Perpecahan umat Islam di muka bumi ini bagaikan sesuatu yang ‘abadi’ dan tidak dapat dikekang lagi.Walaupun semua kita menyedari akan kelemahan ummah dan pentingnya kita bersatu,namun,entah kenapa umat Islam tetap enggan bersatu padu.Tidak kira di mana,di dalam negara Islam atau negara kafir,ada sahaja alasan dan penyebab yang menyebabkan umat Islam tidak boleh bersatu.Malaysia,suatu ketika dahulu disanjung sebagai negara Islam yang paling maju yang mampu bangkit menjadi relevan dalam arus kemodenan dunia.Namun kini,negara ini seakan telah hilang wibawanya.Jika dahulu kita disegani kerana kelantangan memperjuangkan keadilan sejagat,hari ini kita terpaksa bergantung kepada ‘indeks penilaian asing’ bagi mendapatkan pelaburan.Jika dahulu kita berdiri atas kecekapan bijakpandai tempatan,hari ini kita terpaksa meminta nasihat pihak luar untuk menguruskan keadaan.Zaman telah berubah,maka cara pentadbiran serta pemikiran rakyat kini berbeza, dan Malaysia tidak ada pilihan selain mengikut arus semasa.
Bagaimanapun,Alhamdulillah,Malaysia kekal berdiri sebagai sebuah negara Islam yang maju serta relevan dengan zaman.Malaysia kekal teguh biarpun begitu banyak usaha dan tekanan yang dihadapi dari segi politik dan ketidaktentuan ekonomi.Malangnya,dalam keadaan ini,ramai yang mengambil kesempatan untuk meletakkan intrepretasi sendiri ke atas Malaysia,mengikut citarasa politik mereka.Satu pihak,iaitu DAP,tidak henti-henti mempersoalkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara serta mengimpikan negara demokrasi liberal dengan Ketuanan Cina.Berkiblatkan Singapura,DAP berusaha menghapuskan identiti Malaysia yang berteraskan Melayu.Satu pihak pula,iaitu PKR,tidak begitu gusar tentang ‘rupa bentuk’ Malaysia,asalkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menterinya.Untuk itu,parti ini sanggup berbuat apa saja yang dilihat mampu membantu mereka mencapai objektif itu.Memandangkan DAP merupakan sekutu terkuat di dalam Pakatan,maka PKR memilih untuk menurut saja segala kehendak parti rasis Cina itu.Satu pihak lagi,iaitu PAS,salah satu parti yang mewakili umat Islam,masih lagi terkial-kial dalam mencari kedudukan di dalam Pakatan.Malang bagi PAS apabila kedudukan mereka di dalam PR bersifat bertentangan dengan kedudukan mereka di mata rakyat, khasnya penyokong mereka sendiri.Dilema PAS ialah sekiranya ia memilih untuk memperkemas kedudukan dalam Pakatan,maka PAS perlu mengambil risiko kehilangan sokongan umat Islam dan begitu juga sebaliknya.
Keadaan ini berlaku kerana PAS terlalu jauh di belakang UMNO dalam menegakkan syiar Islam atau mempertahankan Islam.Hudud merupakan satu-satunya modal PAS untuk membuktikan yang ia lebih Islam dari UMNO.Kerana Hudud,UMNO-PAS berpecah belah bagai tidak mampu bersatu lagi.Perpecahan UMNO-PAS iaitu dua parti yang mewakili umat Islam semakin hari semakin meruncing.Kini beberapa pihak cuba melihat Hudud dari sudut luar kotak,iaitu sebagai alat untuk menyatupadukan ummah dan bukannya sebagai alat pemecah belah.Maka,semakin hari semakin kuat kedengaran pihak UMNO menyokong Hudud serta mengikut jejak PAS dengan meletakkannya sebagai syarat utama ‘keIslaman negara’.Keadaan ini amatlah tidak sihat dari segi realiti negara,mahupun dari segi Islam sendiri.Dari sudut realiti,suka atau tidak,kita perlu mengakui bahawa perlaksanaan Hudud bakal meletakkan negara ini di bawah pengawasan kuasa besar yang memusuhi Islam,sekali gus membuka risiko ke arah tekanan dan kemusnahan.Dari sudut Islam pula,kita perlu mengakui bahawa tiada satu pun negara Islam di dunia yang mampu menggariskan perlaksanaan hudud secara terperinci.Rujukan mengenai hudud berdasarkan kisah Rasulullah SAW telah menekankan soal penjenayah mengaku salah dan meminta agar hukuman dijalankan ke atasnya.Lebih dari itu,Rasulullah SAW bertanya pula,kenapa tidak dibiarkan penjenayah yang lari dari hukuman itu terlepas sahaja ???
Jelas,bahawa Rasulullah SAW juga keberatan mengenakan hukuman hudud ke atas penjenayah dan hanya apabila penjenayah mengaku dan memohon hukuman dijalankan ke atasnya,barulah ia dilaksanakan.Justeru,jika Rasulullah SAW sendiri mengambil pendirian yang longgar mengenai hudud,kenapakah kita sebagai manusia biasa pula yang begitu beria-ia ingin melaksanakan hukuman hudud ke atas pesalah ???
Selain itu,satu perkara yang perlu direnungkan sebelum kita tergesa-gesa mengambil pendirian ialah bahawa hukuman hudud telah meletakkan syarat-syarat yang mustahil,antaranya 4 saksi yang tidak melakukan dosa besar ke atas kes jenayah seksual.Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa tidak mungkin seorang yang baik akan membiarkan sahaja jenayah berlaku secara jelas di depan mata.Apatah lagi mencari 4 orang yang baik menyaksikannya.Syarat yang mustahil itu dengan sendirinya memaksa kita mengkaji mesej sebenar Allah SWT.Malangnya,sehingga kini tiada dari kalangan umat Islam yang mampu memahaminya tetapi masih bertegas ingin melaksanakan hukumanNya.
Hakikatnya,tiada dari negara-negara yang menggunapakai undang-undang syariah dan melaksanakan hukuman hudud merupakan antara negara yang maju dan mampu bersaing dengan kuasa besar dunia.Malah,kesemua negara-negara tersebut sentiasa berhadapan dengan masalah sosial, pendidikan,kemiskinan dan perpecahan yang kronik.Kesimpulannya,sekiranya umat Islam di Malaysia menyangka yang hudud mampu menyatupadukan ummah,maka mereka mungkin betul.Tetapi sekiranya mereka menyangka yang penyatuan melalui hudud mampu membawa kekuatan kepada ummah,maka mereka telah tersasar.Tanpa pemahaman yang jitu mengenai hudud dan dengan niat untuk melaksanakannya sekadar untuk menyatakan keIslaman, maka ditakuti yang ia bakal membawa kehancuran.Masalah utama umat Islam bukan undang-undang tetapi pemikiran,pendidikan dan pengetahuan yang cetek.Selagi umat Islam menolak ajaran AlQuran yang menyuruh manusia belajar melalui alam semesta (sains dan matematik),selagi itulah umat Islam tidak akan kuat biarpun kita bersatu dan melaksanakan undang-undang syariah sepenuhnya.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment