Social Icons

Pages

Saturday, November 02, 2013

EKSKLUSIF !!! #PRKSUNGAILIMAU !!! USTAZ KAZIM ELIAS BERJAYA PIKAT HATI ORANG PAS !!! VIDEO INSIDE !!!


Ketika kempen ceramah anjuran Pas gagal menarik sokongan dan kehadiran pengundi di sekitar Sungai Limau,walaupun mereka menjemput beberapa artis seperti Abby Abadi,Leman Raja Lawak,Bob Lokman dan sebagainya.Ceramah di kem Barisan Nasional / Umno pula menunjukkan sebaliknya.Dengan membawakan penceramah bebas,Ustaz Kazim Elias ceramah tersebut berjaya dikategorikan ‘pecah panggung’ apabila berjaya mengumpulkan sekitar 5,000 pengundi.Dengan gaya bersahaja,ceramah Ustaz Kazim yang diadakan di RTC Simpang 3 itu menyebabkan para hadirin melekat dari mula hingga akhir.Namun apa yang dikesalkan ialah,Ustaz Kazim memaklumkan sebelum kehadiran beliau ke Sungai Limau beberapa penyokong Pas telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbaur ugutan dan ancaman bagi menghalangnya hadir.Menurut Ustaz Kazim,beliau telah diugut agar memakai plastik kerana bakal berdepan dengan serangan balingan telur sebagai tanda protes.apa pun kita lihat dulu video di bawah


Namun ia langsung tidak menggentarkan beliau walaupun sedikit,kerana ingin menyampaikan dakwah.Beliau turut menegaskan,dirinya bukanlah penceramah bagi mana-mana parti politik,namun hanya sekadar memenuhi jemputan dan itulah antara pendekatan dakwah yang dilakukannya dahulu lagi.Ustaz Kazim juga melahirkan rasa kecewanya apabila dilabelkan sebagai penceramah kerajaan hanya kerana isi kandungan ceramahnya tidak mengikut selera pembangkang.Menurut beliau lagi,beliau hanya menyatakan apa yang benar dan cuba untuk menyedarkan masyarakat tentang bahaya bila mana politik menggunakan Islam sebagai perisai. “Saya berkawan dengan semua orang. (Contohnya) apabila berceramah dengan orang asli,takkan saya dikategorikan sebagai penyokong orang asli.Saya juga turut berceramah dengan kumpulan lelaki lembut,takkan saya terus di cop sebagai penyokong golongan lembut.Relaks lah bro” ujar beliau secara berseloroh dan disambut dengan gelak tawa dari mereka yang hadir. 

Inilah pendekatan pembangkang sejak dari dahulu,apabila mereka buat ia dianggap sebagai perkara biasa.Namun apabila mereka yang berlainan ideologi lakukan perkara yang sama,mereka akan diugut dan diancam dengan pelbagai cara.Sedangkan sebelum ini mereka begitu lantang meminta kerajaan agar memberikan layanan yang adil kepada semua atas nama demokrasi hak bersuara.Sebenarnya Pas telah mula gelisah apabila melihat jentera mereka gagal menarik sokongan pengundi walaupun Dun Sungai Limau dikatakan sebagai kubu kuat parti itu.Malah paling membimbangkan mereka,apabila isu perpecahan dalaman parti itu dilihat mula memberikan kesan sehinggakan ada di kalangan mereka yang mula saling boikot dan sabotaj antara satu lain.Berbanding jentera BN/Umno yang dilihat semakin hebat dengan pendekatan dan misi pembangunan yang ingin dibawa.Apa pun bersamalah kita tunggu keputusan undi yang bakal diketahui seawal jam 9.00 malam pada 4 November nanti.Apakah Pas mampu mengekalkan kecemerlangan mereka ataupun tersungkur layu seperti yang berlaku ketika PRK Kuala Besut yang lalu ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

Anonymous said...

Penceramah berilmu dan berpengalaman akan gunakan ilmu dan pengalaman dalam ceramahnya.

Bagi penceramah eksPress pula, hanya sensasi, intonasi dan ekpresi dapat di jadikan modal justeru kalau adapun gelak ketawa, ia tidaklah sampai membasahkan gusi-gusi hadirin...ketawa gusi kering gitu.

Anonymous said...

Fikirkan ibubapa dan kampung halaman ketika mengundi?
Seperti yg kita dok perhatikan selama ini, pengundi2 dari luar negeri spt di Kelantan tetap akan mengundi PAS. Mereka di luar negeri hidup senang lenang dgn keadaan jalan yg cantik, bekalan air yg bersih dan peluang pekerjaan yg baik. Mereka tidak pedulikan ibubapa yg menderita di kampung halaman yg terpaksa melalui kehidupan yg perit dan minum air 'teh susu' setiap hari. Mereka seolah2 mahu ibubapa dan orang di kampung halaman terus hidup merempat supaya mereka dari luar shj yg ada kereta besar dan boleh menunjuk2 di kampung sendiri. Itulah sebab mereka di setiap pilihanraya akan balik untuk mengundi PAS dan memujuk ahli kelaurga juga utk berbuat demikian.
Inilah perangai orang Melayu yg berhasad dengki sesama Melayu sendiri dan menjaga kepentingan diri sendiri shj.
Perkara yg sama juga akan berlaku di Sg Limau. PAS akan terus berkuasa utk menjaga kepentingan segelintir manusia yg kejam ini!

hangkedee said...

Kakitangan di Pusat Pentadbiran kjaan Putrajaya.Bersepah ore kelate.majoriti PEMBANGKANG.keraajan hanya buat pekak badak.

 
 
Blogger Templates