Kehadiran Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim bagi membantu jentera
kempen Pas nyata GAGAL mendapat sambutan seperti yang diharapkan.Malah
purata jumlah kehadiran di setiap program yang dihadirinya hanya sekitar 100 - 300
orang sahaja.Sedangkan sebelum pilihan raya umum yang lalu,anggaran kehadiran di setiap
program ceramahnya ada kalanya mencecah ribuan orang.sekiranya kita melihat
momentum yang diterima sebelum pilihan raya umum yang lalu.Malah mengikut penelitian yang dilakukan,rata-rata yang hadir adalah
merupakan orang luar dan tidak layak untuk mengundi.Sebagai contoh di PDM Dulang
Besar apabila Anwar membangkitkan isu yang berkaitan penduduk tempatan,ia
langsung tidak mendapat sambutan para hadirin.Namun apabila dia menyentuh isu-isu yang berkaitan nasional,sokongan dilihat sedikit
meningkat sekali gus membuktikan tidak ramai penduduk Sungai Limau yang keluar
untuk mendengar cerita penglipur-lara dari Anwar.
Paling menarik ketika programnya di kawasan Sungai Limau Dalam,Anwar
turut dimalukan oleh pengundi Cina yang enggan keluar mendengar celoteh dan
temberangnya.Ini kerana program yang sepatutnya di khusus untuk orang Cina itu
hanya dihadiri oleh rombongan Anwar dan mereka yang berasal dari luar kawasan.Sebagai contoh mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Utusan,kira-kira 1,800
pengundi Cina di pekan berkenaan tidak keluar untuk mendengar ceramah
pembangkang yang diadakan khusus untuk menarik undi mereka.Jika berdasarkan jadual yang diperoleh ialah pertemuan Anwar dengan kaum Cina,tetapi ceramah malam kelmarin hanya dipenuhi oleh orang Melayu yang datang dari kampung
berdekatan.Terdahulu,Timbalan Presiden Keadilan,Azmin Ali yang berucap menyatakan rasa
kecewa kerana kurangnya kehadiran kaum Cina dan menyindir kaum tersebut sebagai
menyokong parti MCA yang tidak pernah menjaga kebajikan kaum berkenaan.Lebih memalukan menunjukkan Azmin tidak faham dengan politik setempat apabila
beberapa dia merujuk para pengundi di Sungai Limau terdiri daripada golongan
pesawah dan nelayan sebagai golongan miskin papa kedana.
Tindakan beliau menyebabkan orang ramai terdiam,seolah-olah tidak selesa dengan gambaran tidak betul yang diberikan mengenai penduduk Sungai Limau. Mungkin akan ada yang cuba mengatakan,masyarakat Sungai Limau bukan dari jenis yang suka mendengar ceramah.Namun kehadiran masyarakat Sungai Limau ketika ceramah Ustaz Kazim sudah cukup untuk menangkis hujah tersebut kerana berjaya menarik hampir 5,000 hadirin.Kesimpulannya selepas gagal menawan Putrajaya,tembelang penipuan Anwar semakin jelas sehingga menyebabkan ramai yang mula meninggalkannya.Atau dalam bahasa kasar Ustaz Kazim.

APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment