Social Icons

Pages

Friday, February 21, 2014

AMARAN KERAS !!! TOLONG JANGAN CAMPUR POLITIK #SARAWAK !!! ADA FAHAM KAAA ???


Ketua Pergerakan Pemuda Pusaka Bumiputera Bersatu (PBB),Datuk Fadillah Yusof mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan laman sesawang sebagai wadah untuk melemparkan fitnah dan memburuk-buruk pucuk pimpinan negeri Sarawak.Beliau melalui kenyataan akhbar berkata,tindakan mengumpul petisyen untuk dihantar kepada Ke Bawah Duli Yang di-Pertuan Agong,bagi membantah cadangan perlantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud,sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak bertentangan dengan kehendak dan suara majoriti rakyat Sarawak.Menurut beliau,cadangan perlantikan tersebut dilakukan kerana majoriti rakyat Sarawak mahu memberikan tanda penghormatan kepada beliau yang banyak berjasa kepada rakyat bumi kenyalang itu. 

Fadilah turut menjelaskan,Taib Mahmud mempunyai rekod cemerlang sepanjang tempoh menerajui Sarawak selama 33 tahun dan berjaya melonjakkan ekonomi Sarawak dengan menyaksikan jumlah pelaburan sebanyak RM28 bilion.Jumlah tersebut dikatakan mampu meletakkan Sarawak sebagai negeri terkaya di Malaysia.“Pemuda PBB menganggap tindakan pihak berkenaan yang membuat pelbagai andaian berbaur fitnah terhadap Pehin Sri Haji Abdul Taib,sebagai keterlaluan dan harus dikecam.Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadap pucuk kepimpinan negeri Sarawak yang juga Presiden PBB itu tidak berasas sama sekali dan lebih bermotifkan berkepentingan politik” katanya. 

Menurut Fadilah,Pemuda PBB yakin majoriti rakyat Sarawak tidak mahu pihak luar yang menentukan,siapa yang seharusnya dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak dan siapa yang patut menjadi Ketua Menteri.Beberapa kumpulan NGO pembangkang yang sebilangan besarnya dari semenanjung sebelum ini,menyatakan bantahan terhadap cadangan tersebut.Kumpulan tersebut antara lainnya merayu sokongan masyarakat agar menyokong petisyen bantahan terhadap Taib Mahmud.Malah Pemuda Pas Pusat turut sama menyatakan sokongan terhadap bantahan tersebut dengan memberikan gambaran buruk terhadap Ketua Menteri itu.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates