AHLI Dewan Negara,Senator Datuk Dr. Johari Mat yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas berkata,tiada tempat untuk pengikut Syiah dalam Pas kerana parti itu berteraskan pegangan Ahlus Sunnah Waljamaah (ASWJ).Ini adalah kenyataan berani dari seorang ulama akademik yang tahu perbezaan yang amat nyata antara fahaman Syiah dengan ASWJ dari sudut akidah, ibadah,syariah dan akhlak.Presiden Pas,Abdul Hadi Awang tidak berani membuat penegasan ini apalagi Timbalannya,Mat Sabu kerana kedua-duanya adalah pengkagum revolusi Iran sehingga terbawa-bawa dalam politik Malaysia.
"Bagi saya orang yang tidak faham Syiah memang tidak akan faham.Saya secara peribadi tidak teragak-agak menyatakan yang salah itu salah dan yang betul itu betul kerana kepentingan Islam mesti diletakkan di atas" tegas Dr. Johari lagi.Kepercayaan kepada konsep Imamah yang maksum,membolehkan jama' dan qasar dalam solat tanpa sebab,membenarkan taqiyyah yang tidak syarie,membolehkan mutaah yang merosakkan sistem kekeluargaan,menghina para sahabat dan isteri Nabi Aishah,menyiksa diri secara berdarah sempena sambutan Ashura adalah antara hal-hal yang tidak terdapat dalam fahaman ASWJ.Prof. Yusof al-Qardawi yang mulanya amat jinak dengan isu Syiah akhirnya menyatakan Syiah membawa ajaran yang menyesatkan dan kafir (Al-jazeera-6.3.2013) selepas menyaksikan pembunuhan ratusan ribu umat Islam di Syiria.Imam Khomeini dalam majalah Dustur terbitan Lebanon (1hb Ogos 1983, edisi 297, hal 16-18) memberikan wasiat supaya memerangi negara-negara Islam sampai mereka menjadi negara Syiah.
Katanya, " Ketika perang dengan Iraq telah selesai maka kita wajib memulai perang dengan negara lainnya.Saya mengimpikan bendera kita berkibar di Amman,Riyadh,Damsyik, Kaherah dan Kuwait ".Penegasan Qardawi dan wasiat Imam Khomeini amat penting diteliti oleh golongan AWSJ kerana apa yang sedang berlaku di Iraq,Syria dan Bahrin adalah gambaran apa yang diwasiatkan oleh Khomeini dan dibimbangi oleh Qardawi.Tidak mustahil Indonesia yang semakin subur pengaruh Syiahnya dan Malaysia yang jumlah penganutnya sudah sampai suku juta bakal jadi ancaman kepada ASWJ di rantau ini.Amaran Dr. Johari Mat itu mempunyai asas yang kukuh kerana taqiyyah,penyamaran atau berpura-pura merupakan senjata berkesan pengaruhnya yang boleh menyelinap ke dalam organisasi politik seperti Pas.Menjelang Muktamar Pas pada 22 November ini isu ini bakal berbangkit.Dewan Ulama Pas harus bersidang segera supaya suatu pendirian diambil mengenai Syiah seperti yang telah diambil terhadap kalimah Allah.Sudah ada organisasi Islam mengambil pendirian Syiah adalah mazhab kelima dan kalau Pas mengambil pendirian yang sama kebimbangan Dr. Johari itu adalah berkaitan
Banyak isu yang kemungkinan berbangkit dalam Muktamar Pas kali ini.Di samping isu tahalluf siasi yang bakal dibahaskan,kalimah Allah tidak kurang pentingnya,soal parasit dalam Pas dan wibawa kelompok ulama baka ditampilkan,isu Syiah juga bakal ditimbulkan kerana ia adalah perkara pokok dalam konteks politik Malaysia.Kalau Pas tidak peka dengannya kelompok khalayak yang teguh mempertahankan faham ASWJ bakal memisahkan diri dengan perjuangan Pas.Perjuangan Islam Pas bakal menjadi kabur dan isu akidah Pas menjadi semakin celaru.Isu kalimah Allah tanpa disedari oleh Pas telah mengurangkan sokongan dan simpati rakyat kepada parti itu.Isu tahalluf siasi bakal membangkitkan perbincangan mengenai faedah berbanding yang diterima oleh Pas untuk memperjuangkan Islam menyedari DAP tidak berminat ke arah negara Islam dan menginsafi Anwar Ibrahim ingin memperjuangkan fahaman pluralisme agama.Sehingga kini tahap kefahaman DAP terhadap perjuangan Islam Pas berlaku sebaliknya.Bayangkan sekiranya Pas mendukung faham Syiah penulis tidak fikir DAP boleh menerimanya secara terbuka dan Anwar menerimanya tanpa perkiraan politik.Di sinilah relevannya peringatan Dr. Johari kepada orang Pas supaya menentukan sikap sama ada ingin mempertahankan fahaman ASWJ atau mendukung fahaman Syiah. - Utusan Malaysia
1 comment:
Feudalism dijatuhkan oleh apa jua gerakan/kumpulan bukanlah satu yang pelik malah sering berlaku sepanjang zaman.
Ia tidak pelik kalau perlumbaan tidak sihat berlaku antara antara feudalism vs teokrasi atau teokrasi vs feudalism; demokrasi vs komunism atau komunism vs demokrasi dsbnya.
Ia tidak pelik kalau perlumbaan tidak sihat waima kalau ianya melibatkan teokrasi vs teokrasi berlaku lama sesudah ketiadaan nabi akhir zaman.
Namun, ia adalah jelek bilamana teokrasi menjatuhkan sesama teokrasi dan paling jelek bilamana ianya berlaku sejurus sesudah kewafatan nabi dan kejelekan itu seolah-olah tidak ujud. Kenapa? Tidak mahu mendedahkan pekung di dada?
Nah, kalau sewaktu pemerintahan era 4 kahlifah lagi sudah ada isu teokrasi vs teokrasi, makanya tak perlulah mana-mana mukmin terlalu kagum dan fanatik dan dalam masa sama mengambil kredit dari kejayaan teokrasi menumbangkan feudalism Iran.
Ini kerana tumbang-menumbangkan dalam kalangan komunism/ demokrasi/ feudalism bukanlah perkara aneh kerana perkara lebih aneh iaitu teokrasi tikam belakang teokrasi yang telah lama berlaku tetapi kerana ia membabitkan agama, ia seolah-olah tidak ujud.
Post a Comment