Yang di-Pertuan Agong,Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah hari ini bertitah menegaskan,Kalimah Allah merupakan hak eksklusif milik umat Islam dan ianya tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain.Perkara itu dinyatakan baginda melalui titah sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-86 yang dibacakan Tunku Bendahara Kedah,Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah,selaku Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Istana Anak Bukit,di sini.
"Ketetapan sudah jelas dibuat misalnya oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1986 bahawa beberapa istilah serta kalimah menjadi hak eksklusif milik umat Islam dan perlu dihormati.Dalam konteks masyarakat majmuk,sensitiviti agama khususnya Islam sebagai agama yang mendasari Persekutuan perlulah dihormati," titah baginda.
Sebelum ini,Gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakan Bahasa Melayu meskipun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan menghantar notis peringatan kepada mereka berhubung enakmen negeri melarang bukan Islam menggunakan kalimah itu.Pengarang mingguan Katolik,Herald, Father Lawrence Andrew berkata,Artikel 11(3) (A) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan setiap kumpulan agama berhak menguruskan hal ehwal keagamaan mereka sendiri.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
Pada fahaman saya (mungkin pemahaman saya tidak tepat), mereka diizin menggunakan BM di terjemahan penulisan kitab mereka. Ini diizinkan seperti dipersetujui di dalam 10-point.
Apa yang menjadi isu ialah terjemahan god kepada perkataan Allah. Mereka sewajarnya menggunakan perkataan tuhan (bukan Allah). Itu yang menjadi isu.
Oleh kerana kedegilan seseorang (yang dibantu secara moral dari dalaman dan juga luar negara) dia berani dengan bagaknya membelakangi perintah negeri/negara yang sedia ada (kerana ada godfather).
Wallahualam. Alifmimyaro.
Post a Comment