Social Icons

Pages

Wednesday, October 23, 2013

HOT NEWS !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! BN ADA PELUANG CERAH UNTUK TEWASKAN CALON PAS !!!


Walaupun ia merupakan kubu pembangkang tetapi BN masih mempunyai peluang menang.Di mata calon Bebas kerusi Sungai Limau,PAS tidak sekuat mana.Sobri Ahmad berkata,walaupun kerusi merupakan kubu kuat pembangkang,tetapi BN masih mempunyai peluang menang.

“BN boleh menandingi kelebihan PAS jika meraih 60% sokongan pengundi muda,di samping menawan peti undi Sedaka (1,088 pemilih) dan Kampung Titi Batu (1,142 pemilih) serta memfokus pengundi bukan Melayu di DUN Sungai Limau,” katanya.Kekuatan PAS tertumpu di Bukit Besar (1,519 pengundi),Bukit Choras (712),Gelam Tiga (599), Sungai Dedap (1,032), Matang Buluh (940),Simpang Tiga Luar (690) dan Ulu Sedaka (832).Tetapi tidak semuanya mengundi calon PAS kerana faktor pepecahan dalaman parti itu pada PRU-13 lalu,respon pengundi dijangka berbeza kali ini,katanya. 

5,255 pengundi baru 

Beliau menambah,daripada seramai 27,222 pemilih berdaftar direkodkan bagi PRK tersebut termasuk dua pengundi di luar negara,sebanyak 5,255 adalah pemilih baru yang bakal menentukan kemenangan,berbanding pengundi tradisi PAS sekitar 12,000 manakala BN kira-kira 9,000 pengundi. Sejak lima penggal lalu, daripada 19 pusat daerah mengundi,PAS menang 12 sementara BN hanya menang tujuh saja, dakwa Sobri. Bagaimanapun, beliau mengakui beberapa kawasan tertentu jentera BN tidak boleh menembusi kubu kuat PAS. “Hanya NGO yang boleh masuk ke kawasan tersebut,ini yang saya lakukan dalam PRU 13 lalu. “Mereka tidak boleh terima kalau orang masuk itu orang Umno, tapi kalau masuk dengan NGO mereka terima. “Ini yang saya buat dulu…,” tambah Sobri lagi.

`Tidak mahu wakil rakyat PAS’

Seorang lagi bekas calon bebas iaitu Abdullah Hashim memberitahu, beliau dan penyokong akan bekerja kuat untuk memastikan PAS kalah. Menurutnya, PAS tidak pernah pernah membawa kemajuan kepada penduduk Sungai Limau. Bekas aktivis PAS itu menambah,selama ini PAS hanya menipu penduduk Sungai Limau. “Kami tidak mahu wakil rakyat PAS lagi,” katanya. - FMT

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

50-50, dengan syarat jangan nampak sangat tiongha dibodek berlebih-lebihan dan lebih berkesan kalau Tiong Lai yang mendekati mereka.

RD. said...

Kata UMNO nak Tranformasi Politik, meremajakan UMNO la. Tapi yang di pilih masih yang tua bangka, terpalit dengan scandal dan perasuah dari tingkat 4, zaman Pak Lah.

Setelah putus-asa dengan PAU lepas, mari kita beramai-ramai BOIKOT PRK Sg.Limau.

Kalah di Sg.Limau tidak akan mencemarkan nama DP Mukhriz. Ia hanya untuk menyampaikan message kepada BN, khususnya PM, untuk 'Berani Berubah' dalam erti kata sebenar.
Biar PAS menang, sebagai tanda persahabatan sesama Melayu Islam. Hentikan cerca-mencerca sesama Islam dalam kempen dan ceramah.

Dengan lebih ramai orang atas pagar dan penyokong UMNO yang dah meluat, elok saja PAS keluar dari PR, tolak semua Anwarinas dan Syiah, supaya kami, penyokong atas-pagar UMNO, ada pilihan lain. Kalau ditubuh lagi satu Party Melayu, ataupun PERKASA menjadi Party Politik, akan bertambah pecah la kesatuan kita.

 
 
Blogger Templates