Kebelakangan ini,saya amat tertarik dengan pandangan orang awam berkenaan isu pengurusan bencana banjir yang berlaku di Pantai Timur.Ini adalah pandangan saya sebagai orang kampung yang terlibat dalam banjir di Kuantan baru-baru ini.Baru-baru ini,pendekatan MKN menjawab surat terbuka Cik Nur Adilla melalui medium yang sama di portal The Malaysian Insider (TMI) adalah langkah yang tepat sesuai dengan transformasi Kerajaan untuk mempelbagaikan kaedah perhubungan raya (public relations) mereka pada era Internet yang kini ditunjangi media sosial.Malahan jawapan MKN yang terperinci juga sedikit sebanyak memahamkan saya dengan isu-isu sebenar yang mungkin tidak terjangkau kepada orang awam.Untuk itu,saya ucapkan terima kasih kepada MKN.Fuziah turut menulis surat malangnya dia lebih kepada membela kelemahannya.
Saya orang Kuantan,sebelum dan semasa banjir saya tidak pernah melihat Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuantan berfungsi? Ada sesiapa pernah nampak kah? Fuziah hanya terburu-buru dan kelihatan bodoh apabila banjir di Kuantan luar biasa? Di mana dia pada hari-hari pertama banjir di Kuantan? Saya dapati dia tiada di Kuantan!
Saya membaca surat terbuka ahli parlimen Kuantan.Sebagai orang Kuantan,saya merasa jengkel dengan isu-isu yang dia bangkitkan.Walaupun saya orang kampung tetapi saya juga mempunyai pendidikan tinggi.Mengikut kajian saya yang tidak seberapa (melalui bacaan, perbualan dengan orang awam dan juga petugas agensi Kerajaan),saya lihat fokus utama dalam pengurusan bencana ialah meminimumkan Jumlah Nyawa yang terkorban.Daripada laporan akhbar,jumlah korban banjir adalah seramai 3 orang sahaja.Melihat angka keseluruhan mangsa banjir yang mencecah puluhan ribu,saya merasakan ini adalah satu pencapaian yang amat baik dan pada masa yang sama mencerminkan kesedaran agensi dan orang awam terhadap tanggungjawab masing-masing apabila bencana melanda.
Bencana banjir yang melanda Pantai Timur kali ini adalah bencana luar jangka.Hujan yang berterusan dan luarbiasa lebat menyebabkan sistem saliran sedia ada tidak dapat lagi menampung jumlah air seperti banjir- banjir sebelumnya.Jika kita mengajukan soalan yang sama kepada New York mengenai Taufan Sandy yang melanda mereka baru-baru ini,mungkin jawapan yang diperoleh juga sama.Bencana itu sudah dijangka,cuma magnitud dan kesannya yang berada di luar jangkaan mereka.Saya berterima kasih kepada Cik Nur Adilla yang membangkitkan rasa ingin tahu saya dalam hal ini.Adalah tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa Arahan MKN 20 adalah antara gagasan Strategi Lautan Biru yang terawal yang dipratikkan di Malaysia,menyatukan pelbagai jabatan dan agensi dalam satu jawatankuasa yang amat ampuh dalam menguruskan hal-ehwal bencana selepas peristiwa hitam Highland Towers 20 tahun yang lalu.Saya percaya Fuziah tidak membaca Arahan MKN 20 sebab itulah 'ngomelan'nya tidak fokus dan lebih kepada membela kelemahannya di Parlimen Kuantan.Saya kagum apabila puluhan agensi boleh digerakkan dalam satu tujuan sama.Bayangkan bagaimana PDRM,Tentera,Bomba,JPAM,RELA dan lain-lain boleh berganding bahu,bekerja keras demi kesejahteraan kita semua?
Alangkah baiknya jika semangat ini dapat dicontohi kita semua tanpa mengira latar belakang fahaman masing-masing apabila berlaku sesuatu musibah? Adalah tidak keterlaluan jika saya katakan,trend tuding menuding jari adalah pendekatan yang lapuk,tetapi malangnya masih ramai yang mengamalkannya! Salah satunya yang menjatuhkan kredibiliti ahli Parlimen Malaysia ialah apabila Fuziah berusaha meletakkan kelemahan pengurusan banjir kepada agensi-agensi kerajaan seperti MKN padahal Fuziah sendiri tidak pernah hadir dalam mana-mana mesyuarat pengurusan bencana di dasrah Kuantan.Saya sangat rapat dengan agensi-agensi kerajaan seperti MKN,RELA,JPAM dan sebagainya di Kuantan tetapi sebagai seorang Sukarelawan saya tak pernah melihat Fuziah Salleh hadir dalam mana-mana perjumpaan dengan mereka. Kepada Fuziah,kamu amat memalukan saya orang Kuantan!
Anak kampung,
Kuantan
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
6 comments:
Huhh.. Mcm surat pemimpin macai buat je... Blh tahu sgt plk.. Prosedur mkn 20...lautan boru ...bla2... poyo je... Huhuhuhu.... Macai klu x menipu bkn macai la namanya..
hahahaha,puak PR kecut ke? Macai adalah Mempercayai Apaje Ckp Anwar Ibrahim.faham x? kalau x faham aku ajar lg.sikit2 menipu,habis tu anwar ibrahim main china doll menipu ke?
rakyat x bodoh.pembangkang selalu diketepikan bila melibatkn agensi kerajaan.fobia sgt.
Kkorang mmg macai abjing kurap umporno la... Yg najisb tu g kongket altantuya tu.. Lps tu g c4 kan minah tu lg korang macai cibai percaya... Oiii macai cibai bodoh .. Najisnb gadai la aset kerajaan utk kurangkan defisit.. Macai cibai.. Bkn tau sbb bodoh.. Ddk dlm mangkuk jamban
Bila jadi sesuatu musibah di suatu tempat..ketepikan fahaman politik tu..kena bersatu tolong menolong..tu yang betul..lagipun mangsa2 pun Ada yang pas..pkr..bn..dap..perlu berkira ke?Allah ciptakan manusia dengan akal..so gunakan dengan bijak..
memang betul.masaalshnye umno ni dh lebih sudu dr kuah.ingat msia ni mak bapak dia punye..
Post a Comment