Social Icons

Pages

Sunday, January 05, 2014

EKSKLUSIF !!! LANGKAH JIMAT CERMAT #KERAJAAN TEPAT PADA WAKTUNYA !!! WAJIB BACA !!!


Langkah kerajaan mengumumkan garis panduan berjimat cermat menjelang tahun baru 2014 merupakan satu usaha pro-aktif bagi mengurangkan perbelanjaan operasi pentadbiran.11 langkah tersebut termasuk pemotongan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus selain elaun keraian bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C).Perdana Menteri Datuk Seri Najib menegaskan langkah-langkah itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan berhemah pada tahun 2014.Perkara ini sudahpun diumumkan semasa pembentangan bajet 2014 bahawa kerajaan akan sentiasa memantau perbelanjaan serta pengurusan kewangan negara supaya tidak berlaku pembaziran atau ketirisan.Langkah lain juga merangkumi pengurangan sebanyak 5 peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian,jabatan,agensi dan premis kerajaan; kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas) dikurangkan sebanyak RM50-100 atau 30 peratus dan permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan dibekukan.

Kerajaan juga akan mengetatkan pelantikan juru perunding atau konsultan untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan kajian feasibiliti.Lantikan berkenaan hanya boleh dibuat dengan mengemukakan cadangan pelantikan kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara untuk kelulusan.Kerajaan juga mengumumkan pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara serta pemberian saguhati dan cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan yang membabitkan anggota pentadbiran dan penjawat awam. Langkah penjimatan lain termasuk juga meminda kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam misalnya,penerbangan sektor awam bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah ialah kelas ekonomi.Juga penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan,seminar,mesyuarat,kursus,bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan akan dikurangkan.Tiga lagi langkah yang diumumkan ialah pengurangan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan,seminar,mesyuarat,kursus,bengkel atau acara rasmi kerajaan,mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis pejabat dan mengaplikasikan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan juga kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel. 

Kesemua 11 langkah yang diumumkan perdana menteri sudah tentu akan menjimatkan sejumlah wang yang besar yang boleh disalurkan kepada projek-projek yang berorientasikan rakyat.Pengumuman Datuk Seri Najib bukanlah disebabkan tekanan pihak pembangkang yang menganjurkan perhimpunan 'turun harga' bagi menggulingkan kerajaan.Kerajaan perlu mengambil langkah-langkah sebut yang mungkin perit pada pandangan kakitangan kerajaan yang selama ini menikmati pelbagai kemudahan.Tetapi dalam keadaan ketidaktentuan iklim ekonomi yang semakin mencabar serta sistem kewangan dunia Barat yang dilihat goyah dan lemah,kerajaan bertanggungjawab untuk memastikan kebajikan rakyat terus dijaga dengan baik.Jaringan keselamatan sosial negara perlu dipastikan tidak terkesan dengan teruk akibat suasana muram ekonomi global.Pengorbanan harus dilakukan oleh semua pihak termasuk sektor awam, pihak swasta dan juga semua lapisan rakyat.Pada ketika inilah rakyat perlu ada semangat patriotik dan cintakan negara serta sanggup menanggung sedikit kesusahan untuk tempoh yang singkat sementara ekonomi dunia pulih kembali.Jika rakyat tidak sabar dan mudah sangat termakan dengan fitnah dan tohmahan pembangkang keadaan mungkin akan menjadi bertambah sulit bagi mereka terutama golongan miskin dan berpendapatan rendah.Tanggapan kerajaan bankrap atau kehabisan wang yang sengaja direka-reka oleh pihak pembangkang sebenarnya menunjukkan mereka sudah terdesak dan kehabisan modal. 

Umpamanya usaha mereka unuk mengumpulkan tandatangan orang ramai di sekitar Kuala Lumpur untuk mendesak kerajaan menurunkan harga barangan dan perkhidmatan langsung tidak mendapat sambutan. Realitinya rakyat secara keseluruhan faham dan akur rasional disebalik beberapa tindakan mengukuhkan lagi fondasi ekonomi negara.Ini termasuklah mengurangkan subsidi minyak petrol sebanyak 20 sen,menghapuskan subsidi gula sebanyak 34 sen,menaikkan kadar cukai pintu di Kuala Lumpur, serta cadangan kenaikan kadar tol lebuhraya dan taril elektrik.Rakyat seharusnya tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang hanya menunjukkan kesan negatif daripada langkah-langkah tersebut tetapi tidak menjelaskan kedudukan sebenar isu-isu tersebut. Pembangkang melihat isu kenaikan harga barangan serta perkhidmatan sebagai peluang terbaik untuk terus menyerang dan menggulingkan kerajaan.Tidak masuk akal untuk menggulingkan sebuah kerajaan yang pertamanya dipilih melalui proses demokrasi yang adil dan telus. Jika tidak mengapa akhirnya pemimpin-pemimpin pembangkang terakur dan menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 dan beria-iya mengangkat sumpah jawatan di Parlimen ??? 

Jika benar mereka menolak kemenangan Barisan Nasional mengapa tidak boikot sahaja majlis angkat sumpah tersebut dan biarkan kerusi mereka kosong dan biarkan pilihan raya kecil diadakan semula di kawasan masing-masing ??? Pembangkang hanya pandai bermain kata-kata untuk menghasut rakyat tetapi apabila keadaan menjadi kucar kacir dan huru hara mereka akan membasuh tangan dan menuding kesalahan kepada pihak lain.Itulah sikap dan wajah sebenar pembangkang yang perlu difahami oleh rakyat agar negara yang aman,tentera dan stabil ini terus dinikmati untuk selamanya.Mengambil tindakan melampau yang tidak rasional dan tidak berasaskan fakta dan kenyataan sebenar adalah perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab makah boleh ditakrifkan sebagai pengkianatan terhadap negara.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

8 comments:

usin said...

soalnya, bagaimana 11 langkah jimat cermat kerajaan itu dapat mengekang kenaikan kos sara hidup rakyat yang naik mendadak? ia tidak dijelaskan secara terperinci oleh ds najib. adakah penjimatan belanja pengurusan oleh kerajaan dapat menurunkan harga ikan, sayur, bahan api, tarif elektrik, kadar tol, tambang bas dan lain2? dan yang lebih perit, 11 langkah tersebut antaranya akan menyebabkan sebahagian besar pembekal2 saiz sederhana dan kecil terutamanya bumiputera akan gulung tikar kerana tiada permintaan yang biasanya dilakukan oleh sektor atau agensi kerajaan. bagaimana tu? rakyat akan menilai 11 langkah tersebut sekadar kosmetik sedangkan tekanan hidup tidak juga berkurang malah semakin menghimpit sebahagian pemain bisnes pembekalan. nampaknya nasihat2 oleh pemandu kepada pm hanyalah nasihat SETENGAH MASAK mengikut tafsiran rakyat marhein.

nasirwise said...

KERAJAAN MULAKAN TAHUN 2014 DENGAN LANGKAH PENJIMATAN. KITA MACAM MANA?

PM Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan 11 langkah penjimatan sektor awam. Di antaranya pengurangan 30 peratus elaun Menteri dan Timbalan Menteri serta pegawai tertinggi sektor awam. Pembekuan renovasi ruang pejabat baru serta mengoptimakan ruang pejabat sedia ada. Majlis majlis Kerajaan digalakkan diadakan di kemudahan Kerajaan dan bukan di hotel hotel. Pengurangan penggunaan air dan elektrik sebanyak 5 peratus akan diamalkan. Sebenarnya cukup banyak yang boleh dilakukan. Semasa bertugas di JCorp dahulu, kita sudah mengamalkan `Kuntum’ di mana setiap anggota pekerja di setiap Jabatan dan Seksyen JCorp dan Subsidiari di minta mengemukakan cadangan penjimatan. Setiap cadangan dihadiahkan dengan mata dan akhir tahun diumumkan pemenang dan hadiah.

Penulis cadangkan GLC GLC yang mewah berbelanja itu terus mengambil langkah penjimatan. Penulis cadang agar ditetapkan peratusan pembayaran dividen yang lebih tinggi kepada Kerajaan sebagai `stakeholder’ supaya GLC terpaksa berkerja keras mencari pendapatan dan mengurangkan perbelanjaan.

Kerajaan sudah dan sedang membantu kita seperti memberi subsidi, pelbagai bantuan untuk isi keluarga, orang muda dan pelajar serta ibu tunggal dan warga emas, pertolongan pendidikan, peluang pekerjaan dan sebagainya. Kerajaan sedang melakukan penjimatan dari segi perbelanjaan operasinya di mana 11 langkah telah diumumkan.

Adakah kita sudah berbuat sesuatu untuk keluarga kita?. Antara yang boleh kita lakukan ialah :-

1.Tutup suis lampu dan paip air jika tidak ada keperluan. Cuci kenderaan sendiri. Guna air hujan untuk siram bunga dan cuci lantai luar. Ketahui cara jimat mencuci baju. Jika baju dan seluar sekolah dicuci dan disimpan dengan betul, ia tahan setahun. Begitu juga kasut dan beg sekolah.
2.Membayar bil bil melalui atas talian supaya tiada perjalanan menggunakan kenderaan.Penggunaan telefon dan alat komunikasi yang berhemah.
3.Rancang pembelian barangan dapur. Masak nasi dan lauk mengikut keperluan.
4. Berkebun menanam sayur, cili, serai, kunyit, halia dan sebagainya.
5.Jika ada kerosakan, amalkan DIY. Potong rumput dan bersih kawasan. Cat pagar dan rumah tanpa menggunakan tukang cat.
6.Guna pengangkutan awam sebanyak mungkin.
7.Jika boleh mengajar anak, tiada keperluan hantar anak ke pusat tuition. Jimat wang yuran dan minyak serta waktu.
8.Jaga kesihatan supaya tidak sakit. Juga menjimatkan masa dan kos bagi Kerajaan.

Kesemua permasalahan diatas adalah kena mengenai dengan keluarga penulis dan akan penulis lakukan penjimatan. Anda mungkin mempunyai keperluan yang berbeza dan perlu langkah penjimatan yang lain.

Penulis menonton rancangan RTM `Apa kata Wanita?’ kendalian Zamzarina yang disiarkan pada hari Sabtu, 4 Januari. Seorang ahli penal, Pengerusi Wanita Inspirasi Negara berkongsi pendapat yang secara amnya semula barang naik harga. Yang turun hanya turun teksi. Rakyat Malaysia asyik komplen harga barang naik tetapi tidak memikirkan cara mengatasi masalah. Salah satu cadangan ialah meningkatkan pendapatan melalui perniagaan dari rumah. Platform eSuri adalah satu platform promosi produk dan jual beli. Menjadi ahli adalah percuma dan wanita khasnya boleh menambah pendapatan tanpa perlu membuka dan menyewa kedai.

Ayuh kaum wanita Malaysia cubalah keadah ini. Tinggalkan tabiat `asyik komplen’. Para suami sokonglah dan bantulah isteri kita berniaga di eSuri.

Anonymous said...

Kita sebagai rakyat pun boleh berjimat...kurangkan langganan astro - langgan ikut musim ...sukan cthnya. Kartun bilacuti skola panjang... movie channel, news channel... yg mana kita tak de masa pun nk menonton. Batal pakej phone kita yg lama da langgan yg terkini yg kebanyakan lebih murah. Kurangkan makan di luar... brapa banyak kita blh jimat... insyaAllah. Mulakan dengan diri sendiri...displin yg penting.

Anonymous said...

betol, betol. kita melayu singapura dpat merasakan keperluan harian di singapura melambong tinggi, apakan daya di seluroh dunia pon sama. kita perlu jimat yang pernah di-amalkan oleh pemerintah sinapura.

Anonymous said...

salam,
patutnya bersama 11 langkah yg diumumkan itu, pm kena umum juga anggaran jumlah RM yg dapat dijimatkan dengan 11 langkah tersebut. setakat cakap 11 langkah, tanpa fakta, macam tak buat apa pun. boleh baca kat syed luar kotak macam mana 11 langkah sangat menjimatkan RM kerajaan. tu yg jadi tajuk bual rakyat kat parlimen kedai kopi dan masa terluang. kalu macam ni, puas kita nak terang kat geng yg dah mula kendur dengan umno ni.

Anonymous said...

Belanja jgn tak belanja, tp ikutla kemampuan. Klu tak belanja, org menege susahla nak carik makan.

Anonymous said...

AKU CUKUP MENYAMPAH DENGAN PUAK-PUAK HIPOKRIT NI. CAKAP HIDUP SUSAH TAPI KERETA SAJA KAT RUMAH SAMPAI 3-4 BIJI. BUKAN KERETA LEKEH. CAKAP KOS NAIK TAPI LEPAS DEMO PI PULAK MAKAN KAT MCDONALD DAN KFC. KALAU DAH KOS NAIK KENAPA TAK MAKAN MASAK SENDIRI KAT RUMAH. KAT KAWASAN DEKAT RUMAH AKU, KONONNYA HARGA KOS NAIK TAPI KAWASAN GERAI CHAR KOTEOW DAN KFC PENUH SIANG MALAM. KALAU DAH TAU KOS TINGGI, APA GUNA DOK PI DEMO KAT DATARAN MERDEKA. PI DEMO TU TAK PERLU KOS KA. INILAH BANGSA DIDIKAN PELIWAT DAN KAKI ZINA. TAK PERNAH TAHU MAKNA SYUKUR. SEBENARNYA, YANG PALING BERHARGA DALAM HIDUP ADALAH KEAMANAN. DUIT BERTIMBUN PUN KALAU TAK AMAN, APA GUNA DUIT TU HAAA.

Anonymous said...

12.39 apa yg ko merepek bodoh...umno tau bersyukur ke..mrntekedarah duit rakyat adalah...selagi x bankrap,jahanam semua dikerjakn....

 
 
Blogger Templates