Social Icons

Pages

Friday, February 21, 2014

EKSKLUSIF !!! KISAH SEBENAR SIAPA #KASSIMAHMAD DIDEDAHKAN !!!


Kassim Ahmad adalah antara personaliti yang paling kontroversi di Malaysia kerana pemikirannya yang berbeza dengan majoriti umat Islam di negara ini.Beliau dituduh sebagai jahil,sesat malah ada yang menganggap beliau kafir.Buku beliau iaitu ‘Hadith : Satu Penilaian Semula’ telah diharamkan oleh Majlis Fatwa pada tahun 1986.Nama Kassim Ahmad kembali diperkatakan sejurus selepas seminar ‘Konferensi Politik Nasional Untuk Menentukan Halatuju Negara Tiga Puluh Tahun Akan Datang’ di Yayasan Kepimpinan Perdana pada 16 Februari lalu.Kehadiran beliau di atas pentas yang begitu sinonim dengan Tun Mahathir,memberi impak yang begitu besar bagi masyarakat Melayu-Islam-Malaysia.Keterbukaan Tun Mahathir terhadap Kassim Ahmad dijadikan isu bagi menuduh beliau sebagai turut sesat.Dengan publisiti yang dibawa oleh nama Tun Mahathir dan Kassim Ahmad,maka berlumba-lumbalah orang ramai cuba membuktikan mereka yang lebih ‘alim’ dengan mengecam dan menghukum Kassim Ahmad.Pihak yang mewakili agama Islam juga pantas mengingatkan kita semua tentang bahaya Kassim Ahmad serta ‘hukuman’ yang datang bersamanya.Niat mereka tentulah murni sekali,iaitu untuk memastikan umat Islam tidak dipesongkan oleh Kassim Ahmad.  

Hakikat bahawa Tun Mahathir membuka peluang kepada Kassim Ahmad untuk berkongsi pemikirannya dengan orang ramai dan juga peluang kepada para ulama untuk mengecam beliau,menunjukkan yang Negarawan tersebut telah melihat kematangan di kalangan umat Islam.Tun Mahathir tidak mungkin akan bersetuju dengan program sebegini sekiranya beliau tidak percaya yang umat Islam di negara ini telah bersedia untuk berhadapan dengan asakan dari pihak yang berbeza pendapat dengan mereka.Bagi yang mengenali Tun Mahathir,kita cukup arif yang beliau amat tegas dalam perihal yang berkaitan akidah Islam.Beliau difahamkan pernah menghulurkan bantuan dalam bentuk misi khas sulit kepada warga Malaysia semata-mata untuk menyelamatkan akidah anak-anak individu yang terbabit.Kepercayaan Tun Mahathir bahawa umat Islam di Malaysia telah cukup matang untuk berhadapan dengan Kassim Ahmad,ternyata tidak meleset.Berikutan dari program tersebut,kita melihat begitu ramai anak muda yang cuba memahami dan mengupas hujah-hujah Kassim Ahmad dan juga ‘hukuman’ terhadapnya oleh para Ulama.  

Secara dasarnya,anak-anak muda yang mengikuti program itu menjadi lebih terbuka dan berani berfikir dengan lebih kritis tanpa dipengaruhi emosi.Oleh itu,saya melihat bahawa program sebegini mampu memecah kejumudan dan membina umat Islam yang lebih bijak dan relevan dalam arus kemodenan dunia.saya juga punya pendapat sendiri mengenai pemikiran Kassim Ahmad,tetapi pendapat saya tidak penting di sini kerana ia tidak semestinya benar,seperti juga yang diakui oleh Kassim Ahmad iaitu yang benar itu hanyalah Allah SWT.Justeru,selagi Kassim Ahmad menyembah Allah Yang Esa dan menerima Muhammad SAW sebagai Rasulullah walaupun enggan mengiktiraf ketinggian darjat Baginda dalam konsep iman,maka saya tiada hak untuk menilai keIslaman Kassim Ahmad,apatah lagi menghukum beliau.Apa yang pelik di sini ialah dalam umat Islam begitu takut dengan pandangan Kassim Ahmad yang menolak hadith,mereka tidak pula takut dengan pandangan ulama-ulama yang memesongkan ayat-ayat Al-Quran.Walhal,ayat yang ditolak masih boleh saja diambil semula dalam keadaan yang elok tetapi ayat yang telah dimanipulasi,dibelit dan diambil separuh-separuh akan merosakkan keseluruhan pemahaman.Perlu diingatkan bahawa Kassim Ahmad tidak pernah meletakkan diri beliau sebagai ulama dan oleh itu,segala apa kenyataan beliau kalau pun benar sesat,tidak akan membawa kerosakan kepada masyarakat kerana beliau bukan sumber rujukan.  Kassim Ahmad juga tidak pernah menghukum orang lain sebagai kafir serta menerima baik sebarang pendapat berlainan.  Justeru, walaupun beliau menolak hadith,beliau tidak menyebabkan perpecahan. 

Berbeza dengan para Ulama yang gemar memperalatkan ayat-ayat AlQuran dan hadith demi keuntungan politik.Mereka ini amat gemar menilai dan menghukum orang lain sepertimana yang dilakukan mereka terhadap Kassim Ahmad.sebagai individu yang bergelar ulama, maka setiap kata-kata mereka menjadi rujukan dan diterima sebagai benar.Akibatnya,pada satu masa,tindakan Ulama-ulama ini memanipulasi ayat-ayat AlQuran telah menyebabkan pertumpahan darah sepertimana yang berlaku dalam peristiwa Memali dan Sauk.saya bukan membela Kassim Ahmad mahupun mengkritik Ulama tetapi sekadar menyatakan kejelekan yang berlaku di negara ini.Hari ini,kita menghukum orang yang menolak hadith tetapi menerima orang yang memanipulasi ayat Al-Quran.Kita takut akan kesesatan yang dibawa dengan menolak hadith tetapi kita tidak takut dengan kesesatan yang dibawa melalui manipulasi ayat Al-Quran sedangkan kedua- duanya mampu membawa akibat buruk dari segi akidah mahupun perpaduan ummah.Kita memejamkan mata terhadap kesesatan yang dibawa oleh orang yang bergelar ulama sedangkan ajaran beliau terbukti telah membawa kepada pertumpahan darah.  Di masa yang sama, kita mengecam dan menghukum orang yang bukan pun seorang Ulama dan belum terbukti pernah menyebabkan apa-apa kerosakan di kalangan ummah,seolah-olah beliau adalah lambang segala kejahatan dan tidak dapat dimaafkan lagi.  

persoalannya,kenapa kita perlu bersikap dwistandard ??? Kenapa perlu memilih kesesatan mana yang boleh dimaafkan dan mana yang tidak ??? Apakah hanya kerana kesesatan itu dibawa oleh orang yang berjubah dan bergelar ulama maka ia perlu diberi pertimbangan dan mereka yang berimej ‘sekular’ sahaja yang perlu dikecam ??? tolong jawab soalan saya !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

8 comments:

Anonymous said...

Satu tulisan yg sesat lagi menyesatkan ... ini bukan soalan kassim ahmad...ini soalan golongan anti hadith..apa pendirian kau terhadap golongan ini?

Apa kelayakan kassim ahmad untuk bercakap pasal Quran dan Hadith atau Islam...kalau bahasa ugama itu pun dia tak tahu..

Belajarlah ttg ugama kamu, jangan sekadar ikut ikutan atau agak agak semata..

Cetek sangat hujjah hujjah kamu

Anonymous said...

satu komen org yg tak tahu agama tapi berlagak tahu. dah baca buku dia ke belum.
sila nyatakan di mana kassim ahmad menolak hadith.

kassim ahmad pandai dan fasih dlm bahasa arab. dia pulak tu professor literature. nik aziz (uni kat india) dan Ust mcD (tah mana mana) yg tak pergi alazhar pun kau org sanjung.

bodoh la pengomen yg guna perasaan amarah ni.

Anonymous said...

kepada anon 11:32am yg bangang. tahu tak baca bahasa inggeris (bahasa yg dulu nya org melayu ckp bahasa org kristian dan bahasa setan) ni tunjuk kan brief statement buku kassim ahmad. kalau boring baca sila baca dalil 40 hadis.

In 1986, I published a book, Hadis - Satu Penilaian Semula (Prophetic Traditions - A Re-Evaluation) with the above stated intention, that is, to let the people know more of about the Quran. Many of the hadith compiled by Bukhari, Muslim and others that we use today, according to my study, are in conflict with the teachings of the Quran. I will cite three examples.

One is the adulation or unquestioning acceptance of the teachings of a leader. Since this principle was instilled, Muslims have feared others besides God; that is, we have been afraid to question our leaders. We became essentially slaves of our leaders. The Quran exhorts us to free ourselves of all forms of subservience, except that to God.

Two is the prohibition on the use of the rational mind. Generally, Muslims have been taught not to use their minds in religious matters. This teaching is spread through some false hadith. Purportedly, the use of the mind in religious matters would lead us astray. If the mind may not be used in religious matters, why may it be used in other areas? Are we to keep religious and secular matters separate? This has paralyzed the intellectual development of Muslims in comparison with others. The minds of Muslims have been dead for a thousand years, killed by these false hadith. On the contrary, the teachings of the Quran give the mind a noble place. God deems human beings who do not use their minds worse than animals! (Quran, 7:179) God bars those who do not use their minds from the fold of the faithful. (Quran,10:100).

Three is the suppression of creativity. It has been evident for a long time that Muslims have not been creative. Since the 13th century when the Islamic civilization began to decline, modern scientific discoveries and technological inventions have been made by others, particularly those who hold to the belief that human beings are responsible for creating knowledge and progress. In the early days, Muslims were highly creative because they adhered to the Quran’s dynamic teachings that urge Muslims to work and strive for success in this world and the hereafter. Since Muslims have turned to the teachings of the hadith, their creativity has declined, for these false hadith teach resignation to taqdir (divine pre-destination) or fatalism. Purportedly, good and evil are from God. The Malay proverb – If you are fated to gain a cupak (a small measure of rice) you will not gain a gantang (a bigger measure of rice) – reflects this world-view.

Anonymous said...

Jgn le hanya Kassim Ahmad dikutok kerana pendapatnya.......abih yg Nik Ajis kata tuhan mencarut....tuhan samseng....dan mcm2 fatwa politik.....bolih plak.
Memang sifat penyokong PAS yg buta mata dan hati masih tak sedar mereka adalah fasik.

Anonymous said...

Hangpa nak politikkan isu Pak Kassim ni, ikut suka hangpa la. Memang jelas kesilapan Pak Kassim dalam bicara dan tulisannya berkaitan Hadis.
"Sudahlah nyata bahawa banyak hadis di dalam Enam Buku ‘sahih’ ialah “omong kosong untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah tanpa pengetahuan, dan untuk memperolok-olokkannya”, seperti yang diterangkan oleh Quran dengan begitu tepat, padat dan cantik. Sekarang terpaksalah kita mengaku bahawa Hadis/Sunnah tidak boleh kita pegang sebagai autoriti dan sebagai sumber perundangan dan akidah."

Ayat akhir yg ditulis Pak Kassim itu cukup membahayakan akidah. Ini bukan soal PAS vs UMNO. Hj Nik Aziz tu kita dah tahu mulutnya bagaimana, biarkan dia dengan pentaksubnya.

Anonymous said...

Kena berlaku adil dalam menilai kassim ahmad ni, baca dulu dengan kefahaman apa yg dia tulis baru lah buat kesimpulan. Kesimpulan pun biarlah berdasarkan amar maaruf nahi mungkar secara hikmah bukannya secara agresif, ekstrim dan fanatik barulah kita ni mendapat redha Allah SWT diatas bersusah payahnya kita menggunakan dan mensyukuri nikmat akal yang Allah SWT kurniakan, tak gitu?

Anonymous said...

It is not the hadith that is wrong but the interpretations made. The interpreter must also know what this hadith is refered to and get other hadiths to support this hadith.

Anonymous said...

Bismillahirahmanirahim perlu di ingat bukan calang-calang orang yang boleh tafsir al quran,imam syafie,imam hambali,imam hanafi,imam maliki. Imam syafie kalau tak silap(kalau salah tolong betulkan) khatam al quran di rukun yamani(mekah) pada umur 9tahun,menjadi mufti pada umur belasan tahun.jangan kita nak pertikai 4imam ini.mereka bukan melalui pemikiran shj tapi dengan amalan.solat.solat sunat.puasa. Membaca al quran.amalan kita????.Nabi S.A.W memang dari golongan manusia tetapi mempunyai mukjizat luar biasa.kisah malaikat membelah dada nabi S.A.W.peristiwa iskraj mikraj nabi S.A.W dibawa naik kelangit.selawat keatas nabi S.A.W

 
 
Blogger Templates