Umum mengetahui beberapa negeri telah dilaporkan terjejas teruk ekoran bencana
banjir yang melanda.Antara negeri yang terlibat ialah Kelantan,Terengganu,Pahang
dan Johor malah ekoran kenaikan air secara mendadak di beberapa tempat,beberapa
jalan utama terpaksa ditutup,bekalan elektrik terpaksa dimatikan dan semua mangsa
yang terlibat berpindah ke pusat pemindahan.Namun di sebalik kesibukan itu,kelibat ketua pembangkang,Anwar Ibrahim langsung
tidak kelihatan di kawasan yang terlibat dengan bencana.Sudahlah tidak menghulurkan
sebarang bantuan,setidak-tidaknya hadir bagi memberikan sokongan moral.Tambahan pula antara kawasan yang terjejas teruk ialah Kuantan,di mana majoriti
pengundi di kawasan terbabit telah memberikan sokongan kepada calon PKR sekali
gus memberikan mandat bagi mewakili mereka di dalam Parlimen.Apabila disiasat,rupa-rupanya Anwar yang pernah berangan ingin menjadi Perdana
Menteri itu sedang enak bercuti bersama keluarganya di London.
Ia bukanlah
merupakan satu fitnah atau sengaja diada-adakan,tetapi dimaklumkan sendiri oleh
Anwar melalui akaun media sosialnya di Instagram.Anwar telah memuat-naik sekeping gambar yang memaparkan dia dan
anaknya Ihsan sedang berada di dalam sebuah kereta api.Malah Anwar dengan
bangganya mengatakan dia sedang dalam perjalanan ke Washington DC dekat dengan kediaman saya.Menarik
bukan.Inikah ciri-ciri bakal perdana menteri yang diinginkan oleh semua masyarakat ???
Ketika rakyat sedang dilanda musibah dia begitu seronok bercuti di luar negara.Sedangkan sebelum ini,ada di kalangan pemimpin pembangkang yang mendesak agar
Perhimpunan Agung Umno dibatalkan,bagi membantu mangsa banjir.Namun apabila diteliti semula,ia bukanlah satu perkara yang pelik,kerana ia adalah
lumrah bagi pemimpin pakatan pembangkang.
Contohnya apabila negeri Selangor di landa ribut beberapa tahun yang lalu,Menteri Besarnya,Abdul Khalid Ibrahim enggan turun padang bagi meninjau keadaan mangsa ribut kerana merasakan ia satu perbuatan yang membuang masa dan membazirkan wang."Saya ada wakil rakyat dan Exco yang mengendalikan bantuan untuk mangsa dan saya sentiasa berhubung dengan mereka.Jadi, tidak perlu saya turun padang kerana ia membazirkan masa saya.Jika saya datang melawat,saya terpaksa membawa bersama 15 hingga 20 orang saya dan ini akan melibatkan kos kewangan," katanya kepada pemberita ketika itu.Menurutnya lagi,walaupun pakatan pembangkang sering melaung-laungkan konsep negara berkebajikan,ia tidak bermakna beliau perlu menunjukkan muka kepada rakyat ketika mereka berdepan kesusahan seperti bencana alam.Di dalam kejadian tersebut,dianggarkan hampir 1,000 keluarga dari beberapa kampung seperti Kampung Sungai Udang serta Kampung Sungai Bertek di Teluk Pulai dan Kampung Rantau Panjang di Kapar menjadi mangsa ribut yang memusnahkan kediaman dan harta benda mereka

Berbalik kepada isu banjir besar yang sedang berlaku ketika ini,ketika puluhan ribu
rakyat Kuantan terpaksa dihantar ke pusat-pusat pemindahan,ahli Parlimennya,Fuziah
Salleh langsung tidak kelihatan.Namun apabila ramai yang mula mempersoalkan peranannya sebagai wakil rakyat,baru-barulah kelihatan beberapa keping gambar yang dimuatkan di laman-laman media
sosial,kononnya bagi membuktikan kehadirannya membantu mangsa.Para pencacai
pakatan pembangkang,mungkin merasakan ianya sebagai cara untuk menangkis
tuduhan masyarakat Kuantan yang hairan dengan ‘kehilangan’ Fuziah.
Tetapi,bak kata pepatah,“bangkai gajah,masakan dapat ditutup dengan
sehelai daun pisang”.Kebanyakan gambar-gambar yang dimuat naik lebih
banyak memaparkan aksi Fuziah bergaya ala ‘super model’ berbanding membantu
mangsa banjir.Ini kerana dia mungkin merasakan sebagai wakil rakyat,aktiviti
bergambar dapat meringankan beban mangsa yang terlibat.Nampaknya benarlah seperti kata Khalid Ibrahim,sesetengah ahli politik lebih
suka ‘bergaya’ dengan cara begini.Jelasnya,perbuatan turun padang tidak akan
memberi sebarang kesan terhadap moral mangsa ribut dan menganggap ia sebagai
konsep yang tidak boleh diterima sama sekali."Orang yang berada dalam kecemasan bukan mahu sokongan moral,dia mahukan
pertolongan.Namun,sesetengah ahli politik suka 'bergaya' dengan cara begini tetapi
saya bukan orang seperti mereka," tegasnya.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
2 comments:
anda perasan tak?...persamaan Anwar aljuburi dengan snouck hurgronje..???
Buat apalah didedahkan semua itu orang kuantan bukan percaya pun. Kalau berlaku pilihan raya lagi mereka undi pakatan juga yang menang. Janganlah BN nak perasaan rakyat kuantan akan sokong. Mereka semua dah buta hati termakan fitnah pakatan. Bantu sajalah atas dasar peri kemanusiaan selebihnya biar wakil rakyat bekerja membantu rakyat yang mengundi mereka dulu.
Post a Comment