Bermacam-macam teori dikemukakan dalam memperkatakan kemelut dalam kerajaan
Selangor,khasnya dan PKNS serta anak syarikatnya,PKNS Holdings Sdn Bhd.Pemecatan Azmin Ali dari Lembaga Pengarah PKNS dikatakan menjadi punca segala
rahsia dan kotoran di dalam PKNS kini terbarai apabila kedua pihak yang diketahui
umum sebagai ‘berseteru’,iaitu Azmin dan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim,cuba membela diri masing-masing dari pandangan buruk rakyat.
Selain pertelingkahan mereka,keseluruhan parti PKR dan juga gabungan Pakatan
Rakyat juga terpaksa berhadapan dengan kecaman rakyat apabila seramai 22 pegawai
PKNS dipecat tanpa sebab berikutan kemelut Azmin-Khalid.Walaupun pada dasarnya Azmin dan Khalid tidak mengakui yang mereka mempunyai
sebarang masalah,namun semuanya semakin jelas apabila kelemahan dan keburukan
masing-masing terdedah berikutan kemelut di dalam PKNS.
Pendedahan ‘eksklusif’
sebegitu pastinya dilakukan gerak-kerja para tentera siber masing-masing untuk
menjaga air muka Tuan-tuan mereka sekali gus membuktikan yang mereka benar-
benar sedang bertelingkah.Sebelum ini kita difahamkan bahawa pemecatan Azmin adalah berpunca dari tekanan
dari DAP.Menurut sumber,Azmin telah membawa masuk orang-orangnya sendiri
bagi mengekang amalan kronisme DAP di dalam PKNS di mana hampir semua
projek diberikan kepada kontraktor DAP.Justeru,Khalid telah diarahkan oleh DAP
agar memecat Azmin dan semua staff yang ‘tidak boleh dipercayai oleh DAP’ bagi
membolehkan parti chauvinis Cina itu meneruskan agendanya untuk menghalau
Melayu dari kawasan bandar melalui projek-projek hartanah mewah.Pemecatan Azmin tidaklah begitu mengejutkan dan disambut selamba oleh
rakyat.Namun begitu,pemecatan 22 orang kakitangan PKNS menyebabkan Khalid
dikecam keras sebagai penindas dan tidak berhati perut.
Khalid terdesak untuk
membersihkan namanya.Khalid akhirnya melihat peluang untuk mengenakan Azmin melalui laporan kewangan
PKNS yang memperlihatkan ketirisan yang teruk.Beliau kemudiannya mengumumkan
penubuhan jawatankuasa khas yang dilantiknya sendiri untuk memantau perbelanjaan
PKNS dan PKNS Holdings.Jawatankuasa itu bertanggungjawab memantau
peruntukan untuk bola sepak RM9 juta setahun,pembangunan usahawan RM5 juta
setahun dan tanggungjawab social korporat (CSR) RM30 juta setahun.Pada 31hb Julai 2013,iaitu ulangtahun ke 49 PKNS, Pengurus Besarnya, Othman
Omarmengumumkan bahawa perbadanan itu telah membelanjakan RM240.6 juta
sejak 2008 sehingga 2012 bagi memenuhi CSR.Oleh kerana PKNS membeli tanah
pada harga pasaran seperti pemaju swasta lain, perbadanan itu telah menggunakan
peruntukan CSR untuk membina rumah mampu milik di sekitar Selangor.
Menurut sumber lain termasuk laporan akhbar, PKNS telah membelanjakan sejumlah
RM1.1 billion dalam bentuk subsidi untuk memenuhi tuntutan CSR bagi membina lebih
kurang 12,000 rumah mampu milik tersebut.Dalam satu laporan lain pula, iaitu pada
Mac 29,2013 PKNS mengumumkan pembinaan 31,000 unit rumah mampu milik di
sekitar Selangor.Pada November 2013, hanya 1,682 dilaporkan siap dibina.
Tidak dapat dipastikan apakah projek ini juga diperolehi oleh ‘kroni DAP’ seperti yang
dispekulasikan ramai dan tidak dapat dipastikan juga jumlah mana dari laporan yang
berbeza-beza di atas yang betul, dan apakah keseluruhan peruntukan CSR digunakan
untuk projek perumahan semata-mata.
Jika ya,tentulah ia satu kerugian bagi rakyat Selangor kerana dana tersebut sepatutnya
boleh digunakan untuk program-program lain juga dan jika tidak pula,apakah butiran
terperinci perbelanjaan CSR dan juga projek perumahan ???
Jika PR ingin dilihat telus,maka dua perkara inilah yang perlu diberi penekanan.Selain peruntukan CSR,PKNS juga dikatakan telah membelanjakan sehingga RM40
juta untuk bola sepak sahaja.Perbelanjaan untuk bola sepak Selangor dikatakan
terus meningkat sejak PR mengambil-alih kerajaan sehinggakan pada hari ini, jumlah
itu telah mencecah sehingga RM10 juta untuk setahun walaupun peruntukan yang
diberikan hanyalah RM9 juta setahun.Untuk pengetahuan,peruntukan bagi bola
sepak di era pemerintahan BN hanya berjumlah RM2.5 juta sahaja.Peruntukan untuk pembangunan usahawan sebanyak RM5 juta setahun dilihat
sebagai terlalu lebih kecil berbanding bola sepak.Rakyat juga tertanya-tanya,apakah
membentuk pasukan bola yang handal adalah lebih bermanfaat dari membentuk
usahawan berjaya bagi membantu ekonomi bumiputera ??? dan berapa ramaikah
usahawan telah dibantu melalui peruntukan ini?
Semua persoalan ini membuktikan bahawa PR tidak mampu menguruskan walaupun
sebuah syarikat biarpun ia merupakan syarikat di bawah kerajaan negeri yang paling
kaya.Mungkin wang yang begitu banyak sehingga tidak dapat ‘dikesan’ inilah yang
membuatkan Anwar Ibrahim begitu teruja untuk menjadi Menteri Besar Selangor.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
Padan dengan muka orang-orang Melayu yang menyokong Pakatan Haram.
Ini semua kerja kaki putar Anwar dengan PKR.m
Post a Comment