Mesti pembaca Badut Rakyat tertanya-tanya,apa muslihat Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim
yang mengumumkan akan membawa bekas Menteri Besar Selangor,Muhammad
Muhammad Taib ke dalam pentadbiran Selangor.Dia yang berucap di Kompleks Penghulu Batu 10 Cheras,di Kajang baru-baru ini,mengatakan Muhammad yang juga dikenali sebagai Mat Tyson itu mempunyai
kepakaran dalam program desa dan ia amat diperlukan dalam pentadbiran Selangor.Mat Tyson ketika diminta mengulas pelawaan tersebut mengatakan dia sedia
membantu sekiranya Anwar memerlukan khidmatnya.Menjelang pilihanraya umum
yang lalu,dia juga pernah mengumumkan hasratnya untuk menyertai Pas
“Politik itu adalah the ‘art of possible’.Tiada apa yang mustahil dalam politik,” katanya.Muhammad adalah menteri besar Selangor antara 1986 hingga 1997 sebelum
digantikan dengan Tan Sri Abu Hassan Omar.Dia melepaskan jawatan sebagai
menteri besar Selangor pada 1998 setelah Mahkamah Majistret Brisbane
memutuskannya bersalah membawa wang tunai berjumlah RM2.4 juta ke Australia.Ia sekali gus menimbulkan persepsi di kalangan pemerhati politik yang merasakan ia
sebagai satu muslihat Anwar untuk memujuk para penyokong,ahli dan pimpinan Pas
yang sebelum ini membantah keras sebarang cadangan untuk menukar kepimpinan
Selangor.Umum mengetahui antara sebab utama berlakunya pilihanraya kecil Kajang adalah
bertujuan untuk membolehkan Anwar bertanding sekali gus membolehkannya dilantik
sebagai Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Abdul Khalid Ibrahim.Ia ekoran dari masalah dalaman dan perebutan kuasa antara Khalid dan Timbalan
Presiden PKR, Azmin Ali yang saling menyerang antara satu sama lain.Atas alasan itu,PKR mendakwa Anwar diperlukan untuk menyelesaikan kemelut tersebut.
Persoalannya, sekiranya benar Mat Tyson diperlukan atas kepakarannya,mengapakah
perkara itu tidak diumumkan oleh Khalid ??? Sedangkan sebagai Menteri Besar Selangor
yang masih menyandang jawatan tersebut,sudah pasti Khalid mempunyai ‘locus standi’
untuk menjemput Mat Tyson berbanding Anwar atau sememangnya Mat Tyson sebenarnya diperlukan untuk memujuk pimpinan Pas
agar menerima Anwar sebagai Menteri Besar yang baru atau Anwar sebenarnya
mengharapkan sokongan dan pengaruh istana Mat Tyson yang pernah menjadi ipar
kepada Sultan Selangor.Ini kerana walau apa pun strategi yang digunakan oleh Anwar,ia tidak akan dapat
dilaksanakan sekiranya tidak mendapat perkenan dari Sultan Selangor.Ini kerana
keputusan terakhir untuk melantik menteri besar yang baru terletak atas budi bicara
Sultan Selangor,sekiranya Tuanku tidak memperkenankan perlantikan Anwar nanti,semua kemelut di dalam ‘Gerak Kajang’ ini merupakan satu kerja yang sia-sia.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
4 comments:
DUit banyak, umur dah lanjut,muka dah kedut..duk kat masjid sajalah tambah pahala,ngaji ka,dengar taskirah ka lagi banyak faedah. politik salah pangkah neraka.betul ka....?
Ada je idea dia untuk sejukkan ahli PAS ,Tapi kalau ditengokkan kebanyakkan nya untuk kepentingan dirinya sendiri ,itupun orang tak boleh perasan
Orang politik macam KATAK.
untuk renungan pencacai bang non...bakal MB Selangor darul LGBT...
Beliau juga hampir membankrapkan negara kerana terlalu taksub kepada dasar-dasar IMF dan tunduk kepada Amerika.Hari ini Anwar ingin meminta peluang lagi untuk menjadi Menteri Besar dan peluang itu pula direbut dengan cara yang kotor.Jika niatnya kotor,caranya juga kotor,maka bagaimana kita boleh percaya yang Anwar mampu menjadi pemerintah yang bersih ??? Persoalan kini ialah,apakah rakyat Selangor benar-benar sanggup mengangkat si munafik ini sebagai Menteri Besar ??? Sudahlah munafik,peliwat pula.Sudahlah peliwat,perasuah pula.Sudahlah perasuah,tidak bijak ekonomi pula.Pendek kata,Anwar mungkin mempunyai kualiti sebagai seorang pemimpin tetapi malangnya,beliau tidak mampu menjadi pemimpin yang berkualiti.Tanpa apa-apa jawatan,Anwar hanyalah seorang manusia munafik yang gagal dalam hidupnya.Inilah yang membuatkan Anwar takut sekali menjelang rayuan kes liwatnya untuk kesekian kali.
Post a Comment