Panik dengan tindakan para pengikutnya Ketua Angkatan Muda Keadilan
(AMK),Shamsul Iskandar Mohd Akin segera mengeluarkan kenyataan bagi
menyalahkan pihak media kononnya insiden pijak dan bakar bendar Jepun bukan dilakukan oleh pihaknya.Menurutnya kehadiran AMK hanya untuk menghantar memorandum bantahan
kepada pihak kedutaan Jepun sekali gus meminta penjelasan berhubung keputusan
jabatan imigresen negara itu yang menghalau Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim
pulang.Pegawai imigresen yang bertugas di Lapangan Terbang Narita sebelum ini telah
meminta Anwar agar membatalkan hasrat untuk memasuki negara Jepun sekali
gus mengarahkannya untuk segera meninggalkan negara itu dengan mengambil
penerbangan pertama atau ‘dipaksa’ untuk dihantar balik.Mungkin kerana ini membodek Anwar,ahli parlimen Bukit Katil itu telah menganjurkan
satu demonstrasi jalanan yang dihadiri tidak kurang dari 15 orang.
Namun disebabkan
demonstrasi yang diadakan itu tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan,mereka mula bertindak di luar batasan dengan memijak dan membakar bendera negara
Jepun sebagai tanda protes.Malangnya tindakan itu akhirnya telah memakan diri,apabila media Jepun memberikan
laporan yang meluas sekali gus boleh merosakkan hubungan dua hala antara negara.Ini kerana tindakan tersebut jelas membuktikan tahap kebodohan Shamsul yang cuba
menyalahkan kerajaan Jepun yang kononnya telah tunduk atas desakan kerajaan
Malaysia untuk memalukan Anwar yang disifatkan sebagai setaraf dengan Perdana
Menteri.Sebagai tindak balas,jurucakap kedutaan Jepun di Malaysia Tomoko Nagai telah
mengeluarkan kenyataan bagi menerangkan perkara yang sebenar.Menurutnya
kegagalan Anwar untuk memasuki negara matahari itu berpunca dari kesilapannya
sendiri kerana tidak mengemukakan permohonan visa.Ini kerana,Anwar masih perlu memohon visa kerana rekod jenayahnya yang lalu
walaupun kerajaan Jepun sebelum ini telah memberi kelonggaran kepada rakyat
negara ini supaya tidak lagi menggunakan visa untuk memasuki negara tersebut.
Tomoko turut menjelaskan,pelepasan yang diberikan kepada Anwar sebelum ini
untuk memasuki Jepun pada 2011 dan 2012 adalah melalui kebenaran khas dan
kedatangannya baru-baru ini tidak melalui proses tersebut.“Sesiapa yang pernah dipenjarakan sebelum ini sama ada di Jepun atau negara lain
selama setahun atau lebih akan dinafikan memasuki Jepun".
Berbalik kepada isu pijak dan bendera,tindakan Shamsul yang juga dikenali sebagai
Sam Ketot jelas membuktikan bahawa dia telah bertindak secara melulu dan
membabi buta.Paling menarik,apabila ramai di kalangan penyokong dan ahli pembangkang yang
turut mengecam tindakan bodoh Shamsul itu.
Berikut adalah antara kritikan yang
diterimanya.
Gin Marvel · GM "AMAT TAK BERSETUJU" cara AMK memijak & bakar poster mirip
bendera Jepun. Ini memalukan PKR & PR secara khususnya. Hantar Memorandum
Bantahan,YA GM setuju, tapi jika ini caranya, ia adalah amat memalukan & tak
seharusnya terjadi. Shamsul Iskandar Mohd Akin, sila kembangkan OTAK anda dari
badan anda... Again, kejadian ini amat mendukacitakan....
Mohd Halim A Rahim · Tindakan AMK ini merupakan ketandusan idea Ketuanya,
Shamsul Iskandar Mohd Akin. Sebagai Ahli Parlimen dan Peguam beliau sepatutnya
membawa 'isu' ini ke Parlimen. Kunjungilah Kedutaan Jepun dengan berhemah dan
budi bahasa menyatakan ingin tahu butir terperinci mengapa Anwar dilarang menjejaki
bumi Jepun walhal sebelum ini tiada sebarang larangan.
Tiba-tiba pula kempen jangan beli barangan Jepun. Sungguh tidak wajar dan mengarut
sama sekali. Mungkin, tindakan begini menjadi tindakan berani kali terakhir Mohd
Shamsul sebelum meninggalkan gelanggang kepemimpinan AMK.
Mohd Rejab Ahmad · Kerja bodoh. Nak hantar memo,hantarlah.Ini sampai pijak-pijak
pula bendera negara orang lain, apa ke jadahnya. Cuba check balik, budak-budak
upahan mana yang dibawa oleh AMK ini. Kalau budak budak hidu gum pun tak akan
berkelakuan macam ini.
Mohd Rejab Ahmad · Hehehe, aku amat yakin esok AMK akan kata, itu bukan orang
kami
Apain Soriun · Yang ini saya amat tak setuju kerana perilaku seperti ini tiada bezanya
dengan puak-puak UMNO dan PERKASA. Gunalah saluran yang betul dan siasat dulu
apa puncanya DSAI dihalang masuk ke Jepun. Apa pun hal ini kena siasat betul-betul
kerana mungkin ada pihak lain yang ambil kesempatan untuk memburuk burukkan parti
lawan.
Kesimpulannya Sam Ketot akhirnya sedar tindakannya untuk membodek Anwar
akhirnya telah memakan diri sendiri.Sudahlah kehadiran peserta amat memalukan,kini
dia turut menerima kecaman dan kritikan dari penyokong sendiri.padan muka
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
2 comments:
Friday, 24 January 2014BERITA YANG DI TUNGGU-TUNGGU OLEH RAKYAT .. UMNO/BN BAKAL KALAH TERUK PRU 14 KATA TUN DR MAHATHIR MOHAMMAD.
*KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed tidak menolak kemungkinan BN akan kalah teruk pada pilihan raya akan datang sekiranya isu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan tidak diatasi dengan segera.
Menurutnya, biarpun kerajaan kini giat menjalankan operasi pemantauan dan kawalan harga di seluruh negara, namun jika kerajaan gagal menangani kemarahan rakyat itu, peluang mempertahankan kerusi kerajaan dikhuatiri tipis.
"Ya boleh, tapi sekarang ini saya nampak ada sedikit kawalan harga yang dilakukan oleh pemerintah, ini adalah usaha yang baik tetapi pendapat Tun Daim itu memanglah mempunyai asasnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan forum yang bertajuk 'Hak Asasi Kemanusiaan Dalam Tradisi Islam' di Pusat Islam, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin pada Selasa lalu meramalkan BN akan tumbang sekiranya pilihan raya diadakan ketika kemarahan sedang memuncak berikutan isu kos sara hidup.
Kata Daim lagi, kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak cekap dan boleh mendatangkan mudarat hilangnya kuasa BN dalam PRU14 akan datang.
"Kerajaan gagal mengawal isu kenaikan harga barang.
"Isu pengurangan subsidi yang selama ini dinikmati rakyat perlu diteruskan dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan di mana rakyat nampak kerajaan boros dalam perbelanjaan negara," katanya.
Dalam pada itu, mengulas isu kalimah ALLAH, Mahathir menegaskan, kerajaan perlu mengembalikan keputusan asal hanya penganut Kristian di Sabah dan Sarawak sahaja yang diberi kebenaran menggunakan Bible dalam Bahasa Melayu.
"Ketika saya dalam kerajaan, penyelesaiannya ialah kitab Bible berbahasa Melayu itu hanya digunakan di Sabah dan Sarawak.
"Cuma kita tidak perlukannya di Semenanjung Malaysia," katanya lagi.
at Friday, January 24, 2014
Tu bkn bendera ma.. Plakad saja... Manyak botuh la lu org machai botuh.. Bendera sama plakad pun tau beza ka... Aiya.. Machai botuh x bole kasi ajar
Post a Comment