah Mohd Ali serta dua lagi calon Bebas.Arwah menang dengan 13,294 mengatasi Fadzillah yang mendapat 10,520 undi.Calon-calon Bebas masing-masing hanya berjaya mendapat tidak lebih dari 100 undi.Jumlah majoriti kemenangan Ustaz Azizan bagaimanapun menurun dari 3,212 pada 2008 kepada 2,774 pada 2013.Hakikat bahawa arwah ditentang oleh sepupunya sendiri dan menang dengan jumlah majoriti yang berkurangan, boleh dilihat sebagai petanda bahawa BN mempunyai peluang untuk menang di sini.Apa yang pasti,bahawa bukan semua,termasuk dari keluarga Ustaz Azizan sendiri di Sungai Limau,yang mendokong perjuangan PAS.Malah,jika kena calonnya dan kena gayanya,orang-orang Sungai Limau mampu beralih arah kepada BN.
Pembaharuan pemikiran generasi baru mungkin merupakan antara sebab majoriti Ustaz Azizan menurun sedikit dalam PRU lalu.Sedikit demi sedikit penduduk Sungai Limau pastinya mendambakan pembangunan yang mampu membawa peluang pekerjaan dan mengeluarkan mereka dari keadaan statik sejak berkurun lalu.Jika perkara ini dapat ditekankan dengan betul,tidak mustahil BN mampu merampas Sungai Limau dari PAS.Selain itu,secara dasarnya,Sungai Limau tiada bezanya dengan kawasan-kawasan PAS yang lain.Rata-rata penduduknya meletakkan agama sebagai faktor utama untuk memilih pemimpin.Kalau tidak salah,terdapat sekurang-kurangnya 4 sekolah agama berkonsepkan pondok di kawasan ini.Ini sudah cukup untuk menggambarkan kehendak dan kecenderungan masyarakat di sini.Justeru,BN perlu memastikan memastikan calon yang diletakkan mempunyai pegangan dan pengetahuan agama yang cukup mantap bagi meyakinkan penduduk setempat.Kesimpulannya,sekiranya BN serius untuk menang di sini,maka kepimpinan perlu meletakkan calon yang mempunyai pengetahuan agama yang cukup serta mampu pula membawa perubahan dan anjakan pemikiran serta pembangunan di Sungai Limau.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
Kepada penyokong BN (terutamanya UMNO) yang sekian lama 'patah-hati' melihat tiada perubahan dalam kabinet, menang atau kalah di Sg. Limau, tak membawa sebarang erti.
Amatlah jelas, hampir kesemua Menteri kabinet adalah 'fossil' tinggalan Pak Lah dan mereka amat kaya-raya. Mereka hanya mahu kerja senang, tidak boleh berfikir sendiri dan memerlukan CON-sultant yang dibayar beratus juta untuk melakukan kerja mereka. Selepas mengurangkan subsidi petrol, Najib membazir wang rakyat, menyewa pejabat di San Francisco, yang ber'scenic view'kan Golden Bridge yang indah. Kalau betul mahu berjimat WANG Rakyat dengan mengurangkan subsidi, mengapa tidak di bubarkan saja, PEMANDU dan berhentikan khidmat CON-sultant atau lain2 penasihat, terutama warga asing, yang ramai di GLC dan MAS. Barulah rakyat tak marah sangat kenaikian harga petrol.
Balik pada PRK Sg. Limau: Apa pun keputusannya, Kedah akan tetap di miliki BN. Kewibawaan Mukhriz tidak akan terjejas. Lagi pun beliau sendiri pernah melontar idea untuk beri jawatan EXCO pada PAS. Oleh yang demikian, sebagai membukti persaudaraan sesama Islam, marilah kita memberi kemenangan kepada PAS. Asalkan PAS tidak beri laluan pada PKR atau DAP, biarkan PAS menang tanpa bertanding. Tiada ceramah/kempen, caci mencaci dan fitnah yang lebih merengang & memecah-belah sesama kita, orang Islam. Lagi pun kerajaan boleh berjimat WANG & masa rakyat, memasang poster dan memacak bendera dan buang masa untuk pergi mengundi. Jika kerajaan pusat mahu letak calon juga, saya gesa semua pengundi di Sg. Limau, memangkah PAS, sebagai protes dan memberi isyarat kepada Najib supaya menukar anggota kabinetnya yang ramai melakukan pembaziran. Jika orang Cina dalam MCA, Gerakan dan DAP boleh bersatu untuk menjaga kepentingan mereka, mengapa Melayu tidak boleh? Jika pengundi Melayu di Sg.Limau bersatu 100% menyokong PAS, ia akan memberi keyakinan kepada PAS untuk keluar PR dan bersatu dengan UMNO untuk menghadapi PRU14. Jika kita tidak percaya sesama bangsa dan agama, siapa lagi yang kita boleh percaya? Mat Salleh? (Najib amat percayakan dan suka, anything Anglo. Dia minat EPL. Sampai tengah malam, sanggup lepak dan buang masa dengan rakyat. Sokong MU ke Liverpool, saya tak pasti. Pegang dua jawatan kabinet. Mana ada masa nak pantau lain2 Menteri. Pasal tu ramai penasihat dan mudah terpedaya & terpikat dengan pembodek).
Jika BN menang di Sg. Limau, ego beliau akan melonjak lagi. Sudah tentu Najib akan mendabik dada mengatakan kepercayaan rakyat telah kembali kepada BN. Maka dasar-dasar sekarang akan berterusan.
RD.
Post a Comment