sekali lagi cerita tentang DS Rosmah Mansor dan anak-anaknya beredar di khalayak ramai.nampaknya pembangkang dah terdesak untuk mendapatkan tumpuan rakyat pada 31 disember ini supaya perarakan kononnya lebih hebat.apa pun,kemarahan rakyat perlu disemarakkan agar rakyat akan merusuh dan seterusnya mencetuskan rusuhan yang bukan kepalang besarnya kerana tidak berpuas hati.Untuk itu,perlu ada berita yang boleh menaikkan sentimen seperti di atas.PKR tidak mempunyai sebarang masalah untuk tujuan tersebut.Dengan badan perundangan di sebelah mereka terutama sekali barisan peguam yang bersedia untuk membantu menjatuhkan kerajaan,selain barisan hakim yang sebahagian besar akan membuat keputusan berpihak kepada PKR,PRdan Anwar Ibrahim.Malaysian Insider,Malaysiakini dan Free Malaysia Today merupakan antara medium yang paling berkesan membantu Anwar Ibrahim dan PR dalam menghebahkan sebarang berita yang boleh menaikkan darah para penyokong dan telah diketahui dari awal lagi,medium ini berupaya melakukan pemberitaan menerusi kaedah putar belit dan pembohongan fakta yang sangat hebat biarpun sudah berkali-kali dikecam, bahkan diberi amaran oleh pihak berkuasa dan Menteri Dalam Negeri.
Dari awal lagi PKR menjadikan DS Rosmah Mansor sebagai sasaran.Mereka telah berjaya.Anwar Ibrahim mencapai objektifnya untuk menjadikan DS Rosmah Mansor sebagai alasan bagi rakyat bangkit memberontak melawan Kerajaan Barisan Nasional yang diketuai oleh DS Najib.Justeru,untuk menjayakan perhimpunan TURUN pada tengah malam 31 Disember 2013,berita tentang salah seorang anak Rosmah Mansor dari perkahwinan pertamanya yang bernama RIZA SHAHRIZ BIN ABDUL AZIZ membeli sebuah kondominium berharga RM110 juta di New York disiarkan.Tiada putar belit dalam pemberitaan itu tetapi ia sengaja disiarkan untuk membangkitkan kebencian dan persepsi bahawa anak-anak para pemimpin UMNO-BN hidup mewah dengan menggunakan wang rakyat dan mereka mampu membeli hartanah di luar negara juga dengan menggunakan wang rakyat.Pun begitu,cerita sebenar tidak akan diterangkan sama sekali.
meh saya ceritakan sedikit siapa RIZA AZIZ !!!
RIZA AZIZ merupakan seorang produser filem di Hollywood.Perniagaannya lebih banyak tertumpu kepada bidang perfileman yang mencatatkan keuntungan besar.Daripada perniagaan perfileman,Riza juga khabarnya turut melaburkan dalam hartanah di kota besar New York dan London.Antara filem yang melibatkan syarikatnya,Red Granite Pictures yang berpangkalan di Los Angeles ialah The Wolf of Wall Street yang diarahkan oleh Martin Scorsese dan dibintangi oleh Leonardo DiCaprio,Friends With Kids yang dibintangi oleh Jon Hamm,Megan Fox, Jennifer Westfeldt,Kristen Wing,Adam Scott,Maya Rudolph, Ed Burns dan Chris O’Dowd,filem supernatural box office,Homs yang dibintangi oleh Daniel Radcliffe.
Riza juga merupakan penerbit eksekutif bagi filem Out of the Furnace yang dibintangi oleh Christian Bale,Casey Affleck,Woody Harrelson dan Zoe Saldana yang ditayangkan pada 5 Disember 2013.
Majalah Variety pada tahun 2011 telah menamakan Riza dalam senarai top-ten Producers to Watch.Mungkin fakta ini sebenarnya tidak penting memandangkan Riza naik secara sendiri tetapi berita tentang DS Rosmah Mansor memang boleh ‘dijual’ bagi mendapatkan sokongan untuk menentang kerajaan.Jadi,tidak hairanlah kalau kita mendengar, ‘Anak Rosmah ada kondominium RM110 juta, anak kita ada apa.’
Buang fakta dan buang kewarasan,yang penting,naikkan kemarahan.DS Rosmah Mansor adalah faktornya.Tak boleh DS Rosmah Mansor,bolehlah digunakan anaknya pula.Yang penting,orang ramai datang berdemonstrasi di Dataran Merdeka pada tengah malam 31 Disember 2013 untuk menunjukkan kemarahan !!! itu sahaja tujuannya !!!
ANDA TAK PERCAYA FAKTA DI ATAS ???
UNTUK SELANJUTNYA
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
8 comments:
kalau orang lain kata melayu bodoh, memang patut lah, tanpa periksa usul asar mengkhianat, memfitnah, tak guna di nasihatkan orang yang kurang ilmu, dan hasad dengki, sampai bila pun melayu tak kan maju dengan sikap hasad dengki, ada melayu Berjaya ada saja berita buruk yang ingin menjatuh kan...begini lah melayu yang tebal dengan perangai hasad dengki,.. cari bomoh untuk jatuh kan bangsa kamu sendiri... melayu tak sedar diri..
MEMANG BETUL, MAKIN RAMAI MELAYU DI BODOHKAN.
CHINA RASIS KETAWAKAN SAHAJA.......CHINA BERJAYA.
Iya la betul la tu... Semua benda naik.. Yg tak naik apam kak semah je... Tu yg korang x kecoh tu... Korang kan jenis macai bangsat... Anjing kurap... Tujuh keturunan...
Org cina mmg dh berjaya lama dh.. Klu najisb kata nk jual malaysia ni.. Diorg blh kumpul duit la beli malaysia ni.... Yg bodoh .. Dungu... Macai umno yg x sedar diri
.. Yg kebanyakan dok kt hulu kg2.... Felda2 ... Huhhuuuhuhuu..
TETIBA SPRM TERUS HILANG TARING DAN KUKU!!!
Badan pencegah rasuah Malaysia tidak boleh menyiasat pembelian kontroversi kondominium mewah bernilai RM100 juta anak tiri Perdana Menteri kerana tiada undang-undang untuk menyiasat individu yang membeli aset di luar kemampuan mereka.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengatakan mereka mencadangkan agar klausa itu dimasukkan ke dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 akan tetapi Putrajaya masih belum membentangkannya di Parlimen.
“Walapun ini bukanlah fungsi penuh kami, SPRM mengalu-alukan perkara ini dimasukkan ke dalam cadangan pindaan Akta yang akan dibawa ke Parlimen tahun hadapan,” katanya badan itu dalam satu kenyataan malam tadi.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas ahli politik pembangkang mendesak SPRM menyiasat pembelian kondominium mewah penerbit filem Riza Shahriz Abdul Aziz di New York. Riza yang juga merupakan anak kepada isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam perkahwinan sebelumnya.
Laporan media mengatakan lelaki berumur 36 tahun itu bekerja dalam industri perbankan di London di mana beliau mengumpul kekayaannya dalam ekuiti dan hartanah. Riza juga memiliki Red Granite yang menerbitkan filem terbaru lakonan bintang Holywood Leonardo DiCaprio, “Wolf of Wall Street” - diarahkan oleh Martin Scorsese.
Seorang kolumnis hiburan menulis tentang pembelian kondominum mewah ini pada Disember 2012 akan tetapi berita tentangnya hanya menjadi tajuk berita selepas laman sesawang Sarawak Report melaporkannya minggu ini, mempersoalkan pembelian tersebut.
Kondominium tersebut dikatakan antara paling mahal dan eksklusif di dunia, kata kolumnis tersebut, mempunyai 15 bilik dengan keluasan 7,738 kaki persegi dengan pemandangan menarik dari beranda seluas 1,244 kaki persegi.
Akan tetapi laman sesawang hartanah New York, The Real Deal mengatakan Riza membeli hartanah mempunyai tujuh bilik di West 63rd Street Park Laurel pada 19 November, 2013.
LA Times melaporkan minggu ini Red Granite mendapatkan wang daripada sekumpulan pelabur tidak dikenali dari Timur Tengah dan Asia dan hanya akan membiayai filem ini sahaja. Wolf of Wall Street dilaporkan berkos AS$100 juta di mana Red Granite mengeluarkan dana sepenuhnya.
Bagaimanapun, ahli politik pembangkang Malaysia lebih berminat kepada hartanya berbanding cara beliau berniaga dengan Naib Presiden PKR Chua Tian Chang mengatakan,” “Pendedahan tersebut mengejutkan.
Pada ketika rakyat bergelut dengan kenaikan kos sara hidup, sesetengah pihak berbelanja mewah.”
“Dari manakah dia (Riza Shahriz) mendapat wang sebanyak itu? Kerana angkanya terlalu besar iaitu RM110 juta,” katanya semasa mendesak SPRM menyiasat perkara tersebut.
Menurut SPRM, tindakan menyiasat individu yang hidup di luar kemampuan mereka juga dicadangkan oleh panel penasihat badan pencegah rasuah itu termasuk jawatankuasa khas Parlimen dalam isu rasuah.
Katanya laporan tahunan SPRM 2012 juga menyatakan keperluan untuk akta dipinda bagi membolehkan individu mengisytiharkan harta mereka sebelum penyiasatan awal dilakukan terhadap mereka.
“Suruhanjaya dan orang ramai melihat ini sebagai penghalang terhadap usaha untuk memerangi rasuah dengan lebih efektif oleh kerana masih terdapat pemegang jawatan atau penjawat awam mempunyai aset di luar kemampuan mereka,” kata SPRM.
Macai umno klu melibatkan hal kak ssrmah klu blh mmg nk nafi je.. Apa tknya dh kena taik palat kak semah... Huhuhuhuuu.. Bodoh x blh di ajar lg.. Bodoh.. Dungu ..tujuh keturunan...
Malaysiakini... Plk sarawak post la yg dedahkan di Malaysia.. Tu la akibat baca surat khabar utusan meloya..aka utusex.. Berita hairan..tgk berita tv3suku.. Tu yg bodoh x tetbilang... Dasar macai anjing kurap.. Admin badut plk bodoh cari maklumat.. anjing kurap btl la admin ni..
bro...buat research dulu sblm menuduh...kak mah tu pun bukan aku suka sgt...tp mamat ni dah mmg berjaya dlam idup die...ex banker, investment and economics line....ade anugerah banker britain ke ntah ape name....buka company kat hollywood dgn partner lain yg mmg suma kaya nak mampus...stakat PKR nak suruh SPRM siasat tu nak buat ape...suruhle INTERPOL ke hape ke yg siasat....barule gempak....kakahkah...bangang tul la Tian Chua bodoh ni...
Post a Comment