Isu kenaikan gaji melampau di Selangor yang membabitkan Menteri Besar,Exco dan ADUN ketika rakyat bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi membuktikan agenda pembangkang yang hanya mengutamakan kepentingan diri sendiri.Dari segi prinsipnya tidak salah untuk menaikkan gaji anggota pentadbiran di mana-mana negeri sekali pun,tetapi ianya hendak berpada-pada.Apa yang berlaku di Selangor amat mengejutkan ketua umum PKR sendiri apabila gaji menteri besar jauh lebih besar daripada perdana menteri sendiri.Malah beberapa jawatan yang membabitkan speaker dan timbalan speaker mendapat kenaikan mendapat mencecah lebih 300 peratus.Bayangkan Tan Sri Khalid Ibrahim yang hanya mentadbir sebuah negeri antara 13 negeri di Malaysia,menggunakan kuasanya untuk menaikkan gaji melebihi perdana menteri yang mentadbir satu negara.Rasa terkejut bukan sahaja dilahirkan oleh rakyat,tetapi juga rungutan didengari semakin kuat dari lapisan anggota PKR,Dap dan Pas yang merasakan pemimpin pembangkang hanya mendahulukan dan memenuhkan temolok mereka sahaja.
Kalau dahulu slogan-slogan bertemakan rakyat digunakan sepenuhnya oleh pembangkang untuk memenangi hati pengundi pada masa Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013 tetapi setelah mereka menang,rakyat bukan lagi keutamaan mereka.Semasa penggal pertama pembangkang memerintah Pulau Pinang dan Selangor khususnya mereka berlagak lebih daripada malaikat.Demi memikat hati pengundi terutama orang Melayu,pembangkang membuat pelbagai program yang hanya cantik pada permukaan sahaja tetapi tidak mempunyai manfaat jangka panjang.Kini apabila mereka sudah masuk penggal kedua memerintah,barulah topeng munafik terbuka.Sebelum isu kenaikan gaji yang tidak masuk akal itu, kerajaan negeri juga telah melakukan beberapa perkara yang memperlihatkan sikap sebenarnya mereka.Dalam isu Unisel milik kerajaan negeri, kebajikan pelajar diabaikan apabila masalah perumahan tidak dapat diselesaikan.Aset kepunyaan Yayasan Selangor yang ditubuhkan serta diuruskan dengan baik di bawah pentadbiran Barisan Nasional juga mahu dijual satu ketika dahulu.Malah kerakusan pembangkang terserlah apabila padang bola yang menjadi tempat rekreasi penduduk Kelana Jaya sejak puluhan tahun juga mahu di jual kepada pihak pemaju perumahan.Apa yang berlaku di Selangor hanyalah sekelumit daripada masalah lain yang jauh lebih besar.Umpamanya Menteri Besar Diperbadankan (MBI) kini diterajui oleh Faekah Husin, setiausaha politik Abdul Khalid.
Beliau bukan sahaja menguasai segala tindak tanduk menteri besar tetapi juga memastikan kedudukan dan kepentingan peribadinya terjadi.Dalam kes pelantikan Datuk Saifuddin Ismail Nasution sebagai pegawai politik Selangor,sehingga kini beliau tidak memasuki pejabat untuk menjalankan tugas.Oleh kerana setiausaha agung PKR itu adalah kroni Anwar Faekah menunjukkan sikap pilih kasih dengan memberi Saifuddin sebuah bilik yang kecil serta terletak jauh daripada pejabat menteri besar.Selain Faekah kebanyakan dasar dan keputusan pejabat menteri besar didakwa diputuskan oleh wanita-wanita kesukaan Abdul Khalid.Antara seorang yang bernama Rohani yang dikatakan pernah menjalinkan hubungan intim dengan beliau.Walaupun sudah melangkaui umur persaraan namun Rohani diberi kedudukan tinggi di dalam MBI dengan gaji lima angka.Dengan gaji yang begitu tinggi beliau hanya perlu menjenguk ke pejabat hanya sekali sekali sahaja dan boleh dikatakan mendapat gaji buta dengan goyang kaki sahaja.Beginilah pakatan pembangkang memperlakukan negeri di bawah pentadbiran mereka seperti harta kepunyaan peribadi.
Kini timbul juga isu elaun Anwar sebagai penasihat ekonomi Selangor yang mencecah jutaan ringgit walaupun mengambil gaji RM1 sebulan.Tidakkah rakyat terkejut apabila Anwar dikatakan mendapat elaun sebanyak RN15 juta setahun tetapi jumlah tersebut kini dikatakanuhanya RM150,000 sahaja.Apa pun rakyat Selangor telah tertipu dengan sikap pembangkang yang berpura-pura menjaga kebajikan rakyat.
Kebanyakan daripada program-program yang membabitkan warga emas,pelajar universiti,anak-anak pra-sekolah,amanah saham seperti Tawas di bawah MES (Merakyatkan Ekonomi Selangor) diabaikan dan tidak mencapai sasaran.Puluhan juta ringgit sudah di dibelanjakan dari segi program penerangan kerajaan negeri seperti Layar Rakyat,Pikom,TV Selangor tetapi semuanya lingkup dan tidak berjaya.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment