Social Icons

Pages

Wednesday, October 23, 2013

HOT NEWS !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! PELUANG PAS UNTUK MENANG TIPIS !!!


Suka atau tidak ramai menjangkakan pilihanraya kecil DUN Sungai Limau bakal menyaksikan satu persaingan yang sengit di antara Umno / Barisan Nasional dan Pas.Bagi pihak Umno/BN,peluang ini sudah tentu merupakan satu peluang keemasan bagi merampas kerusi Sungai Limau bagi mengukuhkan kuasa politik di Kedah.Manakala bagi Pas,ia adalah merupakan kerusi yang WAJIB di pertahankan kerana ia adalah maruah buat parti itu yang kebelakangan ini dilihat semakin hilang pengaruh di kalangan orang Melayu Islam.Tambahan pula,Pas secara jelas mengatakan pendirian parti itu untuk membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah.Sedangkan isu tersebut dilihat penting kerana mereka sedar antara sebab utama Kristian mahu menggunakan kalimah Allah di dalam Bible ialah untuk mengelirukan masyarakat. 

Dari satu sudut pula,ramai di kalangan pengikut Pas merasakan ia adalah merupakan antara peluang keemasan untuk ‘membunuh’ sekali gus menyingkirkan terus pengaruh politik Timbalan Presiden Pas,Mohamad Sabu di Kedah.Ini kerana rata-rata di kalangan mereka mengetahui pendirian Mat Sabu terhadap ajaran sesat Syiah.Malah ia juga adalah merupakan sebab utama pemimpin no 2 Pas itu kecundang di Pendang pada pilihan raya umum yang lalu.Walaupun Mat Sabu berulang kali cuba menafikan,bahawa dirinya adalah bukan merupakan penganut agama sesat Syiah.Namun isu tersebut dilihat telah menyebabkan parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu semakin ditolak oleh masyarakat Islam khususnya di Kedah yang berpegang kuat kepada fahaman Ahli Sunah Wal Jemaah.Tambahan pula,ada di kalangan pemimpin dan ahli Pas sendiri yang pernah mendedahkan penglibatan secara langsung Mat Sabu dengan agama sesat Syiah. 

Lebih mengejutkan,menurut sumber dalaman parti itu sudah ada desas-desus yang mengatakan Pas bakal kecundang di PRK Sungai Limau.Ini kerana menurut sumber tersebut,ada beberapa jentera di peringkat negeri yang telah memberikan pelbagai alasan untuk mengelak dan menyatakan hasrat untuk tidak terlibat bagi membantu jentera Pas Kedah dalam PRK kali ini Antaranya Kelantan,Terengganu dan Pahang.Sebagai contohnya jentera Kelantan mengatakan mereka lebih berminat untuk mempromosikan Menteri Besar Kelantan yang baru,kerana dikatakan telah menjadi sasaran serangan pihak yang tidak bertanggungjawab.Tambahan pula,Timbalan Menteri Besar Kelantan,Datuk Mohd. Amar Abdullah dikatakan bakal menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan tertinggi Pas dalam pemilihan parti itu yang kini disandang oleh Mat Sabu.Jentera Terengganu pula dikatakan sangat membenci Mat Sabu kerana sering dikaitkan dengan Syiah.Manakala jentera Pahang dikatakan enggan memberikan sokongan kerana tidak mahu melihat Mat Sabu terus mendominasi Pas sekali gus membawa parti itu ke arah kehancuran. 

Mereka dikatakan lebih berhasrat untuk mengangkat Ketua Penerangan Pas,Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilihat lebih layak digandingkan dengan Presiden Pas bagi memimpin parti itu ke landasan Islam yang sebenarnya.Pada pemilihan parti yang lalu,Mat Sabu berjaya merampas jawatan Timbalan Presiden apabila undi golongan ulama berpecah selepas persaingan turut menyaksikan ’pertembungan’ dua ulama iaitu Nasharudin Mat Isa dan Tuan Ibrahim Tuan Man.Kesimpulannya PRK Sungai Limau ini adalah merupakan medan yang terbaik untuk menyingkirkan Mat Sabu dari saf kepimpinan parti atau dalam bahasa mudah,calon Pas,Sungai Limau terpaksa di korbankan bagi ‘menguburkan’ karier politik pengikut SYIAH TEGAR.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

6 comments:

Anonymous said...

Apa nak jadi PAS ni?! Patutnya pemimipin Islam kita dr. UMNO/PAS kena bertindak dgn amat TEGAS tanpa sebarang kompromi, spt. Sultan Brunei dan negara Liga Arab. Pedulikan kecaman KEJI si KAPIR-KAPIR Barat-Zionis (lihat akhbar anti-Islam di http://www.dailymail.co.uk/news/article-2471776/Sultan-Brunei-introduce-new-sharia-laws.html). Tahu nak kutuk undg-undg Syariah Islam kita, yg. termasuk Hukum Hudud, tapi bawah "demokrasi/hak asasi" LIBERAL SAMPAH Barat-Zionis, boleh pula dihalalkan rejim-rejim Barat-Israel untuk membunuh umat Islam dgn. amt BUAS, sesuka hati secara beramai (GENOCIDE) spt di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Somalia, Afghanistan, Mali, Yemen, Sudan, Nigeria, Lebanon dan selatan Thailand/Filipina, dan kemudian akan ke Iran dll, termasuk Malaysia ini contohnya bermula dengan Sabah baru-baru ini. Bahkan pengganas TALEBAN, BOKO HARAM, Al SHABAAB, AL-QAEDA dsbnya adalah diCIPTA oleh Barat-Israel sendiri, untuk tujuan MENJATUHKAN Islam dan untuk melaksanakan PENJAJAHAN mereka, ke atas negara-negara Islam yg. kaya minyak gas; lihat di http://www.globalresearch.ca/fighting-al-qaeda-by-supporting-al-qaeda-in-syria-the-obama-administration-is-a state-sponsor-of-terrorism/5339728, Fighting Al Qaeda by Supporting Al Qaeda in Syria: The Obama Administration is a “State Sponsor of Terrorism”, By Prof Michel Chossudovsky, Global Research, June 19, 2013 (lepas itu si Barat-Israel BERPURA kononnya asyik diserang al-Qaeda/Taleban dsbnya)!

Dan ramai puak KAPIR makin jahat kat Brunei tu - mereka bukan main nak kerja kat Brunei, nak gaji tinggi; tapi belakang, tak habis-habis menghina budi baik umat Islam/Melayu Brunei, terutamanya kerana tak benarkan penjualan alkohol mahupun pembukaan pub/kelab malam! Lepas tu si Kapir, terutamnya si Barat-Zionis asyik buat parti gila seks-alkohol bebas tak habis-habis! Yg. pekerja KAPIR dr. Filipina pula, ramai betina LUCAH yg. goda suami Brunei yg. kaya, atau anak muda Brunei - utk- jatuhkan akhlak atau tinggalkan isteri!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

Anonymous said...

PAS juga boleh kalah sekiranya SPR mengunakan taktik undi palsu, menguabah suai senarai pengundi, menyediakan kotak yg ada kertas undi yang di pangkah, pakai undi awal askar dan polis. Inikah Melayu yg mempraktik Islam yg addin, yang saya tahu taktik seumpama ini tidak juga dipakai kaum jahilliah.

Anonymous said...

Orang yang mengutuk SPR ni memang bangang..dalam SPR pun ada puak pembangkang..tak semua totok BN..jadi kalau berlaku pa yang dikata takkan sipenjawat pro pembangkang dok diam aje..tolonglah cari bukti yang kukuh sabitkan kesalahan SPR baru anak jantan..bodoh piang..bingai..kalau setakat cakap..pi dah..

Anonymous said...

4:53,

betul tu! malah kaum jahiliyah juga tidak tergamak melontar fitnah terhadap Spr tanpa disertakan dengan bukti yang kukuh.

Anonymous said...

Hijrah kita pakat kalih sokong BN pulak.

Cukup-cukuplah yang lepaih, lama dah...

Anonymous said...

Sama-samalah kita umat Islam umumnya dan rakyat malaysia khususnya, mencari jalan penyelesaian global dan lokal berpandukan kitab al Quran dan sunnah Muhammad,dan bersama dengan ilmu pengetahuan dan teknologi yg Allah anugerahkan, walaupun kita semua ada perbezaan pendapat dan kepercayaan.Walau pun sedikit ia tetap di berkati,insyaallah.

 
 
Blogger Templates